Kitab2 Fiqh Muktabar Ialah Himpunan Aplikasi Hukum yg Dipercayai.. Persis Seperti Sihah dan Sunan Hadith!
Sekiranya kita mengajar org awam menerima Sahih al-Bukhari, Muslim dan sunan2 lain yg mengandungi sumber hukum Islam, begitulah juga kita perlu mengajar mereka menerima fatwa dan amalan hukum yg terakam dalam kitab2 fiqh muktabar sprti al-Mabsut, al-Mudawanah, Nihayat al-Matlab dan al-Sharh al-Kabir 'ala Muqni', yg menerangkan aplikasi sumber hukum syarak. Daripada kitab2 fiqh muktabar itulah dilestarikan fatwa 'tanpa dalil yg ditil' dalam karya terkemudian sprt Radd al-Mukhtar, Mawahib al-Jalil, Mughniy al-Muhtaj dan Kasysyaf al-Qinak.
Ketelitian al-Bukhari dan muhaddithin lain menekuni kesahihan hadis (dgn syarat2 analisis hadis yg berbeza antara mereka) diiktiraf oleh para ulama sezaman. Begitu juga halnya ketelitian al-Sarakhsi, Ibn Qasim, al-Juwayni dan al-Maqdisi menaqal rumusan fatwa imam2 mazhab mereka, yg diiktiraf ribuan ulama.
Usaha kelompok muhaddithin dan kelompok fuqaha berjalan seiring dalam ruang menerangkan bagaimana hukum syarak perlu dilaksanakan oleh org ramai. Kerana itu kebanyakan muhaddithin bermazhab Hanafi dan Syafii, selain Maliki dan Hanbali (wp ada dakwaan al-Bukhari bermazhab sendiri).
Kitab Sihah dan sunan merekodkan hadis2 yg dihukumkan sahih oleh pengarangnya. Manakala kajian para perawi lebih ditil dihuraikan dalam al-Jarh wa al-Takdil. Ada perawi dihukum siqah oleh satu pihak , yg mana dilihat sebaliknya oleh pihak lain. Begitu juga kitab fiqh yg merekodkan fatwa2 muktamad yg telah disaring hujahnya, tetapi masih dikritik oleh kitab mazhab lain...
Apabila kita menerima hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim krn mempercayai ketelitian mereka, begitulah juga kita dapat menerima fatwa fuqaha muktabar dlm karya2 fiqh mazhabi... Sepertimana kita rasa tercalar jika ada org berkata "wajarkah kita terima kesahihan hadis2 itu hanya berdasarkan usaha peribadi al-Bukhari yg tidak maksum semasa mengkaji profil hidup perawi??"... begitulah juga kita marah apabila ada yg berkata "kenapa mesti taqlid al-Syafie yg ijtihadnya kemungkinan betul atau salah?"...
Dua kesimpulan, pertama, bagi orang awam, fatwa perlu diambil daripada kitab2 fiqh mazhab yg muktabar kerana ia merupakan hasil ijtihad yg diiktiraf ketepatannya atau yg menghampiri maksud sebenar nas. Cuma bezanya di sini, teks hadis adalah statik manakala fiqh adalah fleksibel. Fiqh sentiasa membuka ruang utk membuat koreksi, modifikasi dan re-interpretasi teks hadis bagi merumuskan fatwa yg lebih bersinergi utk setiap masa... kedua, membelakangkan kitab2 fiqh mazhabi yg muktabar, bermakna kita meruntuhkan sebahagian besar daripada kefahaman dan bentuk2 aplikasi hukum yg telah diiktiraf sebelum ini. Dengan demikian, kita membina semula petunjuk hadis dengan kefahaman yg sukar mendapat pengiktirafan..
Kerana tidak diiktiraf itulah munculnya label wahhabi, salafi,ekstrimis mazhabi, tradisionalis dll.... Hal inilah yg tidak gemar dilakukan oleh imam-imam Mutaakhirin seperti al-Kasaani, al-Wansshirisy, al-Nawawi dan Ibn Qudamah (dll) walaupun mereka ini mampu mencetuskan mazhab sendiri!...
والله اعلم بالصواب
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1291874864170569&id=100000442026372
No comments:
Post a Comment