Wahabi (Bahasa Arab: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.Namun,akidah wahabi mereka menyatakan Allah bersemayam di atas arasy menurut Surah Taha ayat ke-5 dan ayat mutasyabihat yang lain tanpa merujuk padangan para alim ulama.
Sebahagian daripada siri berkaitan
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Pihak British/Yahudi yang mencetuskan gelaran ini kerana melihat mereka ini sebagai ancaman terhadap penjajahan mereka. [perlu rujukan] Mereka menggelar-gelarkan orang kerana hendak memecah belahkan orang Islam. Golongan awal tidak pernah mengeluarkan perkataan Wahabi atau Wahabisme.[perlu rujukan] Golongan terkemudian lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "satu Tuhan", dan mereka menurut pemikiran Imam Hanbali (al Hanbaliah, al Hanabilah) dalam masalah fikah, yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahli Sunah Waljamaah. Dalam hukum akidah pula, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taymiyyah yang berakidah tajsim sebelum beliau bertaubat.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab
Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi, bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya. Bapa serta abangnya telah meyifatkan bahawa beliau telah terlalu jauh menyimpang dan sesat.
Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab. Beliau kononnya mahu memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh dan Ibn Taimiyyah.
Semasa di Madinah, beliau mendapati banyak amal ibadat orang Islam adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Setelah berhijrah ke Basrah, beliau telah mengeluarkan fatwa yang ganjil dan akhirnya beliau telah diusir dan lalu pergi ke Hassa. Di sana, beliau telah berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi, lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekahkafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekahmembenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan.
Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.
Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
Melarang membaca qasidah.
Melarang melagu-lagukan al Quran.
Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri
Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
Mengambil sumber al Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa ijma ulama dan qias. Ijma' ulama' dan qias diambil sekiranya ianya berdalilkan al Quran dan hadis.
Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan) orang yang telah mati. Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal soleh dan doa orang yang soleh).
Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya boleh mendorong orang ke arah musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan. Tugu-tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam bukan pihak wahabi yang mulakan
Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya kerana sebahagian qasidah-qasidah ini mempunyai kesalahan atau memuji secara melampau (ghuluw)
Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain,[perlu rujukan] kecuali Hari Raya Aidilfitridan Hari Raya Aidil Adha kerana hadis nabi jelas menyatakan hanya ada dua hari raya bagi orang Islam.
Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu kerana tidak ada dalil al Quran atau hadis secara terus.
Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahli Sunah Waljamaah hendaklah dibuang jauh-jauh. PERINGATAN: Terdapat fahaman lain juga yang diterima di dalam Ahli Sunah Waljamaah. Bukan hanya Asy'ari sahaja.
Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui batas.
Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
Azan tidak boleh berlagu.
Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
Imam tidak membaca "Bismillah" secara jahr nyata dalam Solat.
Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain yang tidak bersumberkan al Quran atau hadith dilarang keras.
Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat adalah lebih utama berwirid secara individu
Muzakqrah Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai akidah,fiqh,dan tasawuf.Namun begitu, Jawatankuasa Fatwa telah melarang penyebaran fahaman wahabi di Malaysia seperti berikut:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-12 Pada Tahun 1985,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 Pada Tahun 1985,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 Pada Tahun 1986,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-40 Pada Tahun 1996,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-42 Pada Tahun 1997,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-44 Pada Tahun 1998,
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS).
Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.
Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan sebagai penganut Wahabi yang jelas. Mungkin itulah sebabnya tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidintidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun khabar angin menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian namun itu bukanlah masalah yang besar kerana mazhab yang lain juga tidak mengamalkannya.Yang menjadi isunya ialah timbul tuduhan bahawa ianya bidaah.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Pertikaian terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang dikatakan pengamal wahabi juga.
Kebanyakan lulusan universiti dari Universiti Islam Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik
wikipedia.org/wiki/Wahabi
No comments:
Post a Comment