Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, June 14, 2020

HABIS SEMUA BENDA BERKAITAN SALAF DITAPAU OLEH SALAFIYYAH-WAHHABIYYAH

HABIS SEMUA BENDA BERKAITAN SALAF DITAPAU OLEH SALAFIYYAH-WAHHABIYYAH

https://www.facebook.com/100000442026372/posts/3286788694679166/

Sepanjang telaah saya mengenai pernyataan dan komentar skeptikal kebanyakan puak Salafiyyah-Wahhabiyyah termasuk di Malaysia mengenai aliran Asya’irah-Maturidiyyah, didapati mereka merasakan diri mereka adalah golongan ATHARIYY atau ahlil hadis yang satu-satunya golongan yg haqq dalam Ahlussunnah wal Jama’ah (ASWJ).

Suka hati merekalah untuk menganggap demikian. Saya tidak masalah dlm hal ini. Namun yang jadi masalah besar dengan mereka ini ialah cuba menolak atau bahasa kasarnya menyesatkan aliran Asya’irah-Maturidiyyah serta gigih mencari kalam ulama athariyy silam untuk mengeluarkan dua aliran utama dalam majoriti umat Islam ini daripada ASWJ.

Paling kritikal ialah sampai ke tahap Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari itu sendiri pun mereka mahu mensalafiyyah-wahhabiyyahnya. Malah Imam Syafi’iy pun mereka mahu menjadikannya seperti aliran mereka. Lagi sadis, menganggap mereka lebih “tulen” Kesyafi’iyyannya daripada kita yang bermazhab Syafi’i.

Saya berfikir sehingga hari ini satu persoalan iaitu mereka yakni Salafiyyah-Wahhabiyyah sekarang ini aliran ATHARIYY jenis apa? Habis semua benda dia nak tapau belaka?? Tidak letih ker?

Tinggallah sikit kat orang lain sama... Kesian la kat kami yang ikut aliran Asya’irah ni. Kami pun ASWJ juga! 😅

Dr HK al-Asy’ari al-Syafi’iyy
14/6/2020

No comments: