Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, June 2, 2020

FALSAFAH RESMI POHON MULBERRY

HUKUMAN ISLAM BUAT PEMANDU MABUK
⁦❄️⁩⁦❄️⁩⁦❄️⁩⁦❄️⁩⁦❄️⁩⁦❄️⁩⁦❄️⁩
FALSAFAH RESMI POHON MULBERRY

Perbahasan hudud dan qisas sekali lagi hangat apabila timbul kes pemandu mabuk melanggar mati orang awam di jalanraya. Bukan sahaja orang Islam, bahkan ramai orang bukan Islam yang turut bersetuju hukuman buat pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan nyawa dipertingkatkan.

Namun, ada sebilangan penganut liberalisme yang tidak bersetuju. Mereka melihat ia sebagai zalim terhadap pesalah. Terutama apabila melibatkan hukuman Islam seperti hudud dan qisas.

Sedangkan Allah nyatakan, hukuman Islam bukan sahaja bersifat pencegahan, bahkan sebagai 'jaminan hidup' masyarakat. Firman Allah SWT:
وَلَكُمۡ فِي ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٞ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah:179]

Namun orang sukar menerima perkara bersifat teori. Lalu Allah ciptakan 'fakta' alam sebagai contoh.

Renung resmi pohon mulberry. Kadang-kadang ia perlu dihukum bagi menjamin kehidupannya dengan lebih sejahtera.

Jika pokok mulberry berbuah ketika cambahan, buah tersebut perlu dibuang untuk memberi laluan pokok mulberi membesar. Setelah pokok mulberi berusia 4 hingga 6 bulan, batang pokok mulberry perlu dicantas anda kira-kira 10 hingga 12 inci dari pucuknya dan buang semua daun pada batang. Tujuannya bagi mencantas ialah untuk membolehkan tunas baharu keluar bersama buah.

Itulah falsafah kehidupan dalam hukuman Qisas bahkan Hudud juga. Tampak ia kejam dengan membunuh pembunuh, memukul pemukul, mengkudungkan atau mencederakan pesalah. Namun sebenarnya, ia adalah bentuk pecegahan kepada bakal-bakal pesalah untuk menggerunkan mereka dari melakukan jenayah. Juga bagi menghentikan pesalah itu sendiri dari terus membunuh dan melakukan jenayah terhadap masyarakat.

Tuhan sediakan seribu satu keajaiban dalam kejadian alam, untuk direnungkan mereka yang berakal dan menyedari KebijaksanaanNya. Akhirnya membuahkan pengiktirafan terhadap segala ajaranNya. Firman Allah:
وَهُوَ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجۡنَا بِهِۦ نَبَاتَ كُلِّ شَيۡءٖ فَأَخۡرَجۡنَا مِنۡهُ خَضِرٗا نُّخۡرِجُ مِنۡهُ حَبّٗا مُّتَرَاكِبٗا وَمِنَ ٱلنَّخۡلِ مِن طَلۡعِهَا قِنۡوَانٞ دَانِيَةٞ وَجَنَّٰتٖ مِّنۡ أَعۡنَابٖ وَٱلزَّيۡتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُشۡتَبِهٗا وَغَيۡرَ مُتَشَٰبِهٍۗ ٱنظُرُوٓاْ إِلَىٰ ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثۡمَرَ وَيَنۡعِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكُمۡ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ
Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan. Kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu biji-bijian (buah) yang bergugus-gugus. Dari pohon-pohon tamar (kurma), (Kami keluarkan) dari mayang-mayangnya tandan-tandan buah yang mudah dipetik. (Kami jadikan) kebun-kebun anggur, zaiton serta buah delima, samada yang serupa atau berlainan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
[Al-An'am:99]

Fahami Sunnatullah, patuhi Syariatullah.

(Alang Ibn Shukrimun)
10 Syawal 1441
2 Jun 2020

⚪Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
🔵Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
🔴Instagram:
instagram.com/alangibnshukrimun
⚫Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiS
#AiSDakwah

No comments: