Tidak ada yang menghancurkan iman kita, kecuali kerana sikap kita sendiri.
Iman akan mula berkurang dan menghilang ketika kita melakukan lima perkara ini,
1. Meninggalkan baca Al Quran
2. Menunda-nunda solat
3. Menjauhkan diri dari majlis ilmu
4. Berlepas diri dari sahabat-sahabat yang soleh
5. Tidak lagi melakukan amal kebaikan.
Jika kita merasa iman kita menurun, maka pastilah kerana kemalasan diri kita sendiri. Sehingga lima perkara di atas tanpa sedar mula kita lakukan.
Jangan salahkan orang lain. Tak perlu salahkan syaitan. Memang sudah tugasnya mengganggu manusia. Tapi salahkan diri kita yang malas dan tidak mahu mendengar nasihat kebaikan.
Semoga kita semua punya iman yg terjaga dan terus meningkat.
No comments:
Post a Comment