https://m.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.614489561949522/2960051264059995/?type=3¬if_id=1591315756900601¬if_t=notify_me_page&ref=notif
KENAPA KITAB AL-UMM TIDAK DIBUAT RUJUKAN PENGAJIAN??
Pagi ni, saya ada dapat satu video menerusi YouTube, seorg maulahum yg membicarakan mengenai rujukan kpd al-Umm, kenapa tidak dijadikan sumber pengajian? Persoalan yg sangat menarik, maka saya berikan serba sedikit pandangan seperti berikut:
1) Jika maulahum nak rujuk terus kpd kitab al-Umm, ya, seeloknya maulahum perlu juga membuat mukhtasar terhadap kitab ini agar memudahkan masyarakat memahami karya al-Umm sebagaimana yg dilakukan oleh Imam al-Muzani, murid kepada Imam al-Shafi'i. Perlu diingat, setelah karya mukhtasar oleh al-Muzani dilakukan, maka terhasil pula karya-karya yg mensyarahkannya, ada pula karya2 yg meringkaskan karya-karya syarah itu, disusuli lagi dgn karya-karya hasyiah dsb sehinggalah umat Islam dapat memahami fiqh al-Shafi'i dgn sebaiknya. Persoalannya, maulahum mampu ke nak melakukan demikian walaupun dimulai dgn karya mukhtasar terlebih dahulu? Dah faham ke kesemua istilah yg terdapat di dalam karya al-Umm? Mampu dan faham la kot noo. Sebab tu la dia minta kita terus rujuk karya ini. Kalau kita, kita jawab, kita tak mampu. Jadi, nak menanti la satu karya mukhtasar oleh maulahum pula..😁😁
2) Golongan wahhabiyah hanya merujuk karya al-Umm ketika membicarakan mengenai permasalahan khilaf yg seringkali digunakan oleh mereka utk permasalahan tertentu sahaja, sedangkan al-Umm adalah karya fiqh yg merangkumi semua permasalahan agama. Biasanya, golongan wahhabiyah hanya merujuk karya al-Umm utk isu talqin, bacaan al-Quran adakah sampai kepada si mati, dan zikir secara berjemaah selepas solat sahaja. Sepatutnya mereka perlu merujuk kesemua karya al-Umm itu dari mula sehingga habis. Kenapa tidak merujuk semua? Agaknya, mereka sendiri pun tidak menguasai karya ini dengan baik, sbb itulah mereka tidak merujuk semua permasalahan agama menerusi karya ini. Jadi, adakah masih nak menyahut cabaran utk menghasilkan karya mukhtasar kpd al-Umm? Tanya saja. Bukanlah nak memperkecilkan sesiapa..😁😁
3) Maulahum kata, ulama Nusantara tidak ajar kitab al-Umm sbb ditakuti akan terdedah dalil-dalil yg di mana org awam akan persoalkan dalil2 itu. Jadi, nak elak daripada ditanya dalil-dalil, akan digunakan kitab kecil sahaja sbb tiada dalil. Mudah sikit nak ajar masyarakat tanpa dalil. Kita jawab begini: di dalam permasalahan fiqh, ada tingkatan pembelajarannya. Ada tingkatan permulaan, pertengahan, tingkatan yg tinggi, tingkatan hafazan trhdp mutun mazhab, seterusnya mujtahid dalam mazhab dsb. Org awam yg nak belajar fiqh, baru sampai ke tingkatan mana? Dah sampai ke tingkatan tinggi ka? Dah bersedia utk berbahas ka? Sudah tentu mereka baru peringkat permulaan. Apa faedahnya mereka diajar kitab yg tinggi2? Jika didedahkan kpd dalil pun, mereka tidaklah mengusai dalil-dalil itu. Mereka fahamkah utk istinbat dalil2? Sbb itulah para ulama mengajar kitab-kitab yg ringan utk memudahkan org awam faham fiqh dan beramal dgnnya, bukan takut org awam tanya itu ini, mana dalil dsb. Fiqh adalah utk diamalkam, bukan utk diperdebatkan. Jika dah sampai ke peringkat tinggi pun, mereka tidaklah diajar utk berdebat dgn org, tetapi diajar utk menyelesaikan isu-isu baru pada zaman kini yg tidak disebutkan dgn jelas dlm kitab2 lama, utk disesuaikan dgn kaedah-kaedah dlm mazhab Shafi'i.
Saya rasa, cukuplah sekadar ini perbicaraan mengenai isu di atas. Moga-moga kita mendapat kefahaman yg mendalam terhadap agama, bukannya mendabik dada seakan-akan diri itu terlalu alim berbanding para ulama nusantara.
Wallahua'lam.
Kredit : Dr Murshidi Mohd Noor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213024412964276&id=1810990976
No comments:
Post a Comment