Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, June 11, 2020

MENCINTAI AHLI BAIT NABI SAW JADI SYIAH

MENCINTAI AHLI BAIT NABI SAW JADI SYIAH ?
Rasulullah SAW bersabda :




‎أدبوا أولادكم على ثلاث خصال حب تبيكم وحب أهل بيته وحب قراءة القرآن
" Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara : Cinta kepada Nabimu, Cinta kepada Ahli Bait dan cinta membaca al-Quran "
Faham daripada hadis diatas, Nabi Muhammad SAW menyuruh kita semua didik masyarakat kita untuk mencintai Ahli Bait Baginda SAW. Ahli Bait Baginda SAW adalah hak umat Islam, baik Ahli Sunnah, Syiah atau Ahli Bida'ah yang lain. Cuma perbezaan Ahli Sunnah dengan Ahli Bida'ah(termasuk Syiah) adalah kita tidak mengagungkan sepertimana mereka mengagungkan Ahli Bait, sehingga mereka memaksumkan Ahli Bait bahkan golongan pelampau jadikan ahli bait sebagai sembahan pula. Ahli Sunnah mencintai Ahli Bait SAW mengikut landasan ajaran syarak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Teringat satu kisah yang diceritakan oleh guru kami YM DR Engku ابراهيم العيدروس berkenaan dengan Saidina Abdullah Ibn Abbas dengan Saidina Zaid Ibn Tsabit. Ketikamana S.Zaid hendak naik keatas kuda, S.Abdullah Ibn Abbas menadah tangan supaya S.Zaid pijak pada tangan tersebut lalu naik keatas kuda. lalu S.Zaid berkata "Apa yang kamu lakukan ini"
, lalu S.Abdullah berkata "Beginilah Rasulullah SAW ajarkan kepada kami supaya menghormati para ulama kami". menangis S.Zaid, lalu beliau kucup tangan Saidina Abdullah Ibn Abbas, lalu Ibn Abbas berkata "Apa yang kamu lakukan?", jawab S.Zaid "Beginilah kami diajarkan supaya beradab dan berakhlak dengan keluarga Rasulullah SAW"
Daripada kisah ini, menunjukkan bahawa penghormatan terhadap ahli keluarga Nabi telah dilakukan pada zaman sahabat Nabi SAW. bukannya baru sahaja terjadi pada zaman ini.
Imam Nawawi mendatangkan sebuah hadis didalam kitabnya Riyadussolihin berkaitan dengan kemuliaan Ahli Bait Nabi SAW. hadisnya panjang yang mengisahkan tentang dua orang iaitu Saidina Zaid Ibn Arqam dan Saidina Husin Ibn Sabrah.(boleh rujuk hadis tersebut). didalam hadis tersebut, Zaid Ibn Arqam menceritakan apa yang dia dengar daripada Rasulillah SAW, Rasulullah berkhutbah disatu tempat yg bernama khum iaitu diantara mekah dan madinah. Rasulullah SAW bersabda :
وأنا تارك فيكم ثقلين : أولهما كتاب الله فيه الهدى النور فخذوا بكتاب الله واستمسكوا به. وأهل بيتي, أذكركم الله في أهل البيت أذكركم الله في أهل البيت .
" Dan aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang berat iaitu kitab Allah yang padanya ada petunjuk dan cahaya, maka berpeganglah dengan kitab Allah. dan Aku tinggalkan Ahli Baitku. Aku ingatkan kamu akan Allah tentang Ahli Baitku(Nabi ulang 2x).
lalu Husin Ibn Sabrah bertanya kepada Zaid Ibn Arqam : siapakah Ahli Bait? tidakkah isteri Nabi SAW daripada Ahli Bait Baginda?. lalu Zaid menjawab : Isteri Nabi ahli bait. Ahli Bait yang dimaksudkan oleh Nabi disini  ialah orang yang diharamkan keatasnya sedekah selepas Baginda SAW wafat. lalu Husin Ibn Sabrah bertanya : siapakah mereka? lalu Zaid menjawab: mereka adalah ahli keluarga Saidina Ali, Aqil, Ja'far dan Abbas. al-Hadis.
Dan Imam Nawawi juga meriwayatkan hadis daripada Imam Bukhari, disebutkan di dalam Riyadussolihin, daripada Saidina Abu Bakar(Hadis Mauquf) :
. ‎ارقبوا محمدا صلى الله عليه وسلم في أهل بيته
" Peliharalah kehormatan Nabi Muhammad SAW dengan memuliakan Ahli Bait Baginda SAW "
Daripada dua hadis yang saya datangkan, menunjukkan perintah untuk kita mencintai dan menghormati Ahli Bait Nabi SAW. Maka, apakah salah untuk kita memuliakan Ahli Bait Nabi SAW? sehinggakan digelar syiah atau sesat kepada sesiapa yang mencintai dan memuliakan Ahli Bait Baginda SAW?.
Kita jangan jadi seperti golongan Nawasib yang begitu benci dan jijik kepada Ahli Bait Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. dan kita jangan jadi seperti golongan Rawafidh yang melampau dalam memuliakan Ahli Bait Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kita mencintai mereka sepertimana Para Sahabat mencintai  Ahli Bait SAW.
Teringat satu syair daripada Imamuna al-Imam asy-Syafie :
‎إذا نحن فضلنا عليا فإننا روافض بالتفضيل عند ذوي الجهل. وفضل أبي بكر إذا ما ذكرته رميت بنصب عند ذكري للفضل. فلا زلت ذا رفض ونصب كلاهما,بحبيهما حتى أوسد في الرمل.
" Jika kami menyebutkan kelebihan Ali, maka kami dianggap sebagai syiah Rafidhah kerana kami menyebut akan kelebihannya dimata orang yang JAHIL. sedangkan keutamaan Abu Bakar, jika aku sebutkan, maka aku dituduh Nasibah(golongan yg memusuhi ahli bait), ketika aku menyebutkan kelebihannya. aku sentiasa rafidhah dan nashibah sekaligus iaitu dengan mencintai keduanya sehinggalah aku terkubur didalam tanah."
Andai mencintai/memuliakan Ahli Bait SAW itu menyebabkan seseorang itu menjadi syiah, nescaya Imam Syafie tidak akan berkata sedemikian. Bahkan al-Imam rela digelar Rafidhah hanya kerana untuk zahirkan kecintaan terhadap Ahli Bait Nabi صلى الله عليه وسلم
Fikirlah dengan akalmu yang sempurna. Wallahu'alam.
Akhukum Fillah
al-Faqir Musytaq .
Al-faqir Musytaq Al-Ash'ari
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2948021948585299&id=100001325688444

No comments: