Fitnah Kubur
Fitnah ini tidak sama seperti fitnah yang kita faham di dunia. Kita faham fitnah di dunia ni ialah kata dusta atau tuduhan palsu yg dilemparkan kepada kita. Dalam konteks Fitnah Kubur pula, fitnah tu ujian.
Maksud fitnah kubur itu juga dijelaskan sebagai pertanyaan dua Malaikat. Itu adalah ujian untuk mayat ketika dua Malaikat menanyakannya.
(Al Irsyad ila Shahihil I’tiqad, hal. 313)
(Al Irsyad ila Shahihil I’tiqad, hal. 313)
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a, bahawa Nabi SAW selalu berdo’a:
“Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaan-Mu dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur”.
Sahih Bukhari 6014
Al-Hafidz Ibnu Hajar r.h menyebut maksud fitnah kubur ialah soalan dua Malaikat di dalam kubur. Mubarakfuri r.a. menyebut, fitnah kubur ialah kesulitan apabila menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur.

“Mintalah keampunan daripada Allah untuk si mati dan mintalah ketetapan (kebenaran di dalam menjawab), kerana dia sekarang sedang disoal”.
Hadis Riwayat Abu Daud
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Hadis Riwayat Abu Daud
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Jika salah seorang dari kalian dikuburkan, maka akan datang kepadanya dua malaikat yang hitam dan kedua mata mereka biru. Salah satunya bernama Munkar dan yang lainnya bernama Nakiir.
Keduanya bertanya: Apakah pendapatmu mengenai lelaki ini? Lalu dia menjawab sebagaimana yang pernah dikatakan dahulu:
Dia adalah hamba Allah dan rasul-Nya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.
Keduanya berkata: Kami sudah mengetahui bahawa kamu akan mengucapkan demikian. Kemudian kuburnya dilapangkan seluas tujuh puluh hasta dikali tujuh puluh hasta. Lalu diterangi dan dikatakan kepadanya : ‘Tidurlah’.
Dia berkata: Biarkanlah aku kembali kepada keluargaku untuk mengabarkan kepada mereka.
Keduanya berkata: Tidurlah seperti pengantin yang tidak dibangunkan kecuali oleh orang yang paling dia cintai. Hingga Allah membangkitkannya dari tempat tidurnya.
Adapun seorang munafik berkata: Aku hanya mendengar orang-orang mengatakanya lalu aku ikut mengatakannya. Aku tidak tahu.
Keduanya berkata: Kami sudah tahu kamu akan mengatakan demikian. Lalu dikatakan kepada bumi: Himpitlah dia! Lantas bumi menghimpitnya hingga seluruh sendinya hancur.
Dan dia terus diazab di dalamnya hingga Allah membangkitkan dari tempat tidurnya”
Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 1071; dihasankan oleh Al-Albaaniy dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 1/544
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, insyaallah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, insyaallah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah SAW:
“Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur.”
Hadis Riwayat al-Tirmidzi
Fitnah (pertanyaan) kubur itu berlaku terhadap ruh dan jasad manusia baik orang mukmin mahu pun kafir. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari siksa kubur.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdo’a dan mohon perlindungan Allah SWT ketika habis membaca tahiyyat akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu:
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa Neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal’.
(Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)”.
Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Nasa’i dan Ibnu Jarud dalam al-Muntaqa
Ada sesetengah ulama’ menerangkan yg do’a ini hendaklah dibaca di dalam hati ketika sujud terakhir sebelum membaca Tahiyyat Akhir di dalam Solat.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin berkata:
“Azab kubur atau nikmatnya adalah haq yang telah tetap berdasarkan zahir Al Qur’an dan secara jelas di dalam As Sunnah dan ijma’ ahlus sunnah”
Syarh Lum’atul I’tiqad, hal. 65
Imam Abu Ja’far Ath Thahawy r.a. berkata:
Syarh Lum’atul I’tiqad, hal. 65
Imam Abu Ja’far Ath Thahawy r.a. berkata:
“Kami (ahlus sunnah) beriman kepada malaikat maut yang ditugaskan untuk mencabut ruh makhluk di alam, beriman kepada azab kubur bagi yang berhak mendapatkannya, beriman kepada pertanyaan Munkar dan Nakiir di dalam kubur tentang siapa Tuhannya, apa agamanya, siapa Nabinya, dan kami beriman kepada berita yang datang dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan dari sahabat ridhwanullahi ‘alaihim.
Kubur adalah taman dari taman-taman syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka.”
Al ‘Aqidah Ath Thahawiyah dalam Kitab Mutunut Tauhid wal ‘Aqidah, hal. 268
Menurut pandangan ulama’, ada 4 golongan yg akan terkecuali daripada fitnah Kubur, iaitu:
Al ‘Aqidah Ath Thahawiyah dalam Kitab Mutunut Tauhid wal ‘Aqidah, hal. 268
Menurut pandangan ulama’, ada 4 golongan yg akan terkecuali daripada fitnah Kubur, iaitu:
1) Para Nabi dan Rasul
2) Para Syuhada
3) Mereka yg mati pada malam Jumaat/hari Jumaat
4) Kanak-kanak yg belum baligh
2) Para Syuhada
3) Mereka yg mati pada malam Jumaat/hari Jumaat
4) Kanak-kanak yg belum baligh
Jadi sekarang kita dah faham, fitnah kubur itu adalah soalan kubur oleh dua Malaikat utusan Allah di dalam kubur di mana jika mayat itu gagal menjawab soalan-soalan yg ditanyakan oleh Malaikat tersebut nanti, maka mayat itu akan dipalu dengan besi sehingga terperosok 70 hasta ke dalam bumi.
Hanya amal ibadat yg akan menjawab semua soalan itu. Semoga kita dapat melepasi ujian Fitnah Kubur kita nanti.
No comments:
Post a Comment