Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, July 10, 2019

NIAT LEBIH BAIK DARIPADA AMALAN

NIAT LEBIH BAIK DARIPADA AMALAN
عن سهل بن سعد عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "نية المؤمن خير من عمله، وعمل المنافق خير من نيته، وكل يعمل على نيته، فإذا عمل المؤمن عملاً نار في قلبه نور" ( رواه الطبراني)
Daripada Sahl bin Sa'ad ra berkata, sabda Nabi saw yang bermaksud, "Niat seorang mukmin itu lebih baik daripada amalannya. Dan amalan munafiq lebih baik daripada niatnya. Dan setiap orang beramal atas apa yang ia niat. Maka apabila seorang mukmin beramal suatu amalan, menyala cahaya dalam hatinya." (Riwayat At Tabarani). (Hadis ini dinilai dhoif oleh Al Albani dalam Silsilah ad dho'ifah).
Hadis yang serupa di riwayatkan oleh Imam al Baihaqi, katanya Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi saw pernah bersabda yang maksudnya, "Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya." Al Baihaqi menyebut sanad ini dhoif.
Walaupun ianya hadis dhoif, adalah harus menyebutnya untuk bicara kelebihan amalan atau pada masalah targhib dan tarhib.
Makna Hadis
Kata Imam al Baihaqi hadis ini memberi makna bahawa Niat memang lebih baik daripada amalannya, kerana niat tidak dimasuki fasad(kerosakan). Adapun amalan boleh dimasuki fasad. Ada juga pendapat mengatakan bahawa niat tanpa amalan dikira ketaatan, sebagaimana Nabu pernah bersabda,
من هم بحسنة فلم يعملها كتبت له حسنة
yang maksudnya, "Barangsiapa yang berniat suatu kebaikan tapi tidak melakukannya, tercatat baginya satu kebaikan." Sedangkan amalan tanpa niat tidak menjadi suatu ketaatan.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan niat ikhlas yang istiqamah atas jalan kebaikan kepada kita, dan sentiasa beramal sebagaimana yang diniatkan.

No comments: