KEBENARAN DAN MAJORITI ULAMA
Dalil:
1)
"عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ, سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ أُمَّتِيْ لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ, فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ".
Terjemahan:
"Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti". (HR Ibnu Majah)
2)
"عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ, قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثٌ لا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلَاصُ الْعَمَلِ،وَالنَّصِيْحَةُ لِوَلِيِّ الْأَمْرِ، وَلُزُوْمُ الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ".
Terjemahan:
"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa [pemerintah] dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka". (HR Tirmidzi)
3)
عَنِ ابْنِ عُمَرَ - رضي الله عنهما - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ - صلى الله عليه وسلم -: " يَدُ اللهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ , فَاتَّبِعُوا السَّوَادَ الْأَعْظَمَ، فَإِنَّهُ مَنْ شَذَّ شَذَّ فِي النَّارِ". (رواه الحاكم والترمذي بلفظ: إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِى - أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم عَلَى ضَلاَلَةٍ وَيَدُ اللَّهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ. وقَالَ: حَدِيثٌ غَرِيبٌ. والحديث حسن لغيره)
Daripada Ibn ‘Umar RA katanya: Sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam: “Pertolongan Allah di atas al-jama‘ah (ulama Islam). Maka, ikutlah golongan yang majoriti. Sesungguhnya sesiapa yang mengasing diri, dia mengasing diri ke neraka”. (HR al-Hakim)
4)
إن الله لا يجمع أمتي( أو قال : أمة محمد) على ضلالة ، ويد الله على الجماعة ، ومن شذ شذ إلى النار
"Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku (umat Muhammad) di atas kesesatan. Dan pemeliharaan Allah ke atas jamaah. Dan sesiapa syaz (menyalahi Jamaah) bererti yang syaz itu ke dalam Neraka" (HR Tirmidzi)
Kata Imam at-Tirmizi selepas meriwayatkannya:
وَتَفْسِيرُ الْجَمَاعَةِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ هُمْ أَهْلُ الْفِقْهِ وَالْعِلْمِ وَالْحَدِيثِ.
"Tafsiran al-jama‘ah menurut ahli ilmu, mereka itu ialah ahli fiqh, ahli ilmu dan ahli hadis”.
PENJELASAN ULAMA:
Al-Syaikh Hassan Ibrahim di dalam kitabnya Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie mengatakan :
"وَلَمْ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلُ السُّنَّةِ)) إِلَّا فِى الْعَصْرِ الْعَبَّاسِى الْأَوَّلِ فِى الْوَقْتِ الَّذِىْ تَطَوَّرَ فِيْهِ مَذْهَبُ الْمُعْتَزِلَةِ، حَتىَّ أَصْبَحَ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلِ السُّنَّةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَاسْمُ ((الْمُعْتَزِلَةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَأْخُذُ بِالْكَلَامِ وَالنَّظَرِ. أَمَّا فِىْ صَدْرِ الْإِسْلَامِ فَكَانَ يُطْلَقُ عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ اِسْمُ ((الصَّحَابَةِ))، لِأَنَّهُمْ اِجْتَمِعُوْا مَعَ الرَّسُوْلِ وَنَاصَرُوْهُ. كَمَا أَطْلِقُ عَلَى مَنْ أَنَى بَعْدَ هُمْ الأَتْبَاعُ وَأَتْبَاعُ الْأَتْبَاعِ. وَظَلَّتِ الْحَالُ كَذَلِكَ إِلَى أَنِ انْتَصَرَ أَبُوْ الْحَسَنِ الْأَشْعَرِىِّ وَأَتْبَاعُهُ عَلَى الْمُعْتَزِلَةِ، وَاضْمَحَلَتْ أَكْثَرَ الْفِرَقِ الْإِسْلَامِيَّةِ الْأَخْرَىْ، فَلَمْ يَعُدْ هُنَاكَ سِوَىْ الشِّيَعَةُ وَأَهْلُ السُّنَّةِ، فَيُقَالُ هَذَا شِيْعِىْ وَذَاكَ سَنِّىْ، وَاسْتَمَرَّتْ هَذِهِ التَّسْمِيَةُ إِلَى الْوَقْتِ الْحَاضِرِ".
Terjemahan:
"Istilah Ahlu Sunnah hanya digunakan bermula pada zaman permulaan kerajaan Abbasiyyah iaitu zaman di mana mazhab mu`tazilah sedang berkembang. Pada ketika itu penggunaan istilah ahlu Sunnah merujuk kepada mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah, manakala istilah mu`tazilah pula digunakan bagi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam siri-siri perdebatan. Ada pun pada zaman awal Islam, istilah sahabat telah digunakan bagi merujuk kepada mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana mereka semua telah berhimpun bersama-sama Rasulullah dan membantu baginda. Penggunaan istilah ini berterusan sehinggalah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bersama pengikut dapat mengalahkan golongan mu`tazilah (dalam masa yang sama) aliran-aliran yang lain di dalam Islam terjadi semakin lemah, (akhirnya) hanya tinggal dua puak sahaja yang masih kekal pada ketika itu, iaitu al-Syi`ah dan Ahlu Sunnah, maka dikatakan satu puak sebagai Syi`e dan satu puak yang satu lagi sebagai Sunni. Penamaan/gelaran ini telah berterusan (digunakan) sehingga kini".
Oleh itu, cuba kita buka hati untuk memahami perkataan Imam at-Tirmizi dan Imam as-Subki yang berikut:
Imam Tirmidzi:
وَتَفْسِيرُ الْجَمَاعَةِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ هُمْ أَهْلُ الْفِقْهِ وَالْعِلْمِ وَالْحَدِيثِ.
"Tafsiran al-jama‘ah menurut ahli ilmu, mereka itu ialah ahli fiqh, ahli ilmu dan ahli hadis”.
Imam Subki:
وَهُوَ يَعْنِيْ مَذْهَبَ اْلأَشَاعِرَةِ مَذْهَبُ الْمُحَدِّثِيْنَ قَدِيْمًا وَحَدِيْثًا.
“Madzhab Asya’irah adalah madzhab para ahli hadis dulu dan sekarang”. (Al-Subki, Thabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra, juz 4, hal. 32.)
☆ Perhatikan kata-kata ulama muktabar berikut:
i) Imam As-Subki menjawab persoalan pertama mengenai manhaj Al-Asy'ari:
واعلم أن أبا الحسن الأشعري لم يبدع رأيا ولم يُنشِ مذهبا وإنما هو مقرر لمذاهب السلف، مناضل عما كانت عليه صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم فالانتساب إليه إنما هو باعتبار أنه عقد على طريق السلف نطاقا وتمسك به، وأقام الحجج والبراهين عليه فصار المقتدي به في ذلك السالك سبيله في الدلائل يسمى أشعريا
“Ketahuilah bahawasanya Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari tidaklah mengadakan suatu pendapat yang baru dan tidak juga mengada-adakan mazhab yang baru. Beliau sebenarnya ialah orang yang membenarkan dan menguatkan mazhab-mazhab As-Salaf (dalam aqidah) dan membela apa yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah - shollaLlahu ‘alaihi wasallam-. Adapun menisbahkan (mazhab) kepada beliau adalah dari sudut bahawasanya beliaulah yang memperkemaskan manhaj (aqidah) As-Salaf dengan kukuh lalu berpegang dengannya. Maka, beliau juga yang mendirikan hujah-hujah dan dalil-dalil terhadap aqidah As-Salaf tersebut lalu orang yang mengikut manhaj dan penghujahan tersebut dan melalui jalan pendalil aqidah beliau dinamakan sebagai Asy’ari” [Tabaqat As-Syafi’iyyah 2/254]
Imam Tajuddin As-Subki berkata lagi:
هؤلاء الحنفية والشافعية والمالكية وفضلاء الحنابلة ولله الحمد في العقائد يد واحدة كلهم على رأي أهل السنة والجماعة يدينون الله تعالى بطريق شيخ السنة أبي الحسن الأشعري رحمه الله، لا يحيد عنها إلا رعاع من الحنفية والشافعية لحقوا بأهل الاعتزال، ورعاع من الحنابلة لحقوا بأهل التجسيم...
“Para ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah, Malikiyyah dan sebahagian ulama’ Hanabilah yang mulia, Alhamdulillah, dalam masalah aqidah, bersatu dalam pegangan Ahlus-Sunnah wal Jamaah yang beragama (beraqidah) kepada Allah s.w.t. dengan manhaj Sheikhus Sunnah Abu Al-Hasan Al-Asy’ari r.a., yang mana tiada siapa yang terpesong darinya melainkan segelintir pengikut Hanafiyyah dan Syafi’iyyah yang terbabit dengan ahli Muktazilah dan sebahagian Hanabilah yang terbabit dengan ahli Tajsim. [Mu’id An-Ni’am: 62]
ii) Imam Murtadha Az-Zabidi berkata dalam Syarh Al-Ihya’ (1/7):
إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية.
Maksudnya: Jika disebut Ahlus-Sunnah wal Jamaah, maka maksud dengan mereka adalah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah.”
iii) Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H) didalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar” (1/52)
"قَوْلُهُ(عَنْ مُعْتَقَدْنَا) أَيْ عَمَّا نَعْتَقِدُ مِنْ غَيْرِ الْمَسَائِلِالْفَرْعِيَّةِ مِمَّا يَجِبُ اعْتِقَادُهُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ بِلَاتَقْلِيْدِ أَحَدٍ، وَهُوَ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْالأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ، وَهُمْ مُتَوَافِقُوْنَ إِلَّا فِيْمَسَائِلَ يَسِيْرَةٍ أَرْجَعَهَا بَعْضُهُمْ إِلَى الْخِلَافِ اللَّفْظِيِّكَمَابَيْنَ فِيْ مَحَلِّهِ".
"Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukalaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan merekaadalah sama pandangan kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya".
iv) Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan dalam Fath Al-Bari (1/293):
البخاري في جميع ما يورده من تفسير الغريب إنما ينقله عن أهل ذلك الفن كأبي عبيدة والنضر بن شميل والفراء وغيرهم , وأما المباحث الفقهية فغالبها مستمدة له من الشافعي وأبي عبيـد وأمثالهـما , وأما المسائـل الكلامية فأكثرها من الكرابيـسي وابن كُـلاَّب ونحـوهما
“Imam Bukhari di semua apa yang ia bawakan dari TAFSIR Al-Gharib, sesungguhnya ia menukilnya dari para ulama yang pakar di bidangnya tersebut seperti Abu Ubaidah, an-Nadhar bin Syamil, al-Farra dan selain mereka.
Adapun pembahasan FIQH, maka kebanyakannya beliau bersandar kepada imam Syafi’i, Abu Ubaid dan semisalnya.
Adapun masalah kalam / TAUHID, maka kebanyakannya beliau mengambilnya dari al-Karabisi dan Ibnu Kullab dan selainnya“
PERHATIAN:
Ibnu Kullab atau Abdullah bin Said bin Kullab Al-Tamimi merupakan asas kepada penyusunan manhaj Imam Abu Hassan al-Asy'ari.
Jom kita lihat pendapat ilmuan terhadap Imam Ibnu Kullab:
a) Al-Imam Tajuddin al-Subki telah berkata:
"Bagaimanapun Ibn Kullab termasuk Ahl al Sunnah… Aku melihat al-Imam Dhiyauddin al- Khatib, ayah al-Imam Fakhruddin al-Razi, menyebutkan Abdullah bin Said bin Kullab di dalam akhir kitabnya Ghayat al-Maram fi Ilm al-Kalam, berkata: Di antara manhaj Ahl al-Sunnah pada masa khalifah al-Makmun adalah (dibawah pimpinan) Abdullah bin Said bin Kullab al-Tamimi yang telah mengalahkan Muktazilah di dalam majlis al-Makmun dan memalukan mereka dengan hujjah-hujjahnya."
(Rujuk: Tabaqat al-Syafi`iyyah al-Kubra, Dar Ihya’ al-Kutub, Beirut, juz 2, hal. 300)
b) Al-Hafiz Ibn Asakir al-Dimasyqi telah berkata:
"Dan kami sama sekali tidak mengetahui adanya orang yang menisbahkan Ibn Kullab kepada bid`ah. Justeru maklumat yang kami terima, Ibn Kullab adalah ahli sunnah yang melakukan bantahan terhadap Jahmiyyah dan pengikut ahli bid`ah lainnya, dia adalah Abdullah ibn Sa’id ibn Kullab."
(Rujuk: Tabyin Kidzb al-Muftari, Maktabah al- Azhariyyah li at- Turats, ms. 298-299))
c) Al-Hafiz al-Dzahabi telah berkata:
"Ibn Kullab adalah seorang tokoh ahli kalam daerah Basrah pada zamannya"
Selanjutnya al- Dzahabi berkata:
"Ibn Kullab adalah ahli kalam yang paling dekat kepada Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah bahkan ia adalah juru debat mereka (terhadap Mu’tazilah). Ia mempunyai karya diantaranya al-Shifat, Khalq al-Af’al dan al-Radd ala al- Mu’tazilah.
(Rujuk: Siyar A’lam al- Nubala, Maktabah al-Shafa, juz 7, hal 453)
d) al-Syeikh Syuaib al- Arnauth mengatakan:
"Ibn Kullab adalah pemimpin dan rujukan Ahl al- Sunnah pada masanya. Al-Imam al-Haramain menyebutkan di dalam kitabnya al-Irsyad bahwa dia termasuk sahabat kami (mazhab al- Asy`ari)."
(Siyar A’lam an-Nubala cetakan Muassasah al- Risalah (1994), Beirut, ed. Syuaib al-Arnauth, juz 11, hal. 175)
____
Begitulah kebenaran manhaj Al-Asya'irah dan kebenaran Imam Abdullah ibn Kullab al-Tamimi yang merupakan asas kepada manhaj Asya'irah.
* Manhaj inilah yang kita ikuti sepanjang zaman sehingga sekarang diikuti ulama-ulama Azhar, para Habaib, ulama Tunisia, ulama Maghribi, ulama bumi Syam dan lain-lain sepertimana ramainya ulama yang berhimpun pada muktamar di Chechen.
* Muktamar itu dihadiri ulama seluruh dunia termasuklah Malaysia diwakili oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid kecuali Wahhabi dan Syiah kerana mereka tidak termasuk dalam Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
* Jika demikian, siapakah mereka itu?
Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:
لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.
Maksudnya: “Sentiasa ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa zahir di atas kebenaran yang mana orang yang menghina mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga datangnya arahan Allah (hari kiamat), namun mereka tetap berkeadaan demikian” (HR Muslim).
☆ Nabi sallallah alaih wasallam telah menyatakan golongan yang benar sentiasa wujud sejak berzaman secara ijmak. Ini bermaksud golongan itu tidaklah baru muncul dan menyalahi ijmak seperti:
• Syiah (zaman Khalifah Ali)
• Muktazilah (sekitar 110 H)
• Ibnu Taimiyyah (sekitar 700H)
• Muhammad Ibnu Abd Wahhab (sekitar 1150 H)
☆Hadis itu juga mengisyaratkan bahawa golongan yang benar itu akan dihina oleh golongan batil yang baru muncul, namun Nabi s.a.w berkata penghinaan itu tidak memberikan apa-apa mudarat kepada golongan benar itu. Persoalannya:
¤ Siapakah yang menghina aliran pondok sebagai jumud??
¤ Siapakah yang menolak mazhab dan para ulamanya sebagai taksub??
¤ Siapakah yang menolak manhaj Asya'irah sebagai sesat??
¤ Siapakah yang membenci tasawuf dengan menyamakan dengan Ayaq Chaq??
☆ Oleh itu, bolehlah kita fahami bahawa Ahlu Sunnah Wal Jamaah itu sentiasa sepakat dalam perkara usul agama dan sesiapa yang menyalahi mereka maka ia termasuk dalam golongan Syaz iaitu terkeluar daripada Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Pihak kebenaran itu satu, namun kebatilan itu boleh jadi ramai seperti Syiah, Muktazilah, Jahmiyyah, Qadariyyah dan Wahhabiyyah.
Hal ini jelas seperti hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan :
عَنْ أَبِيْ عَامِرٍ الْهَوْزَنِيِّ عَبْدِ اللهِ بْنِ لُحَيِّ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِيْ سُفْيَانَ أَنَّهُ قَامَ فِيْنَا فَقَالَ: أَلاَ إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فِيْنَا فَقَالَ: أََلاَ إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ اِفْتَرَقُوْا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ. ثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ .
Dari Abu ‘Amir al-Hauzaniy ‘Abdillah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata: “Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan dan sesungguhnya ummat ini akan berpecah belah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, (adapun) yang tujuh puluh dua akan masuk Neraka dan yang SATU GOLONGAN akan masuk Surga, yaitu “al-Jama’ah.” (HR Abu Daud, no. 4597)
"Adakah yang keluar daripada jamaah masih digelar Al-Jamaah??"
No comments:
Post a Comment