Buat tahlil untuk mayat x bidaah .... tapi jamuan 3,7,40 hasil dari keluarga si mati tu lah yg bidaahnya !
Jangan silap faham pula !
Hukum "Berkumpul dan Mengadakan jamuan Selepas Kematian" Dari Kitab-kitab Jawi -KITAB PONDOK;
Hukum "Berkumpul dan Mengadakan jamuan Selepas Kematian" Dari Kitab-kitab Jawi -KITAB PONDOK;
Kitab Furu’ Al–Masaail:
Antara lain yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah:
“Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan kafarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh dan empat puluh dan umpamanya, yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus.

(Maka dijawabnya): Maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak kerana tegah pada syarak kata Syeikh Ibnu Hajar tiada sah wasiatnya).[ Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni, Furu’ Al-Masail,Juzk 1 halaman 183.]
Dari kitab Sabil Al-Muhtadin:
Ringkasan dari kitab ini ialah:
Ringkasan dari kitab ini ialah:
“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan.” [Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-Banjari, Sabil Al-Muhtadin, Juzuk 2 halaman 83]
Dari kitab Kasyfu Al-Lithsam:
“Barang yang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian lagi dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kafarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh hari dan empat puluh hari dan umpamanya yang demikan itu yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang dicela oleh syarak kerana tegah pada syarak.” [Kasyfu Al-Litsam, Juzuk 1 halaman 85]

Dari kitab Bughyatu Al-Thullab:
“Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan keluarganya, jikalau bukan jirannya sekalipun, dan segala kerabatnya yang jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu……

Dan makruh lagi bid’ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan (menyerukan) segala manusia atas memakan dia, samada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya.”
Dan setengah daripada yang qabihah (keburukan) lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kafarah dan wahsyah dan tujuh hari dan empat puluh dan umpamanya yang demikian itu…
Adapun asal sunat menyediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi SAW, “Tatkala datang khabar kematian Saidina Ja’far bin Abu Thalib pada perang Mu’tah, perbuat oleh mu bagi keluarga Ja’far makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu.” [Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni, Baghiah Al-Thullab, Juzuk 2, halaman 33-34.]
Dari kitab Bahru Al-Mazi:
Ringkasan yang diambil dari kitab ini mengenai tajuk berkenaan antara lain seperti berikut:
Ringkasan yang diambil dari kitab ini mengenai tajuk berkenaan antara lain seperti berikut:
a) Ahli si mati (isteri/suami, anak-anaknya) memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu makanan kepada mereka, maka amalan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh di pegang dan diikuti dari Nabi SAW dan dari sahabatnya.
b) Hukumnya bid’ah dan makruh jika ahli si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan menjamu makanan itu kepada mereka kerana berpandukan kepada hadis Jarir Bin Abdullah r.anhma katanya “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian”.
c) Sunat kepada kaum kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak atau membuat makanan dan diberi makan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya dan berkata Imam Syafie rhm.“Aku suka kepada kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak makanan kepada ahli si mati yang mencukupi sehari semalam kerana ianya sunat dan perbuatan golongan yang baik-baik).Sheikh Al-Marbawi, Bahrul Mazi, juz 7, hlm. 129-130.]
Dlm tu x disebut pun bidaah buat tahlil... yg bidaahnya ialah buat kenduri 3, 7, 40 dan dari harta si mati ... kalau adik beradik yg lain atau jiran2 buat JAMUAN UNTUK KELUARGA SI MATI sambil bertahlil .. ITU TIDAK MENGAPA
Atau pun jiran tetangga buat jamuan kpd keluarga si mati ...itu yg sunnahnya !
Kita kena ubah tradisi ini
No comments:
Post a Comment