Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, June 15, 2020

Solat Sunat Tahajjud


Solat Sunat Tahajjud

Bagaimana cara melakukan Solat Tahajjud?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat sunat tahajjud secara lengkap, beserta dengan doa tahajjud.
Apa yang istimewa:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Isi Kandungan


Pengenalan


Waktu Solat Tahajjud


Niat Solat Tahajjud


Jumlah rakaat Yang Boleh Dilakukan


Surah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat


Doa Tahajjud


Kelebihan Solat Malam


Penutup: Waktu Pintu Taubat Terbuka Luas


 

Pengenalan Tahajjud


Solat sunat tahajjud digalakkan agar didirikan setiap malam.
Kita solat fardhu Isyak di awal waktu dengan berjemaah dan bangun kemudian bersegera tidur agar dapat bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat sunat tahajjud.
Hukum solat tahajjud adalah sunat muakkad – iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri.
Baginda bersabda yang ertinya;

Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)”
— H.R Muslim


Solat sunat tahajjud sangat digalakkan dilakukan bersama-sama dengan solat taubat

 

Waktu Solat Tahajjud


Solat sunat tahajjud dilakukan pada tengah malam, iaitu selepas jam 12 malam.
Waktu ini adalah selepas bangun daripada tidur sewaktu keadaan senyap sunyi dikala semua manusia lain sedang nyenyak tidur.
Firman Allah SWT:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.
— Surah al-Muzzammil ayat 1–4


Amalan bangun untuk beribadah selepas tidur malam ini dikenali sebagai Qiamullail.

 

Lafaz Niat Solat Tahajjud


Apabila bangkit selepas tidur di tengah malam, ambillah wuduk.
Seterusnya mengadap arah kiblat dan ucapkan lafaz niat solat solat tahajjud ini:

 Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala


 

Jumlah Rakaat


Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat tahajjud secara terperinci.
Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat.

Solat sunat tahajjud boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. — tetapi ia boleh dilakukan sebanyak mungking mengikut kemampuan anda.
Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.
Perlaksanaan cara solat tahajjud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
 

Surah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat


Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan.
Oleh itu, bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai.
Di bawah ini adalah cadangan surah yang boleh dibacakan.

Rakaat Pertama
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun:

Audio Player

00:00


00:00


Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.


Rakaat Kedua
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:

Audio Player

00:00


00:00


Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”


 

Doa Solat Tahajjud


Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya.
Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut:

Audio Player

00:00


00:00


Allahumma laka hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, Wamuhammadun sallallahu ‘alaihiwasallam haqku, wassa-‘atu haqku
Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli maaqaddamtu, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka wa laa hau la walaa quwwata illa billahi


Maksudnya:
Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.
 

Kelebihan Solat Tahajjud


Banyak kelebihan melakukan solat sunat tahajjud.
Antara kelebihan solat sunat tahajjud ialah makbul doa, tenang hati serta fikiran, murah rezeki dan mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia.
Yang paling penting adalah waktu ini pintu taubat terbuka luas.
Rasulullah SAW bersabda:

kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit
— Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A


Malah, dengan solat tahajjud juga akan menjadikan diri kita lebih kuat dan lebih produktif.
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa tahajud adalah kehormatan seseorang mukmin kerana ia memberikan masa peribadi antara kita dengan Tuhan.
Jika kita percaya bahawa kita milik-Nya dan kita akan kembali kepada-Nya, maka laburkan sedikit masa spiritual kita dengan tahajud dan lihatlah bagaimana kekuatan dan produktiviti ktia akan meningkat!

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat empat sebab untuk seseorang melakukan tahajud

Untuk membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian terhadap orang Islam lain.


Untuk sentiasa mempunyai rasa takut dalam hati kita terhadap Tuhan dan menyedari bahawa hidup kita sangat singkat.


Untuk memahami manfaat tahajud.


Untuk mencintai Allah, dan mempunyai iman yang kuat apabila kita bangun solat malam ‘memanggil’ Allah.


Lima Ganjaran di Dunia

1.Jauh Daripada Semua Penyakit

Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;

Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.


2.Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah

Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam?
Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang?
Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya.
Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.

3.Dikasihi Oleh Semua Manusia

Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT.
Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.

4.Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan)

Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka.
Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah.
Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

5.Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati)

Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya.
Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.

 

Penutup: Allah Membuka Pintu Langit Kepada HambaNya


Solat malam adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.
Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Semoga panduan ini dapat membantu anda.







No comments: