Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, December 17, 2016

Syeikhuna Dr Mustafa An Nadwi mewarisi 2 warisan Rasulullah s.a.w.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208505251651174&id=1304172391https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208505251651174&id=1304172391Syeikhuna Dr Mustafa An Nadwi mewarisi 2 warisan Rasulullah s.a.w.

Pertama ialah , beliau mewarisi nasab yang mulia sehingga bersambung kepada Sayyidina Hussien dan kepada Sayyidina Rasulullah s.a.w.

Kedua ialah beliau mewarisi ilmu-ilmu yang dipusakakan oleh Rasulullah s.a.w.

Kesungguhannya dalam agama menyebabkan beliau menukarkan hala tuju hidupnya ke arah menjadi insan yang bermanfaat buat ummat. Setelah menyelesaikan Ijazah dalam bidang kedoktoran perubatan moden beliau ke India diatas saranan dan nasihat dari surat yang ditulis Maulana Syeikh Abu Hasan Ali An Nadwi kepadanya.

Di India beliau menyelesaikan Ijazah Sarjana dalam Bidang Bahasa Arab kemudian mengambil Ijazah Sarjana Hadis , menyambung ke Ijazah Sarjana Master dan menyelesaikan PHD di Darul Nadwatul Ulum.

Kepintaran dan kesungguhan dalam bidang hadis dan ilmu agama sehingga menjadi murid kebanggaan Maulana Syeikh Abu Hasan Ali An Nadwi dan menjadi murid kanan gurunya. Beliau dianugerahkan gelaran oleh gurunya Al Alim Kamil fil Hadis disamping beliau menerima ilmu-ilmu suluk dari gurunya.

Perjuangan beliau menuntut ilmu bukan sekadar itu bahkan beliau adalah murid kepada Maulana Syeikh Zakaria Al Kandahlawi , Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah , Syeikh Yaasin Al Fadani , Syeikh Abdullah Siddiq Al Ghumari dan ratusan lagi ulama-ulama hebat India , Mekah , Madinah , Syria , Mesir dan sebagainya.

Kini beliau telah mengarang lebih 50 buah kitab didalam pelbagai disiplin ilmu dan mentahqiq dan menyemak lebih 20 buah kitab yang lain.

Semoga Allah merahmati guru kami.

6Mohd Saifulazim Sb Saiful Bahry Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy






No comments: