Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, October 31, 2016

GALAKAN MENERUSKAN AMALAN TRADISI ASALKAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AGAMA

KEKELIRUAN UMAT: INILAH JAWAPANNYA (5)

AMALAN TRADISI YANG BAIK SEBAIKNYA
DIKEKALKAN

TANBIH: GALAKAN MENERUSKAN AMALAN TRADISI ASALKAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AGAMA

Imam IbnuMuflih al-Hanbali menukilkandalam kitabnya Al-Adab asy-Syar’iyyah, 2/47, daripada Ibnu ‘Aqil al-Hanbali, galakan supaya tidak meninggalkan amalan tradisidalammasyarakat
selama manaamalan tradisi tersebut tidak
haram.

Al-Faqir ilallahil Qadir
Ustaz Muhadir bin Haji Joll
غفر اهلل له ولمشايخه ولواديه
Penasihat Syariah, Galeri Ilmu Media Group,
Mantan pensyarah UIAM
Panel Pembentang Irsyad Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Senari dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Matang 2, Kuching. Memperoleh ijazah Sarjana Muda (Al-Quran & Hadis) dan Sarjana (Tafsir al-Quran) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD)

#kekeliruanumat #a5

Pengajaran - jangan tergopoh gapah dlm tindakan

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.
"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA ��

Aku berdoa.. Ya اَللّهُ : 

Muliakanlah yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah hatinya;
Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;
Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar;
Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
��Kirim kepada rakan² anda... Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
���� kirimkan semula  doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.
����

Semoga kita dapat tahu balas budi Rasulullah SAW, yang setiap malamnya mendoakan kita

Suatu saat Rasulullah SAW pernah duduk di rumah beliau mengangkat kedua tangannya, ketika itu Rasulullah bersama isteri tercinta Sayyidatina A'isyah yang dipanggil oleh Rasul dengan gelaran Humaira',

Rasulullah mengangkatk kedua tangannya lalu berdoa kepada Allah,

"Ya Allah, ampunilah dosa A'isyah binti Abi Bakar, dosa yang lalu dan dosa yang akan datang, dosa yang zahir dan dosa yang batin, dosa yang disengaja atau dosa yang tidak disengaja."

maka Sayyidatina A'isyah mendengar doa tersebut dengan gembira dan senang sekali sehingga dia pusing pusing ke rumahnya tertawa bersenang senang dan sangat senang sekali sehingga Rasulullah SAW kehairanan melihat apa yang terjadi,

lalu Rasulullah berkata kepada A'isyah

"Wahai A'isyah, wahai humaira', apa yang terjadi kepadamu? Kenapa engkau begitu gembira yang luar biasa?"

Beliau mengatakan..

"ya Rasulullah, bagaimana tidak bahagia, engkau berdoa kepadaku, kepada Allah untukku dan doa mu pasti dikabulkan oleh Allah,  dan doamu sangat begitu hebat"

Lalu Rasulullah tersenyum, apa yang dikatakan oleh Rasulullah,

"Wahai A'isyah, apakah engkau tahu bahawa sesungguhnya, aku mendoakan umatku sama seperti aku doakan kepadamu di setiap malamku, setiap malam aku tidak henti henti mendoakan umatku dengan doa seperti yang aku baru doakan untukmu".

Semoga kita dapat tahu balas budi Rasulullah SAW, yang setiap malamnya mendoakan kita, dan harusnya kita yang lebih bahagia, yang harus lebih senang, kita yang harus lebih mengingati jasa baginda Rasulullah SAW.

Disini kita adalah satu, satu adalah kita, dan kita bersama sama untuk Rasulullah SAW.


�� Habib Ali Zaenal Abidin Alkaff

#CintaRasulInternationalCommunity ��

Follow insta & twitter
@habibalialkaff

Sunday, October 30, 2016

AQIDAH SALAF AL-IMAM AL-TOBARI AQIDAH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA'AH BUKAN SEBAGAIMANA DISELEWENGKAN

AQIDAH SALAF AL-IMAM AL-TOBARI AQIDAH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA'AH BUKAN SEBAGAIMANA DISELEWENGKAN

Al-Imam al-Tobari adalah tokoh Ahlus-Sunnah wal-Jama'ah yang agung, tidak seperti dicanangkan oleh golongan al-Musyabbihah. Beliau tidak menjisimkan Allah taala dengan makhlukNya, tidak menyandarkan anggota badan kepada Allah, menyakini Allah taala maha suci daripada, tempat, arah, gerak dan diam, dan sebagainya daripada sifat-sifat makhluk.

Hal tersebut jelas jika diamati betul-betul dalam perbahasan berikut :

1.  Al-Imam Abu Ja'far Muhammad bin Jarir al-Tobari (w. 310 H) menyebut di dalam kitabnya Jami'ul-Bayan (Darul-Fikr, jil. 1 hlm. 191-192) bahawa istiwa pada pertuturan orang Arab hendaklah dipalingkan maknanya kepada beberapa makna yang antaranya ihtiraz (Arasy di bawah milikan Allah), istila’(menguasai). Kemudian dia telah mentakwilkan firman Allah ta'ala : “ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء” katanya:

*"علا عليها علو ملك وسلطان لا علو انتقال وزوال"*. اهـ

Maksudnya: “Dia meninggi ke atas Arasy sebagai tingginya kekuasaan, bukan tinggi perpindahan dan tidak disifatkan berpindah".

Penjelasan al-Tobari ini jelas mentanzihkan Allah dari arah dan tempat, dari sifat menetap, duduk, bersetentangan dan apa jua sifat makhluk. Juga kita lihat beliau jelas mentakwilkan ayat mutasyabihat tersebut tidak sebagaimana yang disebut oleh golongan al-Musyabbihah.

2. Al-Tobari berkata dalam mentafsirkan ayat al-Kursi (jld 3 hlm. 13); firman Allah "العلي" bermaksud “Yang mempunyai ketinggian di atas hamba-Nya dengan kekuasaan-Nya.

Begitu juga firman Allah "العظيم" iaitu yang mempunyai keagungan yang besar. Semua selainnya tidak sampai ke tahap itu. Tiada sesuatupun yang lebih agung daripada-Nya.

Kata beliau lagi dalam (jld 27, hlm. 215): "هو الاول" [Surah al-Hadid] Dialah yang tanpa permulaan sebelum sesuatu tanpa ada sebarang batasan saiz". Intaha.

Kemudian berkata: "Maka tiada suatupun yang mengetahui tentang suatu yang lain lebih daripada-Nya". Intaha.

3.  Al-Imam al-Tobari berkata dalam muqaddimah Tarikh al-Rusul wal-Muluk_oleh Abu Ja'far al-Tobari (jld 1, hlm. 3) mengenai Allah ta'ala:

*"لا تحيط به الأوهام، ولا تحويه الأقطار، ولا تدركه الأبصار"*.اهـ

Bermaksud: "Allah tidak diketahui dengan waham, tidak diliputi oleh kawasan (tempat), tidak boleh dicapai oleh penglihatan (iaitu sesungguhnya penglihatan tidak dapat mengetahui tentang hakikat Allah)". Intaha.

Dan dia berkata lagi (hlm. 28):

*"ومن لا يجوز عليه الاجتماع والافتراق، وهو الواحد القادر الجامع بين المختلفات، الذي لا يشبهه شىء، وهو على كل شىء قدير"*. اهـ

Bermaksud: "Dan tidak harus ke atas-Nya berhimpun dan berpisah, dan Dialah yang maha esa, maha berkuasa, yang menghimpun perkara-perkara yang berbeza, yang tiada suatupun menyerupai-Nya, dan Dialah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu". Intaha.

Abu Bakr al-Razi (wafat selepas tahun 691 H) berkata dalam kitabnya _Mukhtarus-Sihhah_ pada bab huruf "qof" (Maktabah Lubnan, hlm. 226):

*"والقُطْرُ بالضم الناحية والجانب وجمعه أقْطَار"*. اهـ

Maksudnya: "al-Qutr -huruf qof dibaris hadapankan- bermakna kawasan dan sudut serta kata jamaknya ialah أقطار". Intaha.

4. Ibn 'Atiyyah al-Andalusi (w. 541 H) dalam kitab tafsirnya al-Muharrar al-Wajiz (Dar Ibn Hazm, hlm. 70) menyebut:

*"قال قوم معناه: علا دون تكييف ولا تحديد، وهذا اختيار الطبري، والتقدير: علا أمره وقدرته وسلطانه"*. اهـ

Maksudnya: "Satu golongan berkata tentang maknanya: Allah tertinggi martabat-Nya tanpa takyif (berkuasa tanpa disifatkan dengan apa jua sifat makhluk) dan tanpa sebarang penentuan. Inilah pendapat yang dipilih oleh al-Tobari. Dengan kata lain; "Tertinggi perintahnya, kekuasaannya dan pemerintahannya".

5. Al-Hafiz al-Suyuti (w. 911 H) dalam kitabnya Tahzir al-Khawwas Min Ahadith al-Qassos (manuskrip, hlm. 15):

*"وفي بعض المجاميع أن قاصا جلس ببغداد فروى في تفسير قوله تعالى [عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا] أنه يجلسه معه على عرشه فبلغ ذلك الإمام محمد بن جرير الطبري فاحتد من ذلك وبالغ في انكاره وكتب على باب داره (سبحان من ليس له أنيس ** *ولا له في عرشه جليس)"* اهـ

"Ada di sesetengah himpunan cerita menyebut bahawa tukang cerita duduk di Baghdad lalu dia meriwayatkan bahawa Allah duduk bersamanya di atas Arasy ketika mentafsir firman Allah ta'ala ini:

*عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا*

Perkara ini sampai ke pengetahuan *al-Imam Muhammad ibn Jarir al-Tobari*, maka beliau mengeraskan perkataannya kerana marah lantaran perkara tersebut dan beliau mengingkarinya dengan tegas serta beliau menulis di atas pintu rumahnya:

*سبحان من ليس له أنيس* *** *ولا له في عرشه جليس*

"Maha suci Tuhan yang tiada bagi-Nya teman *** dan tidak duduk atas Arasy dengan suatu".

6. Ketika menceritakan biodata al-Imam Muhammad ibn Jarir al-Tobari syaikh bagi para mufassirin, Yaqut al-Hamawi (w. 626H) telah menyebut dalam kitabnya Mu'jam al-Udaba', (Dar al-Gharb al-Islami, jil. 6, hlm. 2450) bahawa al-Imam al-Tobari berkata:

*إن الإمام الطبري قال: وأما حديث الجلوس على العرش فمحال، ثم أنشد:  سبحان من ليس له أنيس *** ولا له في عرشه جليس"* اهـ.

"Adapun hadith tentang duduk di atas Arsy itu maka ia adalah mustahil. Kemudian dia menyebut sebuah bait puisi Arab:

*سبحان من ليس له أنيس *** ولا له في عرشه جليس*

"Maha suci Tuhan yang tiada bagi-Nya teman *** dan tidak duduk atas Arasy dengan suatu". Intaha.

7. Adapun al-Dhahabi yang golongan mujassimah suka merujuk kepadanya, beliau telah menyebut di dalam kitabnya al-'Uluww(jil. 1, hlm. 170):

*"فأما قضية قعود نبينا على العرش فلم يثبت في ذلك نص بل في الباب حديث واه"*

“Adapun masalah duduknya Nabi kita di atas Arasy, maka ia tidak ada sebarang nas pun yang thabit pada perkara tersebut bahkan dalam bab ini ada hadith yang *wāhin* (hadith yang lemah)”.Intaha.

Katanya lagi (jil. 1, hlm. 131):

*"ويروى مرفوعا وهو باطل"*.اهـ

”Diriwayatkan hadith secara marfu' dan ia adalah batil”. Intaha.

*Kesimpulan*

Berdasarkan perkara tersebut, jelas kepada kita  bahawa akidah al-Tobari adalah sebagaimana imam-imam yang lain, tidak bercanggah dengan akidah majoriti umat Islam dalam kalangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah sama ada al-Asyairah atau al-Maturidiyyah.

✒Disediakan oleh :
Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)

والله اعلم واحكم

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG MEMFITNAH HABIB UMAR BIN HAFIDZ HAFIZAHULLAH.

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG MEMFITNAH HABIB UMAR BIN HAFIDZ HAFIZAHULLAH.

“Habib... Maafkanlah saya yang telah memfitnah Habib dan ajarkan saya sesuatu yang boleh menghapuskan kesalahan saya ini.”

Aku berusaha menjaga lisanku, tak ingin sedikitpun menyebarkan kebohongan dan menyinggung perasaan Habib.lagi, detik kata hatiku.

Habib Umar tersenyum ..,“Apa kau serius?” katanya.

Aku menganggukkan kepalaku dengan penuh keyakinan “Saya serius, Habib, Saya benar-benar ingin menebus kesalahan saya.”

Habib Umar terdiam beberapa saat. Ia tampak berfikir. Aku sudah membayangkan sebuah doa yang akan diajarkan oleh Habib Umar kepadaku, yang jika aku membacanya beberapa kali maka Allah akan mengampuni dosa-dosaku. Aku juga membayangkan satu perintah atau pekerjaan, atau apa saja yang boleh menebus kesalahan dan menghapuskan dosa-dosaku.

Beberapa detik kemudian, Habib Umar mengucapkan sesuatu yang benar-benar di luar sangkaanku....

“Apakah kamu mempunyai sebuah bulu ayam (pengibas habuk) di rumahmu?”
Aku benar-benar hairan kerana Habib Umar jestru menanyakan sesuatu yang tidak relevan untuk permintaanku tadi.
“Maaf, Habib?” Aku berusaha untuk memahami maksud Habib Umar.
Habib Umar tertawa, seperti Habib Umar yang biasanya. Di hujung tawanya, ia sedikit terbatuk sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, ia menghampiriku,
“Ya, carikan satu bulu ayam yakni pengibas habuk di rumahmu,” katanya.
Nampaknya Habib Umar benar-benar serius dengan permintaannya.

“Ya, saya ada bulu ayam yakni pengibas habuk di rumah, Habib. Apa yang harus saya lakukan dengannya?” aku bertanya minta kepastian.

Habib Umar tersenyum....,“Besok pagi, berjalanlah dari rumahmu ke pondokku,” katanya, “Berjalanlah sambil mencabut sehelai demi sehelai bulu-bulu dari pengibas habuk itu. Setiap kali kamu mencabut sehelai bulu, ingatkan setiap perkataan burukmu tentang aku, lalu jatuhkan di jalanan yang kamu lalui.”
Aku hanya menganggukkan kepala dan aku tak akan membantahnya. Barangkali maksud Habib Umar adalah agar aku merenung semua kesalahan-kesalahanku. Dan dengan menjatuhkan bulu-bulunya satu per satu, maka kesalahan-kesalahan itu akan gugur diterbangkan oleh angin…
“Kau akan belajar sesuatu darinya,” kata Habib Umar Ada senyum yang sedikit memberi keyakinan di wajahku.
Keesokan harinya, aku menemui Habib Umar dengan sebuah pengibas habuk yang sudah tidak memiliki sehelai bulupun pada tangkainya. Aku segera menyerahkan batang pengibas habuk itu pada beliau.

“Ini, Habib..., bulu-bulu dari pengibas habuk ini sudah saya jatuhkan satu per satu sepanjang perjalanan. Saya berjalan lebih dari 5 km dari rumah saya ke pondok ini. Saya mengingati semua perkataan buruk saya tentang Habib.

Saya menghitung betapa luasnya fitnah-fitnah saya tentang Habib yang sudah saya sebarkan kepada begitu banyak orang....... Maafkan saya, Habib. Maafkan saya…”

Habib Umar mengangguk-angguk sambil tersenyum. Ada kehangatan yang aku rasakan dari raut mukanya, lalu dia bersuara......, “Seperti aku katakan kemarin, aku sudah memaafkanmu. Barangkali kamu hanya khilaf dan hanya mengetahui sedikit tentangku. Tetapi kau harus belajar sesuatu…,” katanya.
Aku hanya terdiam mendengar perkataan Habib Umar yang lembut, menyejukkan hatiku. “Kini pulanglah…” kata Habib Umar.
Ketika aku baru saja hendak melangkah pulang sambil mencium tangannya, tetapi Habib Umar melanjutkan kata-katanya.....
"Pulanglah dengan kembali berjalan kaki dan menempuh jalan yang sama dengan saat kamu menuju ke pondokku tadi…”
Aku terkejut mendengarkan permintaan Habib Umar kali ini, apalagi mendengarkan “syarat” berikutnya: “Di sepanjang jalan kepulanganmu, pungutlah kembali bulu-bulu dari pengibas habuk tadi kau cabut satu per satu. Esok hari, laporkan kepadaku berapa banyak bulu yang dapat kamu kumpulkan.”

Aku terdiam. Aku tak mungkin menolak permintaan Habib Umar. “Kamu akan mempelajari sesuatu dari semua ini,” Habib Umar mengakhiri kata-katanya.
Sepanjang perjalanan pulang, aku berusaha menemukan bulu-bulu dari pengibas habuk yang tadi kulepaskan di sepanjang jalan. Hari yang terik. Perjalanan yang melelahkan. Betapa sulit untukku menemukan bulu-bulu itu. Ia tentu saja telah ditiup angin, atau menempel di beberapa kenderaan yang sedang menuju kota yang jauh, atau disapu ke mana saja tempat yang kini tak mungkin aku ketahui.
Tapi aku harus menemukan bulu-bulu tersebut..., Aku harus terus mencari di setiap sudut jalanan, lorong-lorong sempit, ke mana saja!

Aku terus berjalan... Setelah berjam-jam, aku berdiri di depan rumahku dengan pakaian yang dibasahi keringat. Nafasku tercunga-cungap..., kerongkongku kering.
Di tanganku, kugenggam lima helai bulu pengibas habuk yang berhasil kutemukan di sepanjang perjalanan.

Hari sudah menjelang petang. Dari ratusan bulu ayam yang ku cabut dan ku jatuhkan dalam perjalanan ketika pergi bertemu Habib, hanya lima helai yang berhasil kutemukan dan kupungut sepangjang perjalanan pulang. Ya, hanya lima helai. Lima helai...,.

Hari berikutnya aku menemui Habib Umar dengan wajah yang murung. Aku menyerahkan lima helai bulu ayam yang telah ku kutip itu pada Habib Umar : "Ini, Habib..., hanya ini saja yang berhasil saya temukan.” Aku membuka genggaman tanganku dan menyerahnnya pada Habib Umar. Habib Umar tersenyum.....,"Kini kamu telah belajar sesuatu,” katanya.
Aku mengerutkan dahiku, ingin tahu....“Apa yang telah aku pelajari, Habib?” Aku benar-benar tak mengerti.

“Tentang fitnah-fitnah itu,” jawab Habib Umar.

Tiba-tiba aku tersentak. Dadaku berdebar. Kepalaku mulai berkeringat.

“Bulu-bulu ayam yang kamu cabut dan kamu jatuhkan sepanjang perjalanan adalah fitnah-fitnah yang kamu sebarkan. Walaupun kamu benar-benar menyesali di atas perbuatanmu dan berusaha memperbaikinya, fitnah-fitnah itu telah menjadi bulu-bulu yang beterbangan entah kemana. Bulu-bulu itu adalah kata-katamu.
Ia telah dibawa angin terbang ke mana saja, ke berbagai tempat yang tak mungkin dapat kamu duga...,, ke berbagai wilayah atau negara yang tak mungkin dapat kamu hitung!”

Tiba-tiba aku menggigil mendengarkan kata-kata Habib Umar. Seolah-olah ada satu hentakan pesawat yang paling dahsyat di dalam kepalaku. Seolah-olah ada tikaman mata pisau yang menghujam jantungku.

Aku ingin menangis sekeras-kerasnya. Aku ingin mencabut lidahku sendiri.
“Bayangkan salah satu dari fitnah-fitnah itu suatu saat kembali pada dirimu sendiri… Barangkali kamu akan berusaha meluruskannya, karena kamu benar-benar merasa bersalah telah menyakiti orang lain dengan kata-katamu itu. Barangkali kamu tak ingin mendengarnya lagi. Tetapi kamu tak dapat menghentikan semua itu! Kata-katamu yang telah terlanjur tersebar dan terus disebarkan di luar kawalanmu, tak dapat kamu bungkus lagi dalam sebuah kotak besi untuk kamu kubur dalam-dalam sehingga tak ada orang lain lagi yang mendengarnya. Angin waktu telah mengabdikannya."

“Fitnah-fitnah itu telah menjadi dosa yang terus beranak-pinak tak ada penghujungnya. Agama menyebutnya sebagai dosa jariyah. Dosa yang terus berjalan di luar kawalan pelakunya....,
Maka tentang fitnah-fitnah itu, meskipun aku atau sesiapapun saja yang kamu fitnah telah memaafkanmu sepenuh hati, fitnah-fitnah itu terus mengalir hingga kau tak dapat membayangkan bila ianya akan berakhir.

Bahkan meskipun kau telah meninggal dunia, fitnah-fitnah itu terus hidup karena angin waktu telah membuatnya abadi.
Maka kamu tak dapat menghitung lagi berapa banyak fitnah-fitnah itu telah memberatkan timbangan keburukanmu kelak.”

Tangisku benar-benar pecah. Aku tersungkur di lantai.

“Astagfirulloh hal-adzhim… Astagfirullohal-adzhim… Astagfirulloh hal-adzhim…”
Aku hanya mampu terus mengulangi istighfar. Dadaku gemuruh. Air mata menderas dari kedua hujung mataku.
“Ajarkanlah saya apa saja untuk membunuh fitnah-fitnah itu, Habib..... Ajaranlah saya! Ajarkanlah saya! Astagfirulloohal-adzhim…” Aku terus menangis menyesali apa yang telah aku perbuat.

Habib Umar tertunduk sambil menitiskan air matanya. “Aku telah memaafkanmu setulus hatiku...., wahai anakku,” katanya,
“Kini, aku hanya mampu berdoa agar Allah mengampunimu, mengampuni kita semua. Kita harus percaya bahawa Allah, dengan kasih sayangnya, adalah Zat yang Maha terus menerus menerima taubat manusia… Innallooha tawwaabur-rahiim...”

Aku seperti disambar halilintar jutaan megawatt yang menggoncangkan batinku!
Aku ingin mengucapkan sejuta atau sebanyak-banyaknya istighfar untuk semua yang sudah kulakukan!

Aku ingin membacakan doa apa saja untuk menghentikan fitnah-fitnah itu!
“Kini aku telah belajar sesuatu,”
Demikianlah sahabat dan saudaraku. Itulah sebab kenapa, fitnah itu "KEJAM". Lebih kejam dari pada pembunuhan.
Bayangkan berapa juta wall di media social yang kita penuhi kalau satu kali saja posting fitnah terhadap seseorang dan itu akan menetap abadi sepanjang masa apalagi kalau di share. Maka setiap yang ingin  kita posting hendaklah di telaah dan difikirkan dulu fitnah ataupun bukan?

Kiriman hamba Allah
Wallahua`lam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207547148017439&id=1251877796

Wednesday, October 26, 2016

wahabiy - aqidah yg baatil !


wahabiy - aqidah yg baatil !
0:00
13,113 Views
PU Adi Ali
Jangan tambah, e.g. Allah duduk, goyang kaki - USA, 22.10.2016, Perlis.
Disertakan bukti buku akidah mereka yang menyatakan Allah duduk bersandar dan meletakkan satu kaki di atas satu kaki yang lain

Sunday, October 23, 2016

SYARIAT, TAREKAT DAN HAKIKAT ADALAH SATU KESATUAN, TIDAK BISA DIPISAH-PISAHKAN

SYARIAT, TAREKAT DAN HAKIKAT ADALAH SATU KESATUAN, TIDAK BISA DIPISAH-PISAHKAN.
.
Tidak benar jika mengaku bertarekat tetapi meninggalkan syariat, karena tarekat adalah buah dari syariat. Jadi, kalau bertarekat harus melalui pintunya dahulu, yaitu syariat.

Syariat lah yang mengatur kehidupan kita, dengan menggunakan hukum. Dari mulai akidah, keimanan, keislaman, sehingga kita beriman kepada ALLAH, Malaikat, Kltab ALLAH, Rasul, hari akhir serta takdir baik dan buruk. Dan syariat pula mengetahui rukun Islam, yaitu dua kalimat syahadat, shalat, puasa, zakat, dan haji. Serta keutamaan shalat, juga hubungan antara manusia, seperti jual-bell, pernikahan, dan lain-lainnya.

Setelah menjalankan syariat dengan balk, kita bertarekat, sebagai jalan menuju kepada ALLAH ﷻ. Jadi, jika diartikan secara sederhana jalan menuju kepada ALLAH disebut tarekat. Bertarekat perlu dibimbing oleh para Mursyid, yang akan mengantar murid darl mengerti sampai mengenal ALLAH hingga nantinya "dikenal" ALLAH ﷻ, yang artinya dekat dan disayang oleh ALLAH ﷻ. Amalan utama tarekat adalah berdzikir.

Dan juga, yang juga perlu dipahami, pengertlan tarekat tidak terbatas hal itu. Yang dltuntut oleh tarekat di jalan ALLAH adalah perilaku yang mulia dari para pengikut tarekat. Terutama mem-bersihkan kotoran-kotoran yang ada dl dalam batin dan lahirnya, sehingga secara lahir dan batin kita bersih dalam menuju ke jalan ALLAH.

Sebagai contoh berwudhu. Wudhu adalah peraturan syariat, guna menjalankan shalat dan lain-lainnya. Biasanya kita hanya berwudhu untuk mendapatkan keutamaan wudhu, serta sebagai syarat untuk menjalankan shalat.
Sedangkan tarekat menuntut buah (hasil) dari wudhu di dalam kehidupan kita. Berapa kali kita membasuh muka ketika berwudhu, berapa kali kita membasuh tangan setiap hari untuk menjalankan ibadah. Dari situ kita coba aplikasikan dalam kehldupan kita masing-maslng.

Darl hasil wudhu, kita cari buahnya yaitu lebih berakhlak, lebih rendah hati, lebih beradab, sehingga ada peningkatan dari hari ke hari. Itulah buahnya (hasilnya), sehingga kita semakin dekat kepada ALLAH. Sebab, justru di hadapan ALLAH, kita semakin menundukkan kepala. Karena semua itu adalah pemberian-NYA semata-mata. Kalau bukan karena pemberian-NYA, bagaimana bisa mengerti segala yang kita miliki ini.
Begitu juga, kita pun diberi pemahaman oleh ALLAH terhadap junjungan kita Nabi Muhammad ﷺ atas limpahan rahmat kepadanya, sehingga kita menjadi pengikutnya yang setia. Untuk itulah kita selalu memuji Rasulullah ﷺ dengan tujuan supaya kita lebih dekat kepada Rasulullah. Dengan begitu, sosok Rasulullah akan menjadi idola bagi kita dalam menapaki kehidupan hingga akhir hayat.

Bertarekat akan memupuk sikap rendah hati kita kepada Para Wali, Ulama serta Guru-Guru kita yang telah memberikan pemahaman tentang kebenaran ajaran syariat dan tarekat. Itu baru dari segi membersihkan muka secara lahiriah dan bathiniah, hal itu akan mencegah tangan kita dari berbuat maksiat. Kita akan selalu diperingatkan untuk tidak mengambil yang bukan milik kita apalagi melakukan korupsi, misalnya yang sangat merugikan rakyat. Sebab tangan kita sudah disucikan setiap hari. Kalau kita bisa mempelajari banyak hal dari wudhu saja, insyaALLAH masalah korupsi itu bisa diberantas. Lalu telinga kita yang digunakan untuk mendengarkan suatu yang baik. Kita tidak akan menyampaikan yang kita dengar kalau informasi itu justru akan memancing masalah atau memanaskan situasi, apalagi menimbulkan perpecahan dan kekacauan. Tentu saja, hal itu berlaku pula bagi mata kita, kedua kaki kita, dan anggota badan lainnya. Itulah hasil karya, hasil didikan, yang mendapatkan bimbingan dari ALLAH.

Mengapa kita harus berwudhu ketika akan mendirlkan shalat !? Berwudhu tidak hanya membersihkan kotoran lahiriah kita, tetapi pada hakikatnya juga membersihkan kotoran batiniah. Al-Qur'an menyebutkan bahwa shalat mencegah dari kemungkaran dan kerusakan, karena kita sudah memahami makna wudhu dan shalat itu secara tarekat.

Bagi para murid yang ingin belajar tarekat, saya anjurkan, mulailah dari seorang guru yang dipercaya. Tapi sebaliknya, bagi guru yang ingin ditaati muridnya, cobalah didik para murid itu seperti timba yang mendekati sumurnya, bukan sumuryang mendekati timbanya. Maka akan terbentuklah kewibawaan guru terhadap muridnya. Bagi murid, saya anjurkan untuk belajar hanya pada satu guru.
Sebagai contoh mudahnya, kalau air teh dicampur susu lalu dicampur lagi dengan kopi atau lainnya, meskipun halal, apa jadinya? Bagaimana rasanya? Jadi kalau ingin minum teh, minum saja teh tanpa dicampur dengan lainnya. Nikmati minum teh dengan gula, kemudian cari manfaatnya bagi tubuh. Begitu juga kalau ingin minum kopi, susu, atau lainnya. Itu hanya sebagai perumpamaan. Jadi, kalau ingin belajar tarekat, jangan sekadar melihat organisasi itu besar Meski organisasi tarekat itu kecil, kalau lebih berpengaruh terhadap jiwa kita, sehingga iebih mendekatkan diri kepada ALLAH, tidak perlu ragu lagl untuk mengikutinya.
.
- Habib Muhammad Luthfi bin Yahya (Rois Am Jam'iyyah Ahlith Thariqah al-Mu'tabaroh an-Nahdliyyah) -

--------------------------------------------------------------
Foto : Habib Luthfi bersama Buya Yahya 

.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad

Friday, October 21, 2016

KETIKA SANTRI LIBERAL BERTEMU DENGAN SANTRI ASWAJA

KETIKA SANTRI LIBERAL BERTEMU DENGAN SANTRI ASWAJA

MENOLONG ALLAH...?!!

SL : ALLAH itu MAHA PENOLONG, ALLAH tidak butuh pertolongan. Jadi tidak usahlah kalian sok sok-an mau menolong ALLAH...!!!

SA : Kalau begitu, ALLAH SWT juga MAHA TERPUJI, ALLAH tidak butuh pujian. Jadi kalian juga tak usah Sok sok-an memuji ALLAH...!!!

SL : Loh.., ALLAH SWT memang MAHA TERPUJI, memang ALLAH tidak butuh PUJIAN. Tetapi, ALLAH memerintahkan kita untuk memuji - NYA, jadi kita hanya menjalankan perintah ALLAH.

SA : Lah..., Begitu juga MENOLONG ALLAH. Bukan berarti ALLAH butuh pertolongan kita tapi kita hanya menjalankan PERINTAH ALLAH. Lihat Dan baca dong ayat ini :

يا أيها الذين أمنوا كونوا أنصار الله...

Hai Orang orang beriman, jadilah kalian PENOLONG PENOLONG ALLAH ( QS. ASHAAF : 14 )

Menolong ALLAH ialah menolong agama-NYA...!!!

SL : Hmmm ..**###***###.

SA : Makanya mas, jangan sok sok-an nyeleneh, ngawur jadinya....

SL : ***Gubraxxx***( Jedotin jidat ke tembok )....**###

Wednesday, October 19, 2016

Memahami Itsbat Dzahir, Tafwidl dan Takwil

Memahami Itsbat Dzahir, Tafwidl dan Takwil

Postingan ini tidak bermaksud membahas Dzatiyah Allah Ta’aala. Tapi lebih berupa pembahsan tentang Metode Para Ulama dalam memahami Sifat-Sifat yang Sempurna bagi Allah berkaitan dengan Ayat-ayat Mutasyaabihaat. Ada tiga istilah yang menjadi konsentrasi tulisan ini, yaitu Itsbat Dzahir, Tafwidl dan Takwil. Tiga istilah inilah yang di abad akhir ini selalu muncul mengiringi polemik dan kesalahpahaman dalam wacana Ilmu Aqidah (Tauhid).
Saya berharap tulisan ini tidak dicurgai oleh moderator dan berakibat di delete. Sungguh ini adalah sebuah keinginan untuk berdialog untuk mencari pencerahan. Bila ada postingan yang mengarah pada masalah Dzatiyah, saya persilahkan moderator untuk mendeletenya. Tapi bila postingan dari sahabat-sahabat nanti masih dalam pembahasan Methode yang tiga tersebut, maka biarkanlah itu menjadi bahan pengkayaan wacana diskusi. Terima kasih atas pengertiannya.

Baiklah, saya ingin memulainya, Bismillaahirrohmaanirrohiim.
Ini merupakan penjelasan tentang Itsbat Dzahir Lafadz yang dilakukan oleh Imam Asy’ary rahimahullah dalam menghadapi kaum Muatthilah. Sedang untuk masalah Takwil yang dilakukan oleh Beliau dan Ulama ‘Asyairah, dapat saya gambarkan sebagai berikut :

1. Imam Asy’ary dalam bersikap Itsbat Dzahir Ayat ini juga sekaligus melakukan Takwil, yang disebut dengan Takwil Ijmaaly. Lafadz Istawa diberi pengertian Istiwa yang layak bagi Dzat Allah, tanpa Kayf, Tanpa Istiqror, Tanpa Bertempat atau Berpindah. Dalam masalah lain seperti Yad yang dimaknai Tangan, Tanpa Kayf, Tanpa Tasybih dan makna Murodnya diserahkan kepada Allah.

http://myquran.or.id/forum/archive/index.php/t-79300.html

Saturday, October 15, 2016

PONDOK LANAI YANG BANYAK MELAHIRKAN PARA ALIM ULAMA

assalamaulaikum w.b.t

PONDOK YANG BANYAK MELAHIRKAN PARA ALIM ULAMA

Di sebalik terbinanya sebuah pondok tua di sini, ia sebenarnya menyimpan 1,001 keperitan hidup pengasasnya.

Madrasah Misbah Al- Falah atau lebih dikenali sebagai Pondok Lanai yang bertempat di Kampung Banggol Berangan, Parit Panjang bukan lagi pusat ilmu yang perlu diperkenalkan kepada umum.

Dengan usianya yang sudah mencecah lebih separuh abad, pondok yang diasaskan oleh Allahyarham Omar Zuhdi Salleh ini merupakan khazanah ilmu yang tiada nilainya.

Biarpun tuan empunya pondok ini sudah menghadap Ilahi, namun pada setiap tiangtiang kayu pondok yang masih utuh berdiri seakan terukir sejarah pengorbanan pemiliknya.

Pengorbanan beliau dalam menempuh perjalanan sebagai seorang alim ulama juga seakan- akan tertulis pada catatan kitab-kitab lama di sini.

Anaknya, Md Mukhtar, 56, berkata, sebelum pondok ini diasaskan, ayahnya yang dilahirkan di Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada tahun 1919 menerima pendidikan awal dengan Tuan Guru Haji Abdul Ghani Pulau Berangan.

Menurutnya, selepas beberapa tahun menuntut di sana, ayahnya menyambung pelajaran ke Pondok Pisang, Kelantan dengan berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Solahuddin ketika usianya 12 tahun.

“Selepas beberapa tahun di Kelantan, ayah saya merantau lebih jauh ke utara Semenanjung bagi meneruskan pengajian, namun ayah tidak menetapkan pondok mana dia akan pergi, dalam hatinya tetapkan matlamat untuk menuntut ilmu.

“Pada usianya mencecah 17 tahun, ayah meneruskan pengajian di utara semenanjung Malaysia.” katanya.

Md Mukhtar berkata, ketika itu ayahnya berhijrah ke Kedah dengan menaiki kereta api melalui selatan Thailand.

Menurutnya, tiba di utara tanah air, ayahnya turun di Padang Besar Perlis dan kemudiannya pergi ke Alor Setar.

“Di Kedah, ayah meneruskan pengembaraan ke Pondok Pak Cu Him di Gajah Mati, Pendang untuk menziarahi tuan guru di pondok tersebut selain mengambil kesempatan untuk menadah kitab.

“Selama ayah berada di sana, bila kehabisan duit untuk keperluan hidup, ayah akan mencari pendapatan sampingan dengan mengambil upah kerja kampung,” katanya.

Beliau berkata, selepas itu, ayahnya meneruskan lagi pengembaraannya ke Pondok Tuan Guru Haji Long Cemara di Jeniang dan menetap di sana selama setahun.

Katanya, perjalanan menuntut ilmu ayahnya diteruskan ke Pondok Tuan Guru Osman Jalaluddin di Penanti, Pulau Pinang dan kemudian berhijrah ke Pondok Tuan Guru Haji Yahaya Taha atau lebih dikenali sebagai Yayasan Al-Khairiah Baling pada hari ini.

Menurutnya, destinasi terakhir ayahnya ialah dengan meneruskan pengajian di Makkah sebelum pulang membuka pondok di sini.

Ikat perut dengan batu tahan lapar ,Othman, 61, yang merupakan anak keempat pula berkata, selama menuntut ilmu di setiap pondok berkenaan ayahnya akan ke Grik di Perak dan Weng Dalam di Baling bagi menambah pendapatan untuk menampung keperluan dan pengajian.

Menurutnya, apabila berjauhan dengan keluarga, kehidupan ayahnya bergantung sepenuhnya kepada kerja kampung antaranya mengambil upah menjahit atap orang kampung di Gerik dan upah mengangkut baja kelawar dari gunung sekitar daerah Baling.

“Ayah pernah demam panas ketika bekerja di Gerik, namun bernasib baik kerana mempunyai keluarga angkat di sana,” katanya.

Othman berkata, salah satu kisah diingatinya adalah di mana ayahnya terpaksa mengikat perut dengan batu ketika menuntut ilmu di Pondok Kampung Pisang, Baling.

Menurutnya, disebabkan ketiadaan wang, ayahnya mengikat perut menggunakan batu selama dua hingga tiga hari tanpa diceritakan kepada orang lain.

“Kisah ini diceritakan sendiri oleh tuan guru Pondok Kampung Pisang kepada saya, katanya perkara itu diketahuinya ketika menyuruh ayah membelah buluh untuk membina atap.

“Ayah saya memberi alasan tidak pandai membelah sedangkan dia boleh, namun ayah maklumkan dia hanya pandai meraut buluh. Ayah memberi alasan tidak mahu membelah buluh kerana takut kehabisan tenaga,” katanya.

Katanya, ayah juga pernah mengikat perut dengan batu sebelum menuntut di Pondok Kampung Pisang.

“Sewaktu ayah mendalami ilmu di Pondok Penanti ayah juga pernah berbuat sedemikian bagi menahan lapar,” katanya.

Beliau berkata, selepas menempuh kehidupan yang penuh onak dan duri, akhirnya ayahnya berkahwin dengan anak kepada seorang penduduk tempatan di Kampung Pokok Pisang.

Menurutnya, hasil perkahwinan itu, ayahnya bersama keluarga ibu berhijrah ke Makkah untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi.

“Di Makkah ayah berguru dengan 10 orang alim ulama, mereka antaranya ialah Sheikh Ali Maliki, Sheikh Moktar Ator, Syeikh Hasan Maysat, Sheikh Almi dan ulama berasal dari tanah Jawa iaitu Sheikh Afnan dan Sheikh Kodir.

“Salah seorang dari gurunya di sana ialah Mufti Makkah ketika itu, panggilan Zuhdi yang ada pada nama ayah juga berasal dari perkataan zuhud, gelaran itu diberikan oleh gurunya di Makkah iaitu Tuan Guru ‘Abdul Rahman Jabad, seorang ulama Sufi,” katanya.

Seberang sungai Kuala Pegang dengan kuda Kisah Tuan Guru Omar Zuhdi juga tidak hanya terarah kepada jerih perihnya menuntut ilmu, malah beberapa perkara aneh turut dikatakan berlaku dan pernah dilihat sendiri oleh masyarakat tempatan.

Othman berkata, antara kisah yang pernah diceritakan sendiri oleh rakan ayahnya ialah di mana ayahnya menyeberangi sungai Kuala Pegang dengan kuda, biarpun kedalaman sungai itu boleh melemaskan orang dewasa.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila rakit yang selalu digunakan untuk menyeberangi sungai tiba-tiba hanyut.

Perkara itu menyebabkan ayahnya mengambil keputusan untuk melintasi sungai itu dengan seekor kuda peliharaannya.

“Rakanya pada mulanya menjangka ayah sudah meninggal dunia selepas melihat dia bersama kudanya tenggelam, namun ayahnya bersama haiwan kesayangannya itu tiba ke seberang sungai dengan selamat,” katanya.

Tokoh tersohor yang begitu disayangi masyarakat ini meninggal dunia pada tahun 1994.

Dalam pada itu, Othman berharap semua generasi muda hari ini mengambil tauladan dari kisah ulama Tuan Guru Omar Zuhdi.

“Cerita yang saya sampaikan ini untuk memberi generasi hari ini lebih bersemangat walaupun sesusah mana pun mencari ilmu,” katanya

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=345117482505859&id=217994685218140

Imam Ghazali pernah ditanya muridnya perihal bagaimana cara mengukur kepintaran seseorang....?

Imam Ghazali pernah ditanya muridnya perihal bagaimana cara mengukur kepintaran seseorang....?? beliau menjawab........

"Tak perlu bandingkan dirimu dengan orang lain....cukup bandingkan kepintaran dirimu dengan ayam jantan yang berkokok di pagi hari....dan lihatlah siapa yang terlebih dahulu bangun untuk mengingati Rabbnya maka itulah yang lebih pintar......."

Dan beliau ditanya lagi.....bagaimana cara awal untuk mencintai Allah......?? beliaupun memberi jawapan.....

"Belajarlah mencintai Allah dengan mencintai rumahNya (masjid), dan cintailah masjid melebihi cinta kita pada rumah kita sendiri......."

SubhanAllah......... :D Salam Maghrib Sahabat......

Friday, October 14, 2016

Kitab2 Fiqh Muktabar Ialah Himpunan Aplikasi Hukum yg Dipercayai.. Persis Seperti Sihah dan Sunan Hadith!

Kitab2 Fiqh Muktabar Ialah Himpunan Aplikasi Hukum yg Dipercayai.. Persis Seperti Sihah dan Sunan Hadith!

Sekiranya kita mengajar org awam menerima Sahih al-Bukhari, Muslim dan sunan2 lain yg mengandungi sumber hukum Islam, begitulah juga kita perlu mengajar mereka menerima fatwa dan amalan hukum yg terakam dalam kitab2 fiqh muktabar sprti al-Mabsut, al-Mudawanah, Nihayat al-Matlab dan al-Sharh al-Kabir 'ala Muqni', yg menerangkan aplikasi sumber hukum syarak. Daripada kitab2 fiqh muktabar itulah dilestarikan fatwa 'tanpa dalil yg ditil' dalam karya terkemudian sprt Radd al-Mukhtar, Mawahib al-Jalil, Mughniy al-Muhtaj dan Kasysyaf al-Qinak.

Ketelitian al-Bukhari dan muhaddithin lain menekuni kesahihan hadis (dgn syarat2 analisis hadis yg berbeza antara mereka) diiktiraf oleh para ulama sezaman. Begitu juga halnya ketelitian al-Sarakhsi, Ibn Qasim, al-Juwayni dan al-Maqdisi menaqal rumusan fatwa imam2 mazhab mereka, yg diiktiraf ribuan ulama.

Usaha kelompok muhaddithin dan kelompok fuqaha berjalan seiring dalam ruang menerangkan bagaimana hukum syarak perlu dilaksanakan oleh org ramai. Kerana itu kebanyakan muhaddithin bermazhab Hanafi dan Syafii, selain Maliki dan Hanbali (wp ada dakwaan al-Bukhari bermazhab sendiri).

Kitab Sihah dan sunan merekodkan hadis2 yg dihukumkan sahih oleh pengarangnya. Manakala kajian para perawi lebih ditil dihuraikan dalam al-Jarh wa al-Takdil. Ada perawi dihukum siqah oleh satu pihak , yg mana dilihat sebaliknya oleh pihak lain. Begitu juga kitab fiqh yg merekodkan fatwa2 muktamad yg telah disaring hujahnya, tetapi masih dikritik oleh kitab mazhab lain...

Apabila kita menerima hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim krn mempercayai ketelitian mereka, begitulah juga kita dapat menerima fatwa fuqaha muktabar dlm karya2 fiqh mazhabi... Sepertimana kita rasa tercalar jika ada org berkata "wajarkah kita terima kesahihan hadis2 itu hanya berdasarkan usaha peribadi al-Bukhari yg tidak maksum semasa mengkaji profil hidup perawi??"...  begitulah juga kita marah apabila ada yg berkata "kenapa mesti taqlid al-Syafie yg ijtihadnya kemungkinan betul atau salah?"...

Dua kesimpulan, pertama, bagi orang awam, fatwa perlu diambil daripada kitab2 fiqh mazhab yg muktabar kerana ia merupakan hasil ijtihad yg diiktiraf ketepatannya atau yg menghampiri maksud sebenar nas. Cuma bezanya di sini, teks hadis adalah statik manakala fiqh adalah fleksibel. Fiqh sentiasa membuka ruang utk membuat koreksi, modifikasi dan re-interpretasi teks hadis bagi merumuskan fatwa yg lebih bersinergi utk setiap masa... kedua, membelakangkan kitab2 fiqh mazhabi yg muktabar, bermakna kita meruntuhkan sebahagian besar daripada kefahaman dan bentuk2 aplikasi hukum yg telah diiktiraf sebelum ini. Dengan demikian, kita membina semula petunjuk hadis dengan kefahaman yg sukar mendapat pengiktirafan..

Kerana tidak diiktiraf itulah munculnya label wahhabi, salafi,ekstrimis mazhabi, tradisionalis dll.... Hal inilah yg tidak gemar dilakukan oleh imam-imam Mutaakhirin seperti al-Kasaani, al-Wansshirisy, al-Nawawi dan Ibn Qudamah (dll) walaupun mereka ini mampu mencetuskan mazhab sendiri!...

والله اعلم بالصواب

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1291874864170569&id=100000442026372

Thursday, October 13, 2016

Akan tiba satu zaman, seseorang yang mengaku 'alim duduk di atas kerusi dan menghukum orang-orang yang terdahulu dan orang lain sesat, tidak betul dan sebagainya

Kata Saidina Umar, "Akan tiba satu zaman, seseorang yang mengaku 'alim duduk di atas kerusi dan menghukum orang-orang yang terdahulu dan orang lain sesat, tidak betul dan sebagainya...."

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri | 22 Feb 2014 | 8.30AM

Benarlah.. Ada fahaman hari ini yg mengajak orang awam mengkritik ulama-ulama dulu, mengkritik imam-imam mujtahid, mengaitkan amalan tradisi umat Islam yang tidak bercanggah dengan syarak sebagai sesat atau syiah, dan berbagai lagi.. Tinggalkanlah fahaman tersebut..

Say no to Syiah and Wahabi...

*************************************************************************

Ada pula org muda muda bercakap " Imam Mazhab 4 ( imam syafei/hanafi/hanbali/maliki) adalah mereka itu tidak maksum, kenapa perlu kita 100% kena ikut cakap mereka ...?! "

aduh sakitnya cakapan begini ... alangkah jahilnya org muda ini...
sebelum ini, sebelum kedatangan firqah firqah ini, kita tak pernah dengar para ulama bercakap sedemikian !  Tak pernah !

Apa perlunya kita berkata demikian ... untuk apa ?

Tahu tak org muda, cakap cakap begitu akan membuka pintu fitnah terhadap imam imam mujtahid. Mereka ( imam mujtahid ) ialah ulama yg sangat komited, ulama yg bermati matian berdakwah, mengajar agama dan menulis kitab agar umat ini tidak jatuh ke lembah kesesatan ! Mereka mujtahid !!!!

akibat cakap cakap begini, lebih lebih lagi dari seorang pendakwah, akan membuka ruang kpd org jahil membuat penilaian, memcerca dan melekeh lekehkan ulama yg bertaraf mujtahid !

Dari ‘Amru bin Al-‘Aash radhiyallaahu ‘anhu : Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila seorang hakim menghukumi satu perkara, lalu berijtihad dan benar, baginya dua pahala. Dan apabila ia menghukumi satu perkara, lalu berijtihad dan keliru, baginya satu pahala” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari 13/268 dan Muslim no. 1716)

itulah mujtahid.... betul dapat pahala, tak betul pun dapat pahala !

kita yg masih baru, masih "baru" dengan agama, masih tak mengerti sepenuhnya..... tapi beriya iya, bersemangat mencerca alim ulama .... BAHKAN PARA MUJTAHID PUN MEREKA PERLEKEHKAN !!!

APA ini ???

Sedih nya ........ para doktor yg mendapat pengiktirafan ... cop mereka laku, tak ada sapa boleh pertikai cakap mereka ....seolah olah doktor ini "Lebih Maksuum" dari ulama mujtahid !!!???

TAPI ULAMA MUJTAHID PULA TAK SETARA DOKTOR DOKTOR INI ?  Cakap mereka boleh dipertikai

Apa dah jadi dengan kita ???

https://www.facebook.com/shares/view?id=10207402184633445&overlay=1

Wednesday, October 12, 2016

Yang ingin punya anak, yang masih mengandung, yang di fonis mandul silakan baca


islamuna.info Googlenya Aswaja with Uhuy.
50 mins
Yang ingin punya anak, yang masih mengandung, yang di fonis mandul silahkan baca
Dari: Ummi Salim (Istri dari Guru Sayyid Alwalid Al Habib Umar bin Hafidz)
Bismillahir Rahmanir Rahiim.
-Untuk siapa yang Mendambakan Kehamilan (Walau telah di vonis dokter mandul)
1.Baca istighfar 10.000 kali setiap hari, selama 1 minggu, Boleh dicicil, dengan syarat menghadap kiblat dan dalam keadaan berwudhu'.
2.Baca surat Alfateha 41 kali, setelah sholat sunnah fajar (sebelum sholat subuh) selama 40 hari, Agar bisa genap 40 hari, orang perempuan dianjurkan mengkonsumsi obat penunda haid.
-Agar kehamilan kuat dan tak gugur ijasah dari Guru Mulia Al Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz :
Disarankan membaca "Yaa Hasiib" 7 kali, setiap selesai sholat wajib (sambil mengelus perut).
Adab dan do'a bagi wanita hamil hingga proses melahirkan :
Para salafus sholeh mendidik anak-anak mereka semenjak dari kandungan dengan cara mengajak istrinya diwaktu hamil untuk selalu melakukan amalan2 baik seperti membaca alqur'an hingga hattam berkali-kali, bersholawat, dzikir dan selalu mendo'akan anak yang dikandung dengan harapan supaya menjadi anak yang sholeh, qurrotul 'ain Rasulullah SAW, berbakti kepada orang tuanya, mengikuti jejak para salafussholeh, menjadi orang yang bermanfaat dalam agama untuk dirinya dan umat islam dll.
Adapun do'a buat wanita hamil banyak dan diantarannya :
Do'a untuk wanita hamil (dari Habib Abdul Qodir bin Ahmad Assegaf)
Dibaca setiap habis sholat lima waktu
بسم الله الرّحمن الرّحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد، اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَامَ فِيْ بَطْنِي وَاشْفِهِ مَعَ أُمَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ نَبِيِّكَ وَ رَسُوْلِكَ، أَنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاءُكَ شِفَاءً عَاجِلاً لاَيُغَادِرُ سَقَمًا، اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً، وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْمَانًا بِكَ وَ بِرَسُوْلِكَ، اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَ سَلِيْمًا فِيْ الدُّنْيا و الآخرة، و تقبل دعاءنا كما تقبلت دعاء نبيك و رسولك سيدنا محمد صلى الله عليه و آله و سلم، اللهم احفظ الولد الذي أَخْرَجَكَ مِنْ عَالَمِ الظَّلاَمِ إِلَى عَالَمِ النُّوْرِ وَ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً عَاقِلاً لَطِيْفَا، اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ شَهِيْدًا وَ مُبَارَكًا و َعَالِمًا وَ حَافِظًا مِنْ كَلاَمِكَ اْلمَكْنُوْنِ وَكِتَابِكَ الْمَحْفُوْظِ، اللّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَ صَحِّحْ جَسَدَهُ وَأَفْصِحْهُ لِقِرَاءَةِ اْلقُرْآنِ اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَبْرًا مِنَ اْلمَرَضِ وَ اْلأَسْقَامِ وَالْعَطَشِ بِبَرْكَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلهِ وَ سَلَّمَ وَ جَمِيْعِ اْلأَنْبِيَاءِ وَ اْلمُرْسَلِيْنَ وَ اْلمَلاَئِكَةِ اْلمُقَرَّبِيْنَ، إِنَّ اللهَ وَ مَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيْ يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمَا، وَآخِرُ دَعْوَانَا أَنِ اْلحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.آمين
Do'a dari Al Habib Ahmad bin Hasan Al Athos di dalam kitab tadzkirun nas agar tidak keguguran insyaallah, maka dianjurkan bagi wanita hamil untuk meletakkan tangannya diatas perutnya sambil membaca ya hasiib 7 kali disetiap habis sholat 5 waktu :
يا حسيب x٧
Dan adapun do'a untuk memudahkan proses melahirkan sebagaimana yang disebutkan dalam kitab al-adzkar dari hadist Rasulullah SAW dan diamalkan salafussholeh, yaitu terlebih dahulu membaca ayat kursi :
اللهُ لآَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ و َلاَ نَوْمُُ، لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَ مَا فِي اْلأَرْضِ، مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَ مَاخَلْفَهُمْ و َلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَ اْلأَرْضَ، و َلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا و َهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيم.
Lalu bacalah ayat dibawah ini 3 kali:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ و الأرض في ستة أيام ثم استوى على العرش. يغشي الليل و النهار يطلبه حثيثا و الشمس و القمر و النجوم مسخرات بأمره. الا له الخلق و الأمر. تبارك الله رب العالمين x٣
Kemudian baca surat al ikhlas dan mu'awwidzatain dan al fatehah :
بسم الله الرحمن الرحيم
قل هو الله أحد، الله الصمد، لم يلد و لم يولد، و لم يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، و َمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، و َمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، و َمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد.
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الذي يوسوس في صدور الناس، من الجنة و الناس.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، الرحمن الرحيم، مالك يوم الدين، إياك نعبد و إياك نستعين، اهدنا الصراط المستقيم، صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم و لا الضآلين. آمين
Kemudian perbanyaklah do'a alkarb :
لا إله إلا الله اْلعَظَيم الحليمِْ، لا إله إلا الله رب العرش العظيم، لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَ الأَرَضِيْنَ السَّبْعِ وَ رَبُّ اْلعَرْشِ اْلكَرِيْمِ.
Kemudian bagi suami dianjurkan untuk memperbanyak bacaan do'a dibawah ini ketika istrinya sudah ada tanda2 melahirkan :
حنا ولدت مريم، مريم ولدت عيسى أخرج أيها المولود بإذن الملك المعبود.
Apabila bayi lahir maka lakukanlah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah SAW, yaitu adzan ditelinga kanan dan iqomat ditelinga kiri kemudian membaca surat al ikhlas :
بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُل ْهُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ.
Dan diantara amalan salafuna sholeh membacakan dan tangan diatas kepala anak kecil atau masih bayi surat Al Qodar 3x :
بسم الله الرحمن الرحيم
إنا أنزلنه في ليلة القدر، و مآ أدرىك ما ليلة القدر، ليلة القدر خير من ألف شهر، تنزل الملائكة و الروح فيها بإذن ربهم من كل أمر، سلام هي حتى مطلع الفجر.
Kemudian membaca surat alam nasyroh dan tangan didada bayi atau anak kecil :
بسم الله الرحمن الرحيم
ألم نشرح لك صدرك، و وضعنا عنك وزرك، الذي أنقض ظهرك، و رفعنا لك ذكرك، فإن مع العسر يسرا، إن مع العسر يسرا، فإذا فرغت فانصب، و إلى ربك فارغب.
Didalam kitab ALFAWAIDUL MUKHTAR
OLEH HABIB ZEIN BIN SUMAITH dinukil dari amalan salaf, dianjurkan agar (orang tua) memegang kepala anaknya sambil membaca do'a :
الشهيد الشهيد x٧ البار البار x٧
Dan disebutkan didalam nasehat Al Habib Aly bin Muhammad Al Habsyi tentang amalan diatas insyaallah kelak ketika dewasa menjadi anak yang sholeh sesuai apa yang diharapkan orang tuanya.
Ada sebagian amalan ketika bayi baru lahir yaitu dengan menulis dikening dihari kelahiran bayi kalimat basmalah بسم الله الرحمن الرحيم kemudian hari berikutnya ditulis huruf-huruf hijaiyah begitu seterusnya ditiap harinya sampai selesai dari huruf-huruf tersebut, setelah itu tulislah asma'ul husna ditiap harinya dari kalimat Allah sampai Asshobur.
Jika perilaku dan sikap anak2 anda tidak sesuai dengan tabiat anda yaitu tidak berbudi baik, maka do'akanlah mereka :
اللهم بارك لي في أولادي، و احفظهم و لا تضرهم، و ارزقني برهم.
Disamping mereka para salafussholeh menekankan pendidikan agama dan keteladanan akhlak yang terpuji untuk anak2x dan keluarga dirumah mereka, dahulu kaum salafussholeh mendidik anak2 mereka agar percaya penuh kepada Allah dan mengagungkan perintah-perintahnya sejak mereka masih kecil.
orang maghrabi menyuruh kaum ibu yang sedang menyusui anak-anaknya untuk berdzikir kepada Allah sembari memberikan air susu kepada anaknya (sebagaimana disebutkan oleh Al Habib Aly bin Muhammad Al Habsyi).
Sesungguhnya perempuaan yang sedang hamil memperoleh pahala seperti pahalanya orang yang sedang berpuasa sambil perang di jalan Allah.
والله أعلم ْ

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:

Kenapa dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf" dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia.

ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak-budak wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan sholeh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dizalimi dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan sholeh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". Maka nusrah Allah pun hilang, dan tentera-temtera sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam Hasan Albanna yang bermazhab Hanafi, beraqidah asyari dan ahli tareqat tijani (tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab, menolak zikir, bida'ahkan orang lain sana sini dan mula pukul canang dengan slogan "islam itu mudah" dan mereka hanya mengikuti "al-qur'an dan as-Sunnah". Mereka sudah lupakan perjuangan asal imam Hassan Albanna yang pegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya, dan hatinya penuh kebesaran hanya kepada Allah SWT dan mereka akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith contohnya sebuah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika dajjal datang, dan hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Begitu juga dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW khabarkan tentera-tentera Islam dari kalangan Ahli Sufi akan hancurkan musuhnya hanya dengan TAKBIR dan ZIKIR.

Tidak mungkin tentera-tentera Islam yang kuat bezikir ini akan datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat syirik syirik syirik kafir kafir kafir" yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, atau para Sahabat mahupun mana-mana Salafus Sholeh.

Maka Jemaah Zikir yang manakah Rasulullah SAW maksudkan yang akan menghancurkan dajjal serta sekutunya..???

Semoga Allah tetapkan hati kita dan seluruh keluarga kita serta keturunan kita dengan "Zikirrullah" yang sangat digeruni oleh dajjal dan sekutunya.

Ameen... ya Rob.

Kredit :

Zam Abdullah