Ibnu Hazam, Ibnu Taymiyah, Imam Hasan basri vs Dr Rozaimi
1- Setelah meneliti hujah Ibnu Hazam didalam kitabnya al-Muhalla bahawa tidak boleh qada solat maka sebenarnya mazhab Ibnu Hazam yang didukung oleh Dr Rozaimi lebih 'ekstrim' dan 'menyusahkan' umat
2- Setelah meniliti lagi saya mendapati sebenarnya Dr Rozaimi mencipta mazhab sendiri
3- Ibnu Hazam, Imam Hasan Basri dan seumpamanya mengatakan orang yang telah meninggalkan solat dengan sengaja maka oleh kerana besarnya dosa dia meninggalkan solat maka dia tiada peluang untuk cover atau bayar balik dengan jalan qada
4- Ibnu Hazam berkata," Orang yang meninggalkan solat dia tidak akan boleh menggantikannya buat selama-lamanya" (al-Muhalla)
5- Imam Hasan Basri juga bercakap sedemikian
6- Sambung Ibnu Hazam orang yang tinggalkan solat dengan sengaja dia perlu solat sunat sebanyak-banyaknya (mungkin akan jadi lebih banyak dari rakaat solat qada') semoga timbangannya menjadi berat dan Allah maafkan kesalahannya
7- Bagi Ibnu Hazam tinggal satu solat contohnya Subuh maka tidak boleh qada dan tidak sah bahkan perlu banyakkan solat sunat (sudah tentu akan jadi lebih dari dua rakaat)
8- Maka kalau orang yang mahu bertaubat akan lebih berkata (saya ahli neraka) mengikut bahasa Dr Rozaimi
9- Justeru itu isu sekarang ialah Dr Rozaimi bukan sahaja berbeza dengan majoriti bahkan dengan Hasan Basri, Ibnu Hazam dan Mentor Ibnu Taymiyah
10- Sekiranya diterangkan pendapat Ibnu Taymiyah dengan menyatakan illahnya maka sebenarnya orang ramai pasti akan mengharapkan pendapat jumhur kerana disana lebih luas rahmatnya
No comments:
Post a Comment