Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, June 23, 2020

INILAH AQIDAH SALAF

INILAH AQIDAH SALAF (SEBARKAN)

Mengimani ayat-ayat mutsyabihat dan menyerahkan maknanya kepada ALLAH subhanahu wa ta’aala TANPA menyerupakan ALLAH dengan sifat-sifat makhluk-NYA.

Aqidah murni Islam, selain daripada mengandungi konsep tauhid (keesaan), ianya juga mengandungi konsep tanzih, iaitu menyucikan ALLAH s.w.t. daripada sebarang sifat-sifat kekurangan.

Antara sifat-sifat kekurangan adalah dengan menyamakan samada zat, sifat mahupun perbuatan ALLAH s.w.t. dengan jisim, sifat mahupun perbuatan makhluk. Antara yang membawa kepada menyamakan ALLAH s.w.t. dengan makhluk adalah dengan menetapkan ciri-ciri kejisiman kepada ALLAH s.w.t. seperti mendakwa zat Allah bertempat, berjisim, mempunyai anggota tubuh, bergerak-gerak, dibatasi oleh masa dan sebagainya.

Sebagaimana ALLAH s.w.t. tidak dibatasi oleh masa, begitu juga Dia tidak dibatasi oleh tempat kerana masa dan tempat adalah hasil ciptaan ALLAH s.w.t.. Mustahil ALLAH s.w.t. dibatasi oleh makhluk-makhluk-NYA.

Saidina Ali r.a. berkata:

كان- الله- ولا مكان ، وهو الان على ما- عليه- كان اهـ. أي بلا مكان

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. itu tidak bertempat. Dia sekarang dalam keadaan seperti mana Dia sebelum ini (iaitu tetap qadim dan abadi tanpa bertempat)”.  (Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333)

Beliau berkata lagi

من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (Hilyatul Auliya’: 1/73)

Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. (94 H) berkata:

أنت الله الذي لا يحويك مكان

Maksudnya: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin:
4/380)

Imam Ja’far As-Sodiq r.a. (148 H) berkata:

من زعم أن الله في شيء، أو من شيء، أو على شيء فقد أشرك.

Maksudnya: “Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. berada pada mana-mana tempat, atau berada atas sesuatu, atau berasal daripada sesuatu, maka dia telahpun syirik...”  (Risalah Al-Qusyairiyah: 6)

Ulama Salaf ahli Hadits al-Faqih Muhammad bin Hasan asy-Syaibani (102 – 189 H) berkata :

“ Para ulama fiqih semuanya sepakat, dari barat ke timur, untuk mengimani al-Quran dan Hadits yang dibawa oleh para perowi terpercaya tentang sifat ALLAH Ta’ala TANPA tafsir, penyifatan dan tasybih. Barangsiapa yang mentafsirkannya sekarang sesuatu dari hal itu, maka dia telah keluar dari ajaran Nabi dan memisahkan diri dari barisan Ahlus sunnah wal Jama’ah. Kerana sesungguhnya mereka (Ahlus sunnah) tidak mensifatinya dan juga tidak menafsirkannya, akan tetapi mereka berfatwa dengan apa yang ada dalam al-Quran dan sunnah kemudian mereka DIAM “. (I’tiqad Ahlis sunnah, al-Lalikai : 3/432)

Imam Ahmad bin Hanbal (164 – 241 H) berkata :

“ Aku (Hanbal) bertanya kepada Abu Abdillah (imam Ahmad) tentang hadits-hadits yang diriwayatkan bahawa ALLAH Ta’ala turun ke langit dunia, dan ALLAH Ta’ala meletakkan telapak kaki-NYA dan semisalnya ?”, maka imam Ahmad menjawab : “ Kami mengimaninya dan kami membenarkannya, TANPA kaif dan TANPA makna “. (Dzam at-Takwil : 21)

Dua ulama salaf ini sudah cukup mewakili manhaj salaf dan sudah cukup sebagai bukti bahwasanya manhaj ulama salaf shalih dalam menyikapi ayat sifat adalah Mengimaninya dan membenarkannya TANPA menafsirkan maknanya dan TANPA menyerupakan ALLAH dengan sifat makhluk-NYA.

Sheikhul Hanabilah Imam Abu Al-Fadhl meriwayatkan daripada Imam Ahmad r.a. yang berkata ketika mensyarahkan makna istiwa':

هو العلو والارتفاع ولم يزل الله عاليا رفيعا قبل أن يخلق عرشه فهو فوق كل شىء والعالي علي كل شىء... علا ولا يجوز أن يقال استوي بمماسه ولا بملاقاه تعالي الله عن ذلك علوا كبيرا والله تعالي لم يلحقه تغيير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش

Maksudnya: "Iaitu ketinggian darjat dan keagunganNya. ALLAH s.w.t. sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjatNya) sebelum DIA menciptakan Arasy. DIA di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-NYA) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istiwa itu zat ALLAH s.w.t. menyentuh Arasy atau menempatinya. Maha Suci ALLAH s.w.t.daripadanya (bertempat tersebut) setinggi-tinggi-NYA. DIA tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan Arasy dan setelah kejadian Arasy tersebut" (Risalah At-Tamimi: 2/265-290)

Seluruh ulama salaf sudah IJMA’ (sepakat) TIDAK berani menafsirkan maknanya bahkan sama sekali TIDAK mau membicarakan teks-teks mutasyabihat dan sifat. Sebagaimana dinyatakan oleh imam Ibnu Khuzaimah (223 – 311 H) :

“ Para imam kaum muslimin dan perintis mazhab serta para pemimpin agama seperti Malik, Sufyan, al-Awza’i, asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq, Yahya, Ibnul Mubarak, Abu Hanifah, Muhammad bin Hasan dan Abu Yusuf, tidak membicarakan hal itu (ayat sifat) dan mencegah para pengikutnya mendalaminya serta menunjukkan mereka atas al-Quran dan Sunnah “. (Aqaawil ats-Tsiqaat : 62)

Makna zahir bahasa Arab dari teks sifat semisal Yad (tangan), Rijl (kaki), Wajh (wajah), Isbi’ (Jari), Nuzul (turun) dan sebagainya adalah makna yang menunjukkan jisim dan organ. Seluruh ulama baik ulama ahli lughah, fiqih, tafsir dan tauhid sepakat bahwa makna zahirnya secara hakikat dalam bahasa Arab tidak ada lain bermakna JARIHAH yakni alat atau organ tertentu. Sedangkan ALLAH tidak memerlukan alat atau organ untuk berbuat. ALLAH lah yang menciptakan alat dan organ untuk makhluk-NYA berbuat.

Imam Abu Jakfar ath-Thahawi (seorang ulama salaf ) berkata :

وَتَعَالىَ- أَيْ اللهُ- عَنِ اْلحُدُوْدِ وَاْلغَايَاتِ وَاْلأَرْكَانِ وَاْلأَعْضَاءِ وَاْلأَدَوَاتِ، لاَ تَحْوِيْهِ اْلجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ اْلمُبْتَدَعَاتِ

"Maha suci ALLAH dari batas-batas (bentuk kecil maupun besar, jadi ALLAH tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi,anggota badan yang besar (seperti wajah, tangan dan lainnya) maupun anggota badan yang kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lainnya).DIA tidak diliputi oleh satu maupun enam arah penjuru (atas, bawah, kanan,kiri, depan dan belakang) tidak seperti makhluk-NYA yang diliputi enam arah penjuru tersebut". (Al-Aqidah ath-Thahawiyyah : 28)

Imam ahli tafsir al-Qurthubi (578 – 656 H) mengatakan :

“ Sungguh telah diketahui sesungguhnya mazhab ulama salaf adalah meninggalkan memperdalam (pembicaraan makna) disertai keyakinan mereka dengan kemustahilan dzahir-dzahirnya, maka mereka mengatakan : “ Laluilah sebagaimana datangnya “. (Al-Jami’ li Ahkaam al-Quran : 4/12)

Al-Imam Badruddin bin Jama’ah (694 – 767 H) menegaskan tentang prinsip ulama salaf dalam menyikapi nash sifat sebagai berikut :

“ Barangsiapa yang menganut (mengaku) mengikuti ucapan ulama salaf, dan berucap dengan ucapan tasybih (penyerupaan) atau takyiif (visualisasi), atau membawa lafaz atas dzahirnya dari apa yang ALLAH Maha Suci darinya berupa sifat-sifat baharu, maka dia telah BERDUSTA mengaku mengikuti mazhab salaf, lepas dari ucapan dan keseimbangan salaf “. (Iydhah ad- Dalil fi Qat’i Hujaji Ahli ath-Ta’thil : 93)

Para  ulama telah sepakat untuk TIDAK berpegang dengan makna zahir teks-teks mutasyabihat atau sifat. Mereka yang berpegang kepada makna ZAHIR ayat Al Quran dan Hadist hakikatna MENENTANG aidah salaf.

Ketika imam Syafi’I ditanya tentang makna ISTAWA dalam Al-Quran beliau menjawab :

“ ﺀﺍﻣﻨﺖ ﺑﻼ ﺗﺸﺒﻴﻪ ﻭﺻﺪﻗﺖ ﺑﻼ ﺗﻤﺜﻴﻞﻭﺍﺗﻬﻤﺖ ﻧﻔﺴﻲ ﻓﻲ ﺍﻹﺩﺭﺍﻙ ﻭﺃﻣﺴﻜﺖﻋﻦ ﺍﻟﺨﻮﺽ ﻓﻴﻪ ﻛﻞ ﺍﻹﻣﺴﺎﻙ ”ﺫﻛﺮﻩ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺍﻟﺮﻓﺎﻋﻲ ﻓﻲ( ﺍﻟﺒﺮﻫﺎﻥ ﺍﻟﻤﺆﻳﺪ) (ﺹ 24) ﻭﺍﻹﻣﺎﻡﺗﻘﻲ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺍﻟﺤﺼﻨﻲ ﻓﻲ (ﺩﻓﻊ ﺷﺒﻪ ﻣﻦﺷﺒﻪ ﻭﺗﻤﺮﺩ ) (ﺹ 18) ﻭﻏﻴﺮﻫﻤﺎ ﻛﺜﻴﺮ .

“ Aku mengimani istiwa Allah TANPA memberi penyerupaan dan aku membenarkannya TANPA melakukan percontohan, dan aku mengkhawatirkan nafsuku didalam memahaminya dan aku MENCEGAH diriku dari memperdalam persoalan ini dengan sebenar-benarnya pencegahan “

Ini telah disebutkan oleh imam Ahmad Ar-Rifa’i di dalam kitab “Al-Burhan Al-Muayyad “ halaman ; 24.

Juga telah disebutkan oleh imam Taqiyyuddin Al-Hishni di dalamkitab Daf’u syibhi man syabbaha wa tamarroda halaman : 18.Di dalam kitab ini juga pada halaman ke 56 disebutkan bahwa imam Syafi’i berkata :

ﺀﺍﻣﻨﺖ ﺑﻤﺎ ﺟﺎﺀ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺮﺍﺩ ﺍﻟﻠﻪﻭﺑﻤﺎ ﺟﺎﺀ ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺮﺍﺩﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ

Syaikh Salamah Al-Azaami dan selainnya mengomentari ucapan Imam Syafi’I tersebut :

ﻭﻣﻌﻨﺎﻩ ﻻ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻗﺪ ﺗﺬﻫﺐ ﺇﻟﻴﻪﺍﻷﻭﻫﺎﻡ ﻭﺍﻟﻈﻨﻮﻥ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﻌﺎﻧﻲ ﺍﻟﺤﺴﻴﺔﻭﺍﻟﺠﺴﻤﻴﺔ ﺍﻟﺘﻲ ﻻ ﺗﺠﻮﺯ ﻓﻲ ﺣﻖ ﺍﻟﻠﻪﺗﻌﺎﻟﻰ .

“ Maknanya adalah bukan seperti yang terlintas oleh fikiran dan persangkaan dari makna fizik dan jisim yang tidak boleh bagi haq ALLAH Swt“ Dan masih banyak lagi yang lainnya

Ketika Imam Syafi’i dita-NYA tentang sifat ALLAH Swt, beliau menjawab:

ﺣﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﻘﻮﻝ ﺃﻥ ﺗﻤﺜﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰﻭﻋﻠﻰ ﺍﻷﻭﻫﺎﻡ ﺃﻥ ﺗﺤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻈﻨﻮﻥﺃﻥ ﺗﻘﻄﻊ ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﻔﻮﺱ ﺃﻥ ﺗﻔﻜﺮﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻀﻤﺎﺋﺮ ﺃﻥ ﺗﻌﻤﻖ ﻭﻋﻠﻰﺍﻟﺨﻮﺍﻃﺮ ﺃﻥ ﺗﺤﻴﻂ ﺇﻻ ﻣﺎ ﻭﺻﻒ ﺑﻪ ﻧﻔﺴﻪ– ﺃﻱ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﻟﺴﺎﻥ ﻧﺒﻴﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪﻭﺳﻠﻢ –ﺫﻛﺮﻩ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﺑﻦ ﺟﻬﺒﻞ ﻓﻲ ﺭﺳﺎﻟﺘﻪ ﺍﻧﻈﺮﻃﺒﻘﺎﺕ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻴﺔ ﺍﻟﻜﺒﺮﻯ ﺝ 9/40 ﻓﻲﻧﻔﻲ ﺍﻟﺠﻬﺔ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺘﻲ ﺭﺩ ﻓﻴﻬﺎ ﻋﻠﻰﺍﺑﻦ ﺗﻴﻤﻴﺔ .

“Haram bagi akal membuat perumpamaan, Haram bagi pemikiran membuat batasan, dan haram bagi prasangka untuk membuat statemen, dan Haram juga bagi Jiwa untuk memikirkan (Dzat, perbuatan dan sifat-sifat) ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, dan haram bagi hati untuk memperdalam, dan Haram bagi lintasan-lintas an hati untuk meliputi, kecuali apa yang telah ALLAH sifati sendiri atas lisan nabi--NYA Muhammad ShollALLAHu ‘alaihi wa Sallam”(Telah disebutkan oleh syaikh Ibnu Jahbal di dalam Risalah-NYA,lihatlah Thobaqot Asy-Syafi’iyyah Al-Kubra juz : 9 halaman : 40tentang menafikan arah dari ALLAH Swt sebagai bantahan atas Ibnu Taimiyyah) ◆ Di dalam kitab Ittihaafus saadatil muttaqin juz : 2, halaman ; 24,

Imam Syafi’i berkata lagi :

:ﺇﻧﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻛﺎﻥ ﻭﻻ ﻣﻜﺎﻥ ﻓﺨﻠﻖ ﺍﻟﻤﻜﺎﻥﻭﻫﻮ ﻋﻠﻰ ﺻﻔﺔ ﺍﻷﺯﻟﻴﺔ ﻛﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﻗﺒﻞﺧﻠﻘﻪ ﺍﻟﻤﻜﺎﻥَ ﻻ ﻳﺠﻮﺯ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺘﻐﻴﻴﺮُ ﻓﻲﺫﺍﺗﻪ ﻭﻻ ﺍﻟﺘﺒﺪﻳﻞ ﻓﻲ ﺻﻔﺎﺗﻪ”“

Sesungguh-NYA ALLAH Ta’ala ada dan TANPA tempat, lalu ALLAH menciptakan tempat dan ALLAH senantiasa dalam sifat ‘Azali--NYA (tidak berubah) sebagaimana wujud--NYA sebelum menciptakan tempat. Mustahil bagi ALLAH perubahan di dalam Dzat--NYA dan juga perpindahan di dalam sifat-sifat--NYA ”

( ﻓﺼﻞ) ﻭَﺍﻋْﻠَﻤُﻮْﺍ ﺃﻥّ ﺍﻟﻠﻪَ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻻَﻣَﻜَﺎﻥَ ﻟَﻪُ، ﻭَﺍﻟﺪّﻟِﻴْﻞُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻫُﻮَ ﺃﻥّ ﺍﻟﻠﻪَﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻛَﺎﻥَ ﻭَﻻَ ﻣَﻜَﺎﻥَ ﻓَﺨَﻠَﻖَﺍﻟْﻤَﻜَﺎﻥَ ﻭَﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﺻِﻔَﺔِ ﺍﻷﺯَﻟِﻴّﺔِ ﻛَﻤَﺎﻛَﺎﻥَ ﻗَﺒْﻞَ ﺧَﻠْﻘِﻪِ ﺍﻟْﻤَﻜَﺎﻥَ ﻻَ ﻳَﺠُﻮْﺯُﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﺘَّﻐَﻴُّﺮُ ﻓِﻲ ﺫَﺍﺗِﻪِِ ﻭَﻻَ ﺍﻟﺘَّﺒَﺪُّﻝُ ﻓِﻲﺻِﻔَﺎﺗِﻪِ، ﻭَﻷﻥّ ﻣَﻦْ ﻟَﻪُ ﻣَﻜَﺎﻥٌ ﻓَﻠَﻪُﺗَﺤْﺖٌ، ﻭَﻣَﻦْ ﻟَﻪُ ﺗَﺤْﺖٌ ﻳَﻜُﻮْﻥُ ﻣُﺘَﻨَﺎﻫِﻲﺍﻟﺬّﺍﺕِ ﻣَﺤْﺪُﻭْﺩًﺍ، ﻭَﺍﻟْﻤَﺤْﺪُﻭْﺩُ ﻣَﺨْﻠُﻮْﻕٌ،ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻦْ ﺫﻟِﻚَ ﻋُﻠُﻮّﺍ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ ،ﻭﻟِﻬﺬَﺍ ﺍﻟْﻤَﻌْﻨَﻰ ﺍﺳْﺘَﺤَﺎﻝَ ﻋَﻠﻴْﻪﺍﻟﺰّﻭْﺟَﺔُ ﻭَﺍﻟﻮَﻟﺪُ، ﻷﻥّ ﺫﻟِﻚ ﻻَ ﻳَﺘِﻢّ ﺇﻻّﺑﺎﻟْﻤُﺒَﺎﺷَﺮَﺓِ ﻭﺍﻻﺗّﺼَﺎﻝِ ﻭﺍﻻﻧْﻔِﺼَﺎﻝ .

Ketahuilah bahwa ALLAH tidak bertempat. Argumentasi atas ini ialah bahawa DIA ada tanpa permulaan dan tanpa tempat. Maka setelah menciptakan tempat DIA tetap pada sifat--NYA yang azali sebelum DIA menciptakan tempat; yaitu ada tanpa tempat. Tidak boleh pada hak ALLAH adanya perubahan, baik perubahan pada Dzat--NYA maupun pada sifat-sifat—NYA. Kerana sesuatu yang memiliki tempat maka ia pasti memiliki arah bawah. Dan bila demikian maka ia pasti memiliki bentuk tubuh dan batasan. Dan sesuatu yang memiliki batasan pasti sebagai makhluk, dan ALLAH maha suci dari pada itu semua. Kerana itu mustahil pada hak-NYA terdapat isteri dan anak.Sebab hal semacam itu tidak akan terjadi kecuali dengan adanya sentuhan, menempel dan terpisah.ALLAH mustahil pada--NYA ,sifat terbagi-bagi dan terpisah-pisah.Tidak boleh dibayangkan dari ALLAH ada-NYA sifat menempel dan berpisah. Oleh sebab itu adanya istilah suami,istri dan anak pada hak ALLAH adalah sesuatu yang mustahil (al-Kaukab al-Azhar Syarh al-Fiqh al-Akbar, h.13)

Imam As-Syafi’e r.a. (204 H) berkata:

إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لا يجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته

“Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifatNya atau zatNya.”  (Ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24).

IMAM HANAFI berkata :

ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺗَﻌَﺎﻟﻰ ﻳُﺮَﻯ ﻓِﻲ ﺍﻵﺧِﺮَﺓ، ﻭَﻳَﺮَﺍﻩُﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮْﻥَ ﻭَﻫُﻢْ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﻨّﺔِ ﺑِﺄﻋْﻴُﻦِﺭُﺅُﻭﺳِﻬِﻢْ ﺑﻼَ ﺗَﺸْﺒِﻴْﻪٍ ﻭَﻻَ ﻛَﻤِّﻴَّﺔٍ ﻭَﻻَﻳَﻜُﻮْﻥُ ﺑَﻴْﻨَﻪُ ﻭَﺑَﻴْﻦَ ﺧَﻠْﻘِﻪِ ﻣَﺴَﺎﻓَﺔ .“

ALLAH ta’ala di akhirat kelak akan dilihat. Orang-orang mukmin akan melihat--NYA ketika mereka di syurga dengan mata kepala mereka masing-masing dengan tanpa adanya keserupaan bagi--NYA, bukan sebagai bentuk yang berukuran, dan tidak ada jarak antara mereka dengan ALLAH, ertinya bahawa ALLAH ada tanpa tempat, tidak di dalam atau di luar syurga, tidak di atas, bawah, belakang, depan, samping kanan atau pun samping kiri. (Al-Fiqhul Akbar karya Imam Abu Hanifah dengan Syarah-NYA karya Mulla ‘Ali al-Qari, hlm.136-137)

Imam Hanafi  juga berkata :

ﻗُﻠْﺖُ: ﺃﺭَﺃﻳْﺖَ ﻟَﻮْ ﻗِﻴْﻞَ ﺃﻳْﻦَ ﺍﻟﻠﻪُ؟ ﻳُﻘَﺎﻝُﻟَﻪُ: ﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻭَﻻَ ﻣَﻜَﺎﻥَ ﻗَﺒْﻞَﺃﻥْ ﻳَﺨْﻠُﻖَ ﺍﻟْﺨَﻠْﻖَ، ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰﻭَﻟَﻢْ ﻳَﻜُﻦْ ﺃﻳْﻦ ﻭَﻻَ ﺧَﻠْﻖٌ ﻭَﻻَ ﺷَﻰﺀٌ ،ﻭَﻫُﻮَ ﺧَﺎﻟِﻖُ ﻛُﻞّ ﺷَﻰﺀٍ.“

Aku katakan: Tahukah engkau jika ada orang berkata: Di manakah ALLAH ?  Jawab: DIA ALLAH ada tanpa permulaan dan tanpa tempat, DIA ada sebelum segala makhluk--NYA ada.ALLAH ada tanpa permulaan sebelum ada tempat, sebelum ada makhluk dan sebelum segala suatu apa pun. Dan DIA adalah Pencipta segala sesuatu” (Al-Fiqhul Absath karya Imam Abu Hanifah dalam kumpulan risalah-risalah -NYA dengan tahqiq Muhammad Zahid al-Kautsari, h.20

Juga Imam Hanafi berkata:

ﻭَﻧُﻘِﺮّ ﺑِﺄﻥّ ﺍﻟﻠﻪَ ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻪُ ﻭَﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻋَﻠَﻰﺍﻟﻌَﺮْﺵِ ﺍﺳْﺘَﻮَﻯ ﻣِﻦْ ﻏَﻴْﺮِ ﺃﻥْ ﻳَﻜُﻮْﻥَﻟَﻪُ ﺣَﺎﺟَﺔٌ ﺇﻟﻴْﻪِ ﻭَﺍﺳْﺘِﻘْﺮَﺍﺭٌ ﻋَﻠَﻴْﻪِ، ﻭَﻫُﻮَﺣَﺎﻓِﻆُ ﺍﻟﻌَﺮْﺵِ ﻭَﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟﻌَﺮْﺵِ ﻣِﻦْﻏَﺒْﺮِ ﺍﺣْﺘِﻴَﺎﺝٍ، ﻓَﻠَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﻣُﺤْﺘَﺎﺟًﺎ ﻟَﻤَﺎﻗَﺪَﺭَ ﻋَﻠَﻰ ﺇﻳْﺠَﺎﺩِ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻢِ ﻭَﺗَﺪْﺑِﻴْﺮِﻩِﻛَﺎﻟْﻤَﺨْﻠُﻮﻗِﻴ َﻦْ، ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﻣُﺤْﺘَﺎﺟًﺎ ﺇﻟَﻰﺍﻟﺠُﻠُﻮْﺱِ ﻭَﺍﻟﻘَﺮَﺍﺭِ ﻓَﻘَﺒْﻞَ ﺧَﻠْﻖِﺍﻟﻌَﺮْﺵِ ﺃﻳْﻦَ ﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪ، ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﺍﻟﻠﻪُﻋَﻦْ ﺫَﻟِﻚَ ﻋُﻠُﻮّﺍ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ.

“Dan kita mengimani adanya ayat “ar-Rahman ‘Ala al-‘Arsy Istawa” [sebagaimana disebutkan dalam al-Qur’an] dengan meyakini bahawa ALLAH tidak memerlukan kepada arsy tersebut dan TIDAK bertempat atau bersemayam di atas-NYA. DIA ALLAH yang memelihara arsy dan lain-NYA tanpa memerlukan kepada itu semua. Kerana jika ALLAH memerlukan kepada sesuatu maka ALLAH tidak akan ada kuasa untuk menciptakan dan mengatur alam ini, dan bererti DIA seperti seluruh makhluk--NYA sendiri. Jika memerlukan kepada duduk dan bertempat, lantas sebelum menciptakan makhluk--NYA [termasuk ‘arsy] di manakah DIA ? ALLAH maha suci dari itu semua dengan kesucian yang agung.” (Al-Washiyyah dalam kumpulan risalah-risalah Imam Abu Hanifah tahqiq Muhammad Zahid al-Kautsari, h. 2. juga dikutip oleh asy-Syekh Mullah ‘Alial-Qari dalam Syarh al-Fiqhul Akbar, h.70

Imam Abu Hanifah r.a. (150H) berkata:

كان الله تعالى ولا مكان قبل أن يخلق الخلق ، وكان الله تعالى ولم يكن أين ولا خلق ولا شىء ، وهو خالق كل شىء

Maksudnya: Allah s.w.t. itu wujud tanpa bertempat sebelum dia menciptakan makhluk. Maka, Allah s.w.t. wujud tanpa di mana, tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun (bersamaNya). Dialah yang menciptakan segalanya. (Al-Fiqh Al-Absath: 25)

IMAM HAMBALI berkata :

ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪﻋﻨﻪ" :ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺟﺴﻢ ﻻ ﻛﺎﻷﺟﺴﺎﻡﻛﻔﺮ) " ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺤﺎﻓﻆ ﺑﺪﺭ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺍﻟﺰﺭﻛﺸﻲﻓﻲ ﻛﺘﺎﺑﻪ ﺗﺸﻨﻴﻒ ﺍﻟﻤﺴﺎﻣﻊ

BARANG SIAPA YANG MENGATAKAN ALLAH SWT ITU JISIM YANG TIDAK SEPERTI JISIM YANG LAIN MAKA KAFIR LAH DIA. (Riwayat Al-Hafidz Badruddin Al-Zarkasyi;Kitab tasynif Al-masami )

Aqidah Rasulullah, para sahabat-NYA, para ulama salaf saleh, dan aqidah majoriti umat Islam; Ahlussunnah WalJama’ah  ialah bahawa ALLAH ada tanpa tempat dan tanpa arah. Kita akan banyak  menemukan pernyataan para ulama terkemuka dari generasi ke generasi dalam menetapkan keyakinan suci ini.

Keyakinan bahawa ALLAH ada TANPA  tempat dan TANPA arah juga merupakan keyakinan Syaikhul Muhadditsin al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammadibn Isma’il  AL-BUKHARI (w 256 H), penulis kitab yang sangat mashur "Shahih al-Bukhari."Para ulama yang datang sesudah beliau yang menuliskan syarh bagi kitab-NYA tersebut menyebutkan bahwa al-Imam al-Bukhari adalah seorang ahli Tauhid, beliau mensucikan ALLAH dari tempat dan arah.

Salah seorang penulis Syarh Shahih al-Bukhari, as-Syekh ‘Ali ibn Khalaf al-Maliki yang dikenal dengan Ibn Baththah (w 449H) menuliskan sebagai berikut:

ﻏَﺮْﺽُ ﺍﻟﺒُﺨَﺎﺭِﻱّ ﻓِﻲ ﻫﺬَﺍ ﺍﻟﺒَﺎﺏ ﺍﻟﺮّﺩُّ ﻋَﻠَﻰﺍﻟْﺠَﻬْﻤِﻴّﺔِ ﺍﻟْﻤُﺠَﺴِّﻤَﺔِ ﻓِﻲ ﺗَﻌَﻠُّﻘِﻬَﺎ ﺑِﻬﺬِﻩﺍﻟﻈّﻮَﺍﻫِﺮ، ﻭَﻗَﺪْ ﺗَﻘَﺮّﺭَ ﺃﻥّ ﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻴْﺲِ ﺑِﺠِﺴْﻢٍﻓَﻼَ ﻳَﺤْﺘَﺎﺝُ ﺇﻟَﻰ ﻣَﻜَﺎﻥٍ ﻳَﺴْﺘَﻘِﺮّ ﻓِﻴْﻪِ، ﻓَﻘَﺪْﻛَﺎﻥَ ﻭَﻻَ ﻣَﻜَﺎﻥ، ﺇﻧّﻤَﺎ ﺃﺿَﺎﻑَ ﺍﻟﻤَﻌَﺎﺭِﺝَ ﺇﻟَﻴْﻪﺇﺿَﺎﻓَﺔُ ﺗَﺸْﺮِﻳﻒٍ، ﻭَﻣَﻌْﻨَﻰ ﺍﻻﺭْﺗﻔَﺎﻉِ ﺇﻟَﻴْﻪِﺍﻋْﺘِﻼﺅُﻩ، ﺃﻯ ﺗَﻌَﺎﻟِﻴْﻪِ، ﻣَﻊَ ﺗَﻨْﺰِﻳْﻬِﻪِ ﻋَﻦِﺍﻟْﻤَﻜَﺎﻥِ .

“Tujuan al-Bukhari dalam membuat bab ini adalah untuk membantah kaum Jahmiyyah Mujassimah, di mana kaum tersebut adalah kaum yang hanya  berpegang teguh kepada  zahir-zahir nash. Padahal telah ditetapkan bahawa ALLAH bukan benda, DIA tidak memerlukan kepada tempat dan arah. DIA ada tanpa permulaan, tanpa arah dan tanpa tempat. Adapun penisbatan “al-Ma’arij” adalah penisbatan dalam makna pemuliaan (bukan dalam pengertian ALLAH di arah atas).Juga makna “al-Irtifa’” adalah dalam makna bahawa ALLAH maha suci, DIA maha suci dari tempat”(Fath al-Bari, j. 13, h:416).

Peryataan Ibn Bathal ini dikutip oleh al-hafizh IBN HAJAR AL ‘ASQALANIY dalam Fath al-Bari dan disepakatinya. Dengan demikian berearti keyakinan ALLAH ada tanpa tempat adalah merupakkan keyakinanpara ahli hadits secara keseluruhan.

Imam Ibn Hibban (354 H) berkata:

كان- الله- ولا زمان ولا مكان

Maksudnya: "Sesungguhnya ALLAH SWT. tidak tertakluk kepada tempat dan masa”
(Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

Imam At-Tabari r.a. berkata:

فتبين إذا أن القديم بارىء الأشياء وصانعها هو الواحد الذي كان قبل كل شىء ، وهو الكائن بعد كل شىء ، والأول قبل كل شىء ، والآخر بعد كل شىء، وأنه كان ولا وقت ولا زمان ولا ليل ولا نهار، ولا ظلمة ولا نور ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا نجوم ، وأن كل شىء سواه محدث مدبرمصنوع...

Maksudnya: "Jelaslah bahawa ALLAH SWT. qadim, Tuhan kepada seluruh makhluk dan Penciptanya. Dialah yang Maha Esa yang wujud sebelum sesuatu wujud. Dia juga kekal setelah kewujudan makhluk. Dialah yang Maha Awal sebelum segala sesuatu dan Maha Akhir setelah segala sesuatu. ALLAH SWT. itu wujud tanpa masa, zaman, siang, malam, tanpa kegelapan dan tanpa cahaya, tanpa langit, tanpa bumi, tanpa matahari, tanpa bulan dan tanpa bintang. Semua selainNya adalah baharu yang ditadbir dan diciptakan (olehNya)."
(Tarikh At-Tabari : 1/26)

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari r.a. (324 H) berkata:

كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان

Maksudnya: "ALLAH SWT. wujud tanpa bertempat. Dia menciptakan Arasy dan Kursi tanpa memerlukan kepada tempat."
(tabyiin kazbul muftari: 150)

INGAT, jangan pernah anda berkeyakinan bahwa ALLAH berada di atas arsy atau beradadi langit. mustahil ALLAH bertempat pada makhluk--NYA sendiri.Arsy dan langit adalah makhluk ALLAH.

Sebab itu kena BELAJAR. Bukan baca terjemahan yang zahir, terus buat fatwa. Untuk tafsir ayat Al Quran dan Hadist sekurang-kurangnya menguasai 15 cabang ilmu. Kalau setakat baca terjemahan, berdasarkan makna zahir boleh buat fatwa. Budak sekolah tadika pun boleh jadi Imam Mujtahidin. Hehehehe

RUJUKAN

1. Al-firaq bainal Firaq karangan Abu Mansur: 333
2. Hilyatul Auliya’: 1/73
3. Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380
4. Risalah Al-Qusyairiyah: 6
5. Al-Fiqh Al-Absath: 25
6. Ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24
7. Risalah At-Tamimi: 2/265-290
8. Al-Aqidah ath-Thahawiyyah : 28
9. Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8
10. Tarikh At-Tabari : 1/26
11. Tabyiin Kazbul Muftari: 150
12. Fath al-Bari, j. 13, h:416
13. Kitab Tasynif Al-masami
14. Syarh al-Fiqhul Akbar, h.70
15. Al Washiyyah Imam Abu Hanifah, tahqiq Muhammad Zahid al-Kautsari, h. 2
16. Syarh Fiqhul Akbar , Mulla ‘Ali al-Qari, hlm.136-137
17. Al-Kaukab al-Azhar Syarh al-Fiqh al-Akbar, h.13
18. Ittihaafus saadatil muttaqin juz : 2, halaman ; 24
19, Thobaqot Asy-Syafi’iyyah Al-Kubra juz : 9 halaman : 40
20. Daf’u syibhi man syabbaha wa tamarroda halaman : 18
21. Al-Burhan Al-Muayyad “ halaman ; 24
22. Tafsir Ibnu Katisr : 4/303
23. Al-Jami’ li Ahkaam al-Quran : 4/12
24. Iydhah ad- Dalil fi Qat’i Hujaji Ahli ath-Ta’thil : 93
25. Aqaawil ats-Tsiqaat : 62
26. Dzam at-Takwil : 21
27. I’tiqad Ahlis sunnah, al-Lalikai : 3/432

No comments: