Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, December 16, 2018

Ada sebahagian orang menentang pengajian Sifat 20

Ada sebahagian orang menentang pengajian Sifat 20, sedangkan ianya telah dipelajari sejak berpuluh tahun bahkan beratus tahun oleh ummat Islam.

Mereka yang menentang pengajian tersebut dengan pelbagai alasan, membawa hujah yang sangat lemah. Mereka hanya mengikut hawa nafsu, dan bertaklid buta dengan orang yang juga tidak mempelajari Ilmu Sifat 20. Malah mereka inilah pula yang menyesatkan pembelajaran Sifat 20.
Sebahagian dari alasan mereka yang menentang Sifat 20 adalah sebagai berikut:
1. Pengajian Sifat 20 melahirkan orang2 yang berakidah lemah, sebab diambil dari falsafah Yunani.
Kita JAWAB:
Hal ini merupakan fitnah yang amat besar. Kegoncangan dan kelemahan akidah generasi zaman sekarang adalah berpunca kerana mereka tidak belajar akidah yang sebenarnya termasuk di dalamnya pembelajaran Ilmu Sifat 20. Kalau kita lihat, realiti yang ada sekarang ini, bahkan Ilmu Sifat 20 inilah yang telah menyelamatkan ummat Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri2 Melayu Fathoni (Selatan Thailand) dari usaha permurtadan penjajah2 asing.
Negara2 ini telah dijajah oleh penjajah2 kafir yang ingin meluaskan kekuasaan dan agama mereka, tetapi ummat Islam di Nusantara tetap berpegang dengan akidah mereka. Barang diingat pengajian tauhid yang tiga (Tauhid versi Wahhabi) belum berkembang di Nusantara ketika itu. Jadi tauhid apakah yang menjaga ummat dari bahaya murtad? Sudah tentulah jawapannya ialah Tauhid Sifat Dua Puluh.
2. Akidah Tauhid Sifat 20 merupakan sesuatu yang sangat berat dikaji dan menyusahkan orang Islam, sehingga ada tuduhan yang menyebut makcik2 (Ibu-Ibu) di Langkawi (pulau di Malaysia) yang tidak laksanakan solat tujuh puluh tahun lamanya kerana tidak faham Sifat 20, sebab gurunya kata kalau tidak hafal Sifat Dua Puluh, solat tidak sah.
Kita JAWAB:
Sifat Dua Puluh merupakan sistem pengenalan terhadap ALlāh SWT yang sangat mudah sekali, kerana menghafalnya lebih mudah dari menghafal Al-Qur`an. Para Sahabat Rasul telah menghafal Al-Qur`an, jadi di dalam Al-Qur`an sendiri telah disebut Sifat2 ALlāh, dengan makna lain mereka telah menghafal Sifat2 ALlāh melalui Al-Qur`an. Jadi jika ummat Islam disuruh untuk menghafal Sifat 20 dengan dalil Naqli (Al-Qur`an dan Hadith) dan akal, itu lebih mudah dari menghafal seluruh Al-Qur`an.
Sifat2 ALlāh terlalu banyak sekali, baik yang disebutkan di dalam Al-Qur`an mahu pun di dalam hadith Rasul. Jadi jika ummat Islam disuruh menghafal seluruh Sifat2 yang ada, ini merupakan sesuatu yang memberatkan bagi ummat Islam. Sedangkan pengajian Sifat Dua Puluh memudahkan ummat Islam dengan menyebutkan Sifat2 yang paling berpengaruh dari seluruh Sifat2 yang lainnya.
Jika Sifat 20 ini tidak ada, maka Sifat2 yang lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah Sifat2 ALlāh yang lain itu tergantng kepada Sifat 20, dengan makna jika Sifat Wujud ALlāh tidak ada maka Sifat Pengampun, Pemurah, Penyayang dan lain2-nya juga tidak ada. Jika Sifat Qidam ALlāh tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain2-nya juga tidak akan ada.
Sebab itulah Sifat Dua Puluh ini sangat perlu dipelajari, kerana ia terdiri dari inti sari akidah yang terdapat di dalam Al-Qur`an dan al-Hadith.
Adapun cerita kononnya ada seorang perempuan tidak solat selama tujuh puluh tahun disebabkan tidak hafal Sifat 20, maka itu adalah cerita rekaan yang diragui dan sengaja diada2kan.
ALlāh Ta’āla berfirman:
إن جاء كم فاسق بنبإ فتبينوا
Maksudnya: “Jika datang kepada kamu orang fasik yang membawa khabar hendaklah diteliti dahulu.”
Dalam ertikata lain, cerita yang dibawa oleh orang tersebut perlu diteliti benar atau tidaknya. Dari sebanyak pengalaman dan pengetahuan; tidak pernah ada orang tinggalkan solat disebabkan sukar mempelajari Sifat 20, alasan di atas adalah cerita dusta yang berlebihan. Jika mahu bercerita, ceritalah perkara yang masuk akal dan yang benar, sebab lidah itu akan disoalkan oleh ALlāh di hari Akhirat kelak.
Kita akan sebutkan sebahagian pusat pendidian yang menjadikan Pengajian Sifat 20 sebagai dasar di dalam Ilmu Tauhid mereka, antaranya:
1. Al-Azhar asy-Syarif Mesir:
Dari peringkat Menengah, atas dan perkuliyahan, Sifat Dua Puluh dipelajari di lembaga pendidikan yang tertua ini, mengeluarkan setiap tahunnya ribuan pelajar dan mahasiswa, tetapi mereka tetap solat walaupun mengaji Sifat 20.
2. Madrasah Solatiyah:
Merupakan pusat pengajian yang pertama sekali dibina di Mekah menjadikan dasar pengajiannya Sifat 20, mereka semua solat dengan bagus walapun mengaji Sifat 20.
3. Madrasah Mustafawiyah Purba Baru Mandailing Sumatra Utara:
Merupakan pusat pendidikan yang sangat terkenal di Indonesia, mengeluarkan setiap tahun, lebih dari tujuh ratusan pelajar, mereka semua solat walaupun mempelajari Sifat 20 sama ada yang sudah hafal atau belum.
Pesantren Lirboyo Kediri, Pesantren Tebu Ireng, Pondok Lubuk Tapah (Malaysia), Pondok Bakriyyah Pasir Putih dan banyak lagi pondok dan pesantren yang mempelajari Ilmu Sifat Dua Puluh di Nusantara.
Bahkan, mereka yang mempelajari sistem Tauhid Tiga Serangkai (versi Wahhabi ) kebanyakannya mudah terjerumus kepada akidah Mujassimah yang menyerupakan ALlāh dengan makhluk-Nya. Sebab itulah Wahhabi bersusah payah untuk menghapuskan Tauhid Sifat Dua Puluh.
Selama masih ada di bumi ini orang yang mempelajari Ilmu Tauhid Sifat Dua Puluh, selama itulah Wahhabi akan mengakui diri mereka Salafi iaitu golongan Mujassimah Musyabbihah.
3. Sifat Dua Puluh tidak ada pada zaman RasūluLlāh ﷺ dan para Sahabat yang mulia, tetapi ianya ada setelah abad2 yang terkemudian dari itu.
Kita JAWAB:
Tidak adanya Sifat Dua Puluh pada zaman Rasul dan para Sahabat, bukanlah sebagai dalil untuk menolak pengajian Sifat Dua Puluh, sebab isi dan kandungan Sifat Dua Puluh sudah pun ada pada zaman Nabi ﷺ dan para Sahabat, misalnya Sifat Wujud ALlāh, Qidam, Baqa’, Mukhalafatu Lil Hawadis, Qiyamuhu Binafsih, Wahdaniyyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kalam adalah Sifat2 yang dikenal oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat radhiyāLlāhu ‘anhum.
Barangsiapa yang mengingkari bahawa Nabi ﷺ mengetahui Sifat2 ini bererti akidahnya telah jauh dari akidah Islam. Bagaimana boleh Nabi ﷺ mengingkari Wujud-nya ALlāh, Ilmu-nya ALlāh, Baqa`-nya ALlāh, Kalam-nya ALlāh, Sifat2 ini telah termuat di dalam Al-Qur`an dan Hadith Nabi.
Seperti Rukun Solat, Nabi ﷺ tidak pernah katakan berapa rukun solat, berapa sunnah2 solat, berapa syarat2 solat, tetapi melalui Al-Qur`an dan Hadith para ulama yang telah menyimpulkan dan menetapkan rukun2 solat dari mulai berdiri sampai salam, apakah perbuatan ulama2 tersebut suatu yang bid`ah?
Hal seperti ini bukannya bid`ah kerana isi dan kandungannya adalah dari Al-Qur`an dan as-Sunnah.
Kita akan bariskan seluruh Sifat yang telah ulama sebutkan sebagai Sifat yang paling penting yang ALlāh miliki. Ibaratnya jika ALlāh tidak bersifat seperti itu maka ALlāh tidak layak menjadi Tuhan, tetapi kerana dalil naqli dan akal telah menyebutkan ALlāh bersifat dengan dua puluh sifat maka sahlah ALlāh sebagai Tuhan yang wajib disembah.
Berikut adalah beberapa Sifat yang sangat penting, iaitu:
1. WUJUD
Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang disembah. Jika tidak ada, maka dia tidak berhak dianggap Tuhan, sementara dalil yang dipetik dari Al-Qur`an adalah:
أفرءيتم ما تمنون ( 58 ) وأنتم تخلقونه أم نحن الخالقون ( 59 ) نحن قدرنا بينكم الموت وما نحن بمسبوقين ( 60 ).الواقعة 58-60
Maksudnya: “Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? ( 59 ) Kami-lah yang menentukan kematian di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ).
2. QIDAM
ALlāh SWT bersifat Qadim yang maksudnya wujud ALlāh SWT tidak didahului oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh dianggap sebagai Tuhan.
Dalilnya:
هو الأول وهو الآخر
Maksudnya: “Dia-lah yang Awal dan yang Akhir.” (Al-Hadid: ayat. 3).
Sifat ini banyak dikritik oleh golongan Wahhabi. Mereka menganggap bahawa Qadim bukan Sifat ALlāh kerana tidak terdapat di dalam Al-Qur`an.
Tidak semestinya jika Al-Qur`an tidak menggunakannya untuk Sifat ALlāh bererti tidak boleh digunakan. Selagi maksud sifat itu terdapat di dalam Al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang diterima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain2-nya juga menggunakan kalimah sebagai Sifat Tuhan.
Sifat Qidam juga telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim di dalam Mustadrak. Juga terdapat di dalam Sunan Abu Dawud.
3. BAQA’
Wajib bagi ALlāh bersifat Baqa` yang bererti tetap tidak diakhiri dengan kematian, ALlāh berfirman:
ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام
Maksudnya: “Dan kekallah Dzat Tuhan-mu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.” (Ar-Rahman: ayat. 27)
4. MUKHOLAFATUHU LIL HAWAHITH
– مخالفة للحوادث
Sifat ini merupakan Sifat yang paling penting untuk difahami. Ia bererti bahawa segala sifat, perbuatan, dan prilaku yang baharu tidak boleh disamakan kepada Dzat, Sifat, dan Af’al (perbuatan) ALlāh. Barangsiapa yang mengingkari Sifat ini maka dia telah terkeluar dari agama Islam. Jadi ALlāh tidak sama dengan makhluk-Nya.
Firman ALlāh:
ليس كمثله شيئ وهو السميع البصير
Maksudnya: “Tiada sesuatu pun yang sebanding (serupa) dengan (Dzat, Sifat, perbuatan)-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat (As-Syura: ayat. 11).
Selanjutnya seluruh Sifat yang ulama2 al-Asya`irrah telah kemukakan di dalam Ilmu Sifat Dua Puluh memiliki dalil2 yang jelas di dalam Al-Qur`an.
4. Sifat ALlāh tidak hanya dua puluh kenapa mesti dibatasi?
Kita JAWAB:
Al-Asya`irrah ketika membincang Sifat Dua Puluh TIDAK PERNAH membataskan Sifat2 ALlāh, bahkan mereka mengakui Sifat ALlāh itu banyak. Setiap Sifat yang sempurna dan mulia itu adalah Sifat ALlāh.
Orang yang mengatakan al-Asya`irrah hanya mengajar dua puluh sifat sahaja membuktikan dia tidak pernah membaca buku2 akidah aliran Ahlus Sunnah al-Asya`irrah. Cuba lihat sebahagian kitab2 al-Asya`irrah:
a – Matan as-Sanusiyyah:
Kitab ini dikarang oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Yusuf as-Sanusi yang meninggal dunia tahun 895 Hijrah, kitab ini merupakan kitab yang paling penting di kalangan al-Asya`irrah, telah mendapat perhatian khusus dari kalangan ulama dan pelajar agama, sehingga menjadi rujukan akidah bagi golongan al-Asya`irrah sedunia.
Di dalamnya menyebutkan:
فمما يجب لمولانا جل وعز عشرون صفة
Maksudnya: “Sebahagian Sifat yang wajib bagi ALlāh Yang Mulia dan Tinggi adalah Dua Puluh Sifat (Matan Sanusiah beserta Hasyiahnya Imam Bajuri: 16, terbitan Musthafa Halabi, 1374 – 1955).
b – ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad ibn Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi
فمما يجب لله تعالى عشرون صفة واجبة
Maksudnya: Dan sebahagian dari Sifat yang wajib bagi ALlāh adalah Dua Puluh Sifat yang wajib (ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi beserta syarahnya Fathu al-Majid karangan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani: 5, terbitan Musthafa al-Halabi cetakan terakhir (1373 -1954).
Perlu diketahui bahwa lafaz ( من ) pada kalimat ini bermaksud ( لتبعيض ) ertinya menunjukkan sebahagian sahaja, dengan begitu Sifat ALlāh banyak sekali, segala sifat yang patut, layak, dan mulia adalah Sifat ALlāh, tetapi di antara Sifat2 itu Dua Puluh Sifat yang sangat perlu sekali diketahui secara terperinci.
Jom Belajar Sifat 20.
Oleh: Syeikh Muhammad Husni Ginting.
Institute of Traditional Islamic Studies

No comments: