Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, June 10, 2020

ILMU KALAM MERUPAKAN METODOLOGI ULAMA' MUKTABAR DALAM MEMPERTAHANKAN AKIDAH UMAT

*ILMU KALAM MERUPAKAN METODOLOGI ULAMA' MUKTABAR DALAM MEMPERTAHANKAN AKIDAH UMAT*

Suatu kebodohan yang jelas apabila ada orang yang mengatakan Ilmu Kalam punca bala' dalam agama.

Orang tersebut jelas memiliki pemikiran yang tersangat dangkal dan lemah dalam memahami kalam Ulama' muktabar.

Kini Virus Palatau benar-benar menjangkiti Al-Wahabiyyah ini.

Mendatangkan kalam Imam Syafi'e bahawa kononnya menentang Ilmu Kalam, telah memaparkan dirinya sebagai orang yang gagal memahami maksud sebenar Imam Syafi'e.

Kegagalan dalam analitikal tekstual ini terjadi disebabkan kesan fahaman Wahabiyyah yang bersarang di otak pemikirannya.

Tanpa disedarinya Imam Syafi'e sebenarnya tidak memusuhi Ilmu Kalam tetapi melarang sebahagian kecil sahaja topik dalam Ilmu Kalam.

Apa yang dilarang adalah Ilmu Kalam yang hanya membahaskan Zat Allah sahaja disebabkan ia menyebabkan perbahasan yang tidak berkesudahan dan melibatkan orang awal yang jahil tidak memiliki kepakaran dalam metodologi ilmu.

Sedangkan Imam Syafi'e sendiri menggunakan Ilmu Kalam di dalam mempertahankan fondasi akidah Islam.

Ini jelas apabila Imam Al-Baihaqi
menyatakan bahawa celaan Imam Syafi'e terhadap Ilmu Kalam khusus kepada orang-orang tertentu sahaja yang hanya membahaskan Zat Allah semata iaitu Hafs al Fard, Ibrahim bin 'Ulayyah dan tokoh-tokoh bid'ah yang lainnya.

Ini jelas dalam kata-kata Imam al Baihaqi :

"Beliau (Imam Syafi'e) maksudkan kalam ahli bid'ah yang meninggalkan Al-Kitab dan As-Sunnah dan menjadikan akal sebagai pegangan lalu meluruskan Al-Qur'an sesuai dengan kehendak akal mereka. Apabila disampaikan sunnah yang bertentangan dengan pendapat mereka, mereka berpaling daripadanya menuduh para perawinya. Adapun Mutakallimun Ahli Sunnah, maka mazhab mereka terbangun di atas Al-Kitab dan As-Sunnah. Mereka berpegang dengan akal sekadar menolak anggapan bahawa mazhab mereka tidak rasional" (Manaqib As Syafie 1/463).

Berkenaan tuduhan kononnya Imam Syafi'e melarang mempelajari Ilmu Kalam, maka ia dijelaskan oleh Imam Al-Baihaqi bahawa ia hanya terfokus kepada Hafs al-Farid yang menggunakan Ilmu Kalam untuk memesongkan akidah. Malah Imam Syafi’e menggunakan Ilmu Kalam untuk mengalahkan Hafsh al-Fard. Ia menjadi bukti bahawa beliau menguasai Ilmu Kalam. Apakah orang menggunakan Ilmu Kalam melarang Ilmu Kalam?

Perdebatan dengan Ahli Kalam hanya boleh dilakukan dengan teori Ilmu Kalam yang sama. Ia adalah bukti yang kukuh bahawa Imam Syafi’e menguasai metodologi Ilmu Kalam tersebut. Sedangkan Ilmu Kalam yang beliau cela adalah Ilmu Kalam versi Hafsh al-Fard, Mu’tazilah dan ahli bid’ah yang meruntuhkan fondasi akidah Islam.

Malah Imam Syafi'e sendiri merupakan Ahli Feqah yang menguasai Ilmu Kalam sehingga kitabnya berkenaan Usul Feqh penuh dengan metodologi Ilmu Kalam.

Al-Imam al-Hafizh Al-Baihaqi berkata dalam kitabnya Manaqib Al-Syafi’e :

وقرأت في كتاب أبي نعيم الأصبهاني حكاية عن الصاحب بن عباد أنه ذكر في كتابه بإسناده عن إسحاق أنه قال: قال لي أبي: كلَّم الشافعي يوماً بعض الفقهاء فدقق عليه وحقق، وطالب وضيق، فقلت له: يا أبا عبد الله: هذا لأهل الكلام لا لأهل الحلال والحرام، فقال: أحكمنا ذاك قبل هذا" اهـ.

"Aku membaca sebuah hikayat dalam kitabnya Abu Nu’aim dari al-Shahib bin ‘Abbad, bahawa ia menyebutkan dalam kitabnya dengan sanadnya, dari Ishaq, bahawa ia berkata: “Ayahku berkata kepadaku: “Suatu hari Imam Syafi’e berbicara kepada sebagian ulama' Fuqaha', lalu beliau berbicara dengan cara yang terperinci, mendalam, menuntut dan mempersempit bahasan. Lalu aku berkata: “Wahai Abu Abdillah: “Cara anda menjelaskan ini merupakan metodologi Ahli Kalam, bukan ahli halal dan haram (Fuqaha')”. Lalu beliau berkata: “Aku menguasai itu (Ilmu kalam), sebelum menguasai ini (Ilmu Feqh).” (Al-Baihaqi, Manaqib al-Syafi’e, juz 1 hlm 457).

Sesungguhnya Ilmu Kalam dalam Islam itu merupakan metodologi hujjah dalam mempertahankan prinsip asas Akidah.

Pada dasarnya, Ilmu Kalam merupakan pembahasan mengenai Allah dari aspek Asma' Wa Sifat.

Ilmu Kalam juga berkenaan dengan perbincangan tentang Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Kiamat dan Qada' Qadar Ilahi. Kesemua ini memperkukuhkan akidah Rukun Imam dengan Dalil Aqli untuk menyelamatkan umat Islam daripada kesesatan.

Secara etimologi Ilmu Kalam bermaksud ilmu pembicaraan atau kata-kata dalam berhujah. Ia berlandaskan Kalamullah (Kata-kata Allah SWT) yang menjadikan kesemua alam ini dengan perkataan "Kun".

Maka dengan sebab itu, Ilmu kalam diidentifikasikan sebagai ilmu Teologi, Ilmu Tauhid, Ilmu Ketuhanan, Ilmu Usuluddin dan sebagainya kerana ia membicarakan dan mendialogkan suatu masalah berkenaan dengan Tuhan terutama kalam Tuhan. Ia menyediakan dasar realistik dalam landasan ilmu untuk keimanan yang kukuh.

Oleh yang demikian, llmu Kalam digunakan untuk mengukuhkan prinsip akidah di dalam Islam. Melalui ilmu kalam, Rukun Iman diperkukuhkan.  Sepertimana Ilmu Usul Feqh untuk mengukuhkan hukum hakam dalam Syariat Islam. Hal ini juga sama dengan ilmu Tariqat untuk mengukuhkan Rukun Ihsan.

Tabiat Ilmu Kalam yang sangat berorientasikan keharmonian akal pasti dapat mengukukan hakikat tauhid yang bertunjangkan al-Quran dan hadis.

Para ilmuwan-ilmuwan Islam menggunakan Ilmu Kalam untuk mengukuhkan prinsip akidah.

Lipatan sejarah membuktikan hal ini apabila Ilmu kalam digunakan oleh Imam Taftazani untuk membahaskan bertapa pentingnya keesaan dan sifat-sifat Allah dalam memperteguhkan Tauhid.

Malah kitab Fiqh Al Akbar yang dikarang oleh Imam Abu Hanifah pada abad ke 2H/8M penuh dengan metodologi Ilmu Kalam dalam memperkukuhkan akidah Islam dengan hujah Aqliah.

Al-Salmasi juga memuji al-Imam Abu Hanifah sebagai pakar Ilmu Kalam. Ia berkata:

فصل: في ذكر أبي حنيفة رضي الله عنه أما أبو حنيفة فله في الدين المراتب الشريفة والمناصب المنيفة، ... سيد الفقهاء في عصره، وراس العلماء في مصره، ... سبق الكافة منهم إلى تقرير القياس والكلام

"Bahagian tentang Abu Hanifah RA. Adapun Abu Hanifah, maka ia memiliki martabat yang mulia dan pangkat yang luhur dalam agama. Penghulu para Fuqaha' pada masanya, pemimpin para ulama' di kotanya. Ia mendahului mereka semua dalam menetapkan Qiyas dan Ilmu Kalam".

Demikian juga Ilmu Akidah (Usuluddin) menggunakan metodologi Ilmu Kalam yang sememangnya digunakan oleh Imam Al-Thahawi (wafat 331H/942M) dan Imam Al Gazali (wafat 505H/111M) sehingga fahaman songsang dapat dibasmi pada ketika itu dengan kekuatan hujah dalil aqliah.

Ilmu Kalam juga digunakan oleh Imam Ja’far Al-Shadiq (wafat 148H/75M), Imam Malik (wafat 179H/795M) dan Imam Syafi’e (wafat 204H/819M).

Kitab Imam Syafie dalam Usul Feqh tersangat jelas telah menggunakan metodologi Ilmu Kalam.

Kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Al-Asy’ari (wafat 324H/935M) dan Al-Baghdadi (wafat 42H/1037M) dalam bidang Usuluddin menggunakan metodologi Ilmu Kalam yang sangat mapan dalam menjaga Prinsip Akidah.

Ilmu Al Nazar dan Al Istidal digunakan oleh Taftazani didalam buku Syarh Al-Aqa’id Al Nasafiyyah mengenai pembahasan metode Imu Kalam. Jelas bahawa Ilmu Kalam digunakan untuk memperkuat dasar fondasi pengetahuan tentang keimanan di dalam Ilmu Usuluddin.

Jikalau dikatakan Ilmu Kalam itu bala' dalam Islam, maka orang yang menuduh itu telah melakukan fitnah yang tersangat besar kepada ulama'-ulama' besar sepanjang zaman.

Apa yang ditentang adalah Ilmu Kalam yang tidak sejalan dengan Al-Quran dan As-Sunah. Malah Al-Qur'an sendiri mendorong kepada penjelasan hujah (Ilmu Kalam) dengan datangnya Al-Qur'an itu. Firman Allah SWT :

“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al A’raf:52)

Dengan mempelajari Ilmu Kalam maka tidak akan tercampur antara keimanan dan kesyirikan. Hal ini kerana melalui Ilmu Kalam kita dapat mengetahui perbezaan yang jelas antara seorang muslim yang beriman dan kesyirikan dan kekafiran yang tidak meyakini hukum Allah.

Hal ini menunjukkan bahawa Ilmu Kalam itu ada yang tercela dan ada yang terpuji. Ilmu kalam yang dicela oleh ulama salaf adalah Ilmu Kalam yang ditekuni oleh kaum ahli bid’ah untuk membela ajaran bid’ah mereka, seperti kaum Mu’tazilah, Qadariyah, Syiah dan semacamnya.

Ilmu kalam yang terpuji adalah ilmu kalam yang ditekuni oleh ulama Ahlus Sunnah Wal-Jama’ah untuk membentengi akidah dengan dalil aqliah memperkukuhkan ajaran al-Qur’an dan Sunnah.

Sesungguhnya kejahilan itu tetap ada walaupun bergelar doktor. Kejadian ini menandakan "Virus Palatau" yang menjangkiti Wahabi yang sememangnya tidak pakar dalam Ilmu Usuluddin terutama Bidang Akidah yang membincangkan perbahasan Ilmu Kalam yang tinggi.

Mereka yang belajar Hadis secara tekstual berperasaan mengetahui segala-galanya sehingga mencampuri dan membahaskan bidang yang mereka tidak tahu. Tanpa disedari habis ulama' muktabar dipukul rata sehingga yang pandai hanyalah Wahabi sahaja, ulama' semuanya sesat dan mendatangkan bala'. Inilah kesan Intelektual Barbarisme, kebiadaban yang sukar hilang di zaman Pasca-Modenisme ini.

*Emang Da Galileo*
(Al-Asyairah ASWJ Sandakan)

No comments: