📖BICARA ILMU TAUHID ASWJ
Perkara yang perlu diketahui penuntut ilmu mengenai sifat bagi makhluk.
1. Jirim (جرم) iaitu sesuatu yang memerlukan ruang atau lapang. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. Jisim (جسم): sesuatu yang boleh dibahagi-bahagikan. Ianya juga terbahagi kepada dua bahagian:
• Kathif (كثيف): iaitu kasar seperti manusia termasuklah muka, tangan, mata, telinga, jari, tumit, kaki, dan juga pokok, bumi dan lain-lain.
• Lathif (لطيف): iaitu halus seperti cerah, gelap, cahaya malaikat, jin dan lain-lain.
ii. Jauhar Fard/Fird (جوهر فرد): sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagi kerana terlalu kecil seperti atom, molekul, proton, neuron.
2. ‘Aradh ialah sifat sesuatu yang baharu atau sifat sesuatu benda. Ia terbahagi kepada 4 bahagian:
i. Aina (أين): Tempat: di ‘Arasy, langit, bumi, 6 arah: depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah.
ii. Kaifa (كيف): Saiz: besar, kecil, tinggi. Perbuatan: bersemayam, turun, naik, datang, gerak, diam. Warna: putih, hitam. Keadaan: muda, tua, sejuk, panas.
iii. Mata (متى): Dilingkungi masa: dahulu, sekarang, akan datang, berubah.
iv. Kam (كم): Berbilang²
a) متصل - juzuk/anggota
b) منفصل- jenis yg sama
Juzuk/lapisan badan yang terdiri daripada: roh, tisu, daging, tulang.
▪︎Maka kenal lah Dia, iaitu Allah Tuhan Sekelian Alam (Makhluk). Dia (Zat Allah) wujud (ada) tetapi (bersalahan) tidak serupa dengan semua perkara diatas.
▪︎Allah Tidak Bertempat
Allah Ada Tanpa Tempat
▪︎Ma Siwa Allah : Selain Allah adalah makhluk.
Firman Allah :
لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ
"Artinya : Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya."
🚫Nota Kedua
🏷BICARA TAUHID DAN TASAWUF 📖
TAUHIDUL AF'AL (KE-ESA'AN PERBUATAN)
Hendaklah anda ketahui bahwa segala apa pun juga yang terjadi di dalam alam ini pada hakekatnya adalah Af'al (perbuatan) Allah s.w.t.
Yang terjadi di alam ini dapat digolongkan pada dua golongan.
1) Baik pada bentuk (rupa) dan isi (hakekatnya) seperti iman dan taat.
2) Buruk pada bentuk (rupa) namun baik pada pengertian isi (hakekat) seperti kufur dan maksiat. Dikatakan ini buruk pada bentuk kerana adanya ketentuan hukum/syarak yang mengatakan demikian. Dikatakan baik pada pengertian isi (hakikat) kerana hal itu adalah suatu ketentuan dan perbuatan dari pada Allah Yang Maha Baik.
Maka "kaifiat" cara untuk melakukan pandangan (syuhud/musyahadah) sebagaimana dimaksudkan diatas ialah:
"Setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa semua itu adalah Af'al (perbuatan) dari pada Allah s.w.t."
Bila ada sementara anggapan tentang ikut sertakan "yang lain dari pada Allah" di dalam proses kejadian sesuatu, maka hal tersebut tidak lain hanya dalam pengertian majazi (bayangan) bukan menurut pengertian hakiki.
Misalnya si A bekerja untuk mencari makan atau memberi makan anak-anaknya maka si A tergolong dalam pengertian "yang lain dari pada Allah" dan juga dapat dianggap "ikut serta dalam proses memberi makan anaknya. Fungsi si A dalam keterlibatan ini hanya majaz (bayangan) saja, bukan dalam arti hakiki. Kerana menurut pengerti hakiki yang memberi makan dan minum pada hakikatnya ialah Allah, sebagaimana tersebut dalam Al Qur'an Surah:As-Syu'ara ayat 79."Dialah (Allah) yang memberi makan dan minum kepada saya.
Segala macam perbuatan (sikap laku) apakah perbuatan diri sendiri ataupun perbuatan yang terjadi di luar dirinya, adalah termasuk dalam dua macam pengertian. Pengertian pertama dinamakan MUBASYARAH dan pengertian kedua dinamakan TAWALLUD. Kedua macam pengertian ini tidak terpisah satu sama lain.
Contohnya adalah sebagai berikut:
1) Gerak pena ditangan seorang penulis, ini dinamakan MUBASYARAH (terpadu) kerana adanya "perpaduan" dua kemampuan kodrat yaitu kemampuan kodrat gerak tangan kemampuan kodrat gerak pena.
2) Gerak batu yang lepas dari tangan pelempar.Hal ini dinamakan TAWALLUD (terlahir) kerana lahirnya gerakan batu yang dilemparkan itu adalah kemampuan kodrat gerakan tangan.
Namun pada hakekatnya, kedua macam pengertian itu (Mubasyarah dan Tawallud) adalah Af'al Allah s.w.t., didasarkan kepada dalil nas Al-Qur'an:
(WALLAHU KHOLAQAKUM WA MA TA'MALUN)
Artinya:
Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan.
Apa-apa juga yang dilakukan oleh hamba, perkataan,tingkah laku, gerak dan diam, namun semua itu sudah lebih dahulu pada Ilmu, Qoda dan Qadar/Takdir Allah s.w.t.
Firman Allah di dalam Al-Quran:
(WA MA RAMAITA IDAZ RAMAITA WALAKINNALLAHURAMA)
Artinya:
Tidaklah anda yang melempar (Hai Muhammad) tetapi Allah-lah yang melepar ketika anda melempar.
(LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIEM)
Artinya:
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Hadis Rasullah s.a.w.
(LA TATAHARRAKU DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAHI)
Artinya:
Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Allah.
Atas dasar pandangan (musyahadah) inilah, maka Nabi s.a.w. tidak mendoakan kehancuran bagi kaumnya yang telah menyakiti beliau.
Apabila anda tetap selalu atas pandang (musyahadah) Tauhidul-Af'al dengan penuh yakin (tahkik) maka terlepaslah anda daripada penyakit dan bahaya syirik-khofi sebagaimana tersebut di atas.
Sehingga akhirnya anda akan dapat menyaksikan dengan jelas bahwa segala yang berupa UJUD MAJAZI (ujud bayangan) ini, lenyap dan hilang sirna, dengan NYATANYA NUR UJUDULLAH yang hakiki.
Apabila secara terus menerus anda latih dengan pandangan musyahadah demikian sedikit demi sedikit dengan tidak tercampur baur antara pandangan lahir dan pandangan batin, maka sampailah anda pada suatu makom (tingkatan) yang di namakan MAQOM WIHDATUL AF'AL.
Pada tingkatan ini bererti fana (lenyap) segala perbuatan makhluk, perbuatan anda sendiri atau perbuatan yang lain dari anda kerana "nyatanya" perbuatan Allah Yang Maha Hebat.
📚Catatan Ustaz Rahmat Rahman
No comments:
Post a Comment