Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, June 30, 2020

DUDUK DIAM-DIAM JIKA BUKAN AHLI

DUDUK DIAM-DIAM JIKA BUKAN "AHLI"

Pesan Guru Yang Mulia, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni حفظه الله تعالى:

"Kalau nak bercakap bab Feqah atau bab Khilaf, cakap bagi habis... Jangan bagi orang awam pening, kena hurai setiap pandangan mazhab... Kalau tak reti, DUDUK DIAM-DIAM... Ikut saja apa yang Ulama' dah dhobit dalam Kitab-Kitab mereka..."

Pesan Baba 'Eil Sepanjang حفظه الله تعالى lagi, "Ingatlah bahawa khilaf ini merupakan satu RAHMAT bagi seluruh umat Islam.. Khilaf ini umpama lautan yang sangat luas, sekiranya ada beberapa ekor lembu terjatuh ke dalam lautan lalu lemas & menjadi bangkai yang busuk, lama kelamaan ia akan disucikan oleh air lautan itu sendiri kerana air lautan itu terlampaulah banyaknya yang tak kuasa bagi kita untuk menyukatnya berbanding dengan beberapa ekor bangkai lembu itu.."

"Tetapi lainlah keadaannya jika beberapa ekor lembu itu terjatuh ke dalam parit yang kecil & sempit kerana airnya terlampaulah sedikitnya, maka lama kelamaan parit itu pasti akan menjadi busuk disebabkan bangkai² lembu itu.. Begitulah juga diibaratkan dengan khilaf.. Khilaf ni terlampaulah banyaknya, apabila terjadi satu khilaf, pastinya ada pandangan² & pendapat² yang boleh menyokong satu masalah khilaf itu.."

"Maka janganlah selalu bertelagah tentang soal Khilafiyyah kerana sesungguhnya Khilafiyyah ini tersangatlah luas & tak mampu bagi orang awam seperti kita ini untuk berenang-renang di dalam lautan khilaf yang sangat luas ini, maka serahkanlah ia kepada orang yang ahlinya sahaja.."

No comments: