وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ 2
ياحى ياقيوم يا إلهنا وإله كل شيء إلهاً واحداً لا إله إلا أنت 3
ياذالجلال والاكرم 4
1. Setiap wirid dibaca 2000X kecuali [يا ذا الجلال والإكرام] hendaklah diwiridkan lebih dari 2000X kali.
2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai hari Ahad.
3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai semula dari awal sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah.
4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah. Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya, surah Yasin di tubuhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi ijazah wejangan padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.
5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya berbeza pada setiap orang. Dalam menghadapi peperangan yang menuntut umat Islam bangkit melawan musuh sebagaimana zaman darurat melawan pengganas komunis ada beberapa amalan yang masih wujud hingga ke hari ini.
Amalan sedemikian adalah jalan menuntut keredhaan Ilahi yang dibawa oleh alim ulama zaman bahari (dahulu) bagaimana kekuatan jasmani sahaja tidak memadai melainkan digarap dengan kekuatan rohani.
Kesungguhan untuk mendaptkan pertolongan Allah menuntut setiap pengamalnya sedia melakukan beberapa amalan para solihin selain mentaati perintah yang fardu dan meninggalkan perkara yang dilarang (haram).
Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana ayng menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam. Selain itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.
Dari ayat empat tadi terdapat kekuatan hikmah dan doa permohonan kita kepada Allah Ta’ala agar kita diberi kekuatan dan perlindungan. Malah, musuh yang melihat pengamalnya pasti akan gerun, kaku dan dengan izin Allah boleh dikalahkan.
Zikir membawa erti ingat akan Allah. Apakala kita ingat padaNYA, maka DIA ingat pada kita. Maknanya ada penyerahan diri kepada Allah dalam zikir dan permintaan kita melalui doa agar kita di lindungi membawa suatu keyakinan yang mutlak dalam ilmu Banjar ini.
Apakala sudah di lindungi Allah tiada apa lagi kainat yang dapat membinasakan kita melainkan Allah. Maka Ayat 4 sebaiknya di amalkan sebagai zikirullah dan wajar diamalkan sebaik-baiknya tanp sekali-kali melakukan perkara yang mungkar dan maksiat.
Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, malah memberikan ketenangan hati dan keyakinan bahawasanyan Allah berdiri dengan sendiriNYA. Tiada kuasa yang lebih kuat selain Allah. Kainat tiada memberi bekas. Maka jatuh pada tilikan hakikat kita bahawasanya sekelian yang baharu lemah seperti air dan kainat tidak akan memberi bekas. Nota: Kainat adalah sesuatu yang bergerak bernyawa dan sesuatu apa jua yang hendak membinasakan kita.
Iringi setiap kali amalan ini dilakukan dengan membaca Selawat Sifa” 11 kali setiap kali lepas solat fardu agar terhindar daripada panas baran dan banyakkan beristighfar. Kepada Allah yang maha mengetahui dan penyerahan hakiki diri kita yang sebenar-benar diri. Antara kita dan DIA tiada bersekutu dan tiada bercerai. Umpama mata hitam dan mata putih. Jika bersekutu kita binasa. Jika bercerai pun kita binasa. Allah Maha Kaya sedangkan kita hamba yang lemah dan tiada daya-upaya jika tanpaNYA. Buat generasi muda, usah gentar usah ragu. Belajarlah, ” Demi Agama, Tanah Air dan Bangsa”. Sesungguhnya betapa besar ilmu kerahsiaan Allah ini mereka yang pernah mengamalkan tahu fadilat dan kebesaranNYA Allah Yang Maha Agong. Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui di atas tiap-tiap sesuatu, kalau Ia menghendakki maka akan jadilah (Kun Fayakun).
Ingatlah amlan ini sebagai persediaan menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memerangi kita yang entah dari mana datangnya. Kalaulah amalan ini tidak wujud masakan pertempuran Angkatan Parang Panjang di Batu Pahat Johor dan Sungai Manek Perak mampu menewaskan pasukan pengganas komunis yang menggunakan pelbagai senjata api. Kalau ada yang tahu dengan amalan ini dan maklumkanlah di mana adanya guru-guru yang berwibawa untuk menerangkan selanjutnya.
Anak-anak muda jika berminat dengan amalan ini jangan mendekati perkara yang ditegah dan dilarang oleh Agama Islam. Pelajarilah Ilmu Tauhid sedalam-dalamnya. Parktikkan jalan mulia yang menuju kesucian jiwa melalui amalan yang murni. Patuhi tuntutan syarak dan sentiasa mendekati Allah. Hanya dengan amalan yang baik yang diredahi Allah akan meletakkan diri kita mampu mengalahkan musuh-musuh Islam yang kini menggunakan pelbagi cara untuk mengalahkan Islam.
Jangan takbur dan ego apabila beramal dengan ayat 4 ini. Kukuhkan persaudaran Islam tanpa memperlekehkan sesama sendiri melainkan atas jalan nasihat bagi memperbetulkan keadaan khususnya yang berkaitan akidah.
No comments:
Post a Comment