Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, June 14, 2020

WAHHABI & BID'AH

WAHHABI & BID'AH

[1] Kalau Wahhabi kata kami tak sesatkan rakyat Malaysia itu suatu pendustaan. Kerana bid'ah pada mereka hanya sesat. Maka bila keluar dari mulut mereka "ini bid'ah" maka ia merujuk "ini sesat" dan "ini neraka". Kerana zahir hadith yang mereka pegang semua bid'ah adalah sesat dan setiap yang sesat di dalam neraka.

[2] Ketikamana mereka mengatakan bid'ah menyambut maulid Nabi sebenarnya mereka mengatakan sesat dan masuk neraka kepada si pelaku. Maka seluruh rakyat Malaysia termasuk pemimpin negara yang memberi ruang kepada mereka bertapak di Malaysia juga telah disesatkan dan dinerakakan oleh Wahhabi.

[3] Ketikamana ASWAJA mengatakan kafir mereka yang mengatakan Allah duduk di atas arash, Allah bertangan, Allah ada dua mata itu berkaitan dengan akidah mujassimah yang terkeluar daripada akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah. Selayaknya kerana perkara yang berkaitan dengan akidah akan membawa kepada kekufuran. Mungkin bahasanya agak keras tetapi itulah hakikatnya.

[4] Sebaliknya, Wahhabi menyesatkan umat Islam Malaysia di atas perkara khilafiyyah fiqhiyyah ijtihadiyyah. Seperti tahlil, bacaan yasin malam jumaat, talqin, sambutan maulid etc. Kita kena bezakan ini walaupun kita melihat cara mereka lebih lunak berbanding penentang mereka. Mereka menyesatkan dan menerakakan kita dengan mulut yang manis. Inilah racun yang berbisa.

[5] Saya berharap kerajaan Malaysia yang telah disesatkan dan dinerakakan oleh Wahhabi kerana saban tahun Malaysia menyambut Maulidurrasul dan lain-lain untuk menghalangi mereka daripads terus bertapak di negara ini.

[6] Jika mereka kata tidak semua bid'ah sesat dan masuk neraka maka mereka sedang menipu kerana pada ideologi mereka semua bid'ah adalah sesat termasuk di dalam perkara cabang di dalam agama sepertimana yang saya jelaskan di atas.

[7] Semoga Allah Ta'ala memelihara negara kita daripada ideologi militan Wahhabi ini. Saya menyeru kepada semua asatizah yang menyedari bahaya fahaman ini bangkit bersama untuk menjelaskan kekeliruan mereka sekadar termampu. Jangan terus membisu kerana Allah pasti akan bertanya. Ke mana ilmu yg kita pelajari?

Cegah sebelum parah,
Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Rakyat Malaysia .

Wallahu a'lam .

No comments: