Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, July 22, 2019

Mengapa wahabi membenci serban


Sapu muka selepas solat bida'ah. Wirid dan doa selepas solat bidaah. Kata Ustaz Taib, sudah lama dia beritahu, “Habih-habih bagi salam kalau nak pi panjat pokok pauh (mempelam) pun … panjat la. Tak dak sapa kata salah aih! Tapi jangan la dok membidaahkan orang yang nak baca!”Begitulah lebih kurang katanya. Beliau juga menyentuh sedikti tentang tahlil, talkin, maulidurrasul dan lain-lain yang biasanya dimusuhi oleh kaum Salafi Tua Wahhabi.



Habis hadis-hadis serban dipertikai. Maklumlah, kaum Wahhabi di Saudi memang tak pakai serban. Menurut Ustaz Taib lagi, hal ini ialah salah satu daripada agenda Yahudi. Mereka mahu melondehkan imej ulama Islam kononnya serban dan jubah bukan sunnah. Padahal dalam masa yang sama musuh-musuh Islam ini sangat mementingkan imej manusia selain ulama. Semuanya perlu ada imej tersendiri. Contohnya tukang masak, lihat pakaian mereka di seluruh dunia.



Betul juga kata Ustaz Taib Azamuddin. Aku lihat pakaian sukan bukan main dititik-beratkan di seluruh dunia. Entah boleh entah tidak berseluar panjang dalam perlawanan bola sepak, tennis, lumba basikal dan lain-lain di peringkat antarabangsa. Lihat pula pakaian mereka (kita pun sama kini) ke majlis-majlis makan malam, anugerah, mesyuarat dan sebagainya. Kadang-kadang kalau tidak pakai tali leher tak boleh masuk. Tak pakai kot hitam tak boleh masuk. Tapi kalau pakaian para ulama Islam zaman-berzaman, mereka perlekeh semahu-mahunya. Ada pula orang-orang Islam sendiri yang menyokong.



Akhirnya ulama sudah tidak ada imej. Kata Ustaz Taib, kini ustaz-ustaz mula jadi tukang masak sahaja dalam rancangan-rancangan televisyen. Itulah taraf ustaz-ustaz kita. Katanya lagi, hanya ada seorang ustaz saja yang dibenarkan memakai serban di televisyen… iaitu ustaz Harjit Singh Hulon- pembaca berita.Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=2481.0



Foto atau lukisan di sebelah menunjukkan cara dan kebiasaan Rabbai Yahudi dulu-dulu memakai kerudung. Hal ini turut menjadi cara pakaian penganut Wahhabi dimana-mana sebagai identiti mereka. Ini mengesahkan lagi ajaran ini mempunyai perkaitan dengan budaya Yahudi yang dibawa oleh Bani Saud dari Najad. Walau pun yang lain memakai hanya ikut-ikutan termasuk memakai egal (yang menggantikan lilitan serban di kepala yang menjadi syiar para ulama' sejak sekian lama) ternyata kemiripan kerudung dengan pakaian para Rabbai Yahudi Klasik begitu jelas sekali.





Yahudi sejak dulu meletak kain kerudung sebagai simbol atau syiar Bani Israel. Hari ini wahhabi atau salafi melarang penggunaan serban yang dililit dikepala atas alasan dangkal yang kononnya tiada satu hadith pun yang sahih bahawa pemakaian serban tersebut adalah sunnah melainkan dhaif semuanya. Rasanya umat Islam tiada masalah dengan gaya wahhabi yang hanya berkerudung ini tetapi janganlah pula melarang orang Islam lain memakai serban.





Tidak cukup dengan itu, tuduhan bid'ah mereka lemparkan kepada yang mengamalkan hadith dhaif atas Fadhail Amal tanpa putus-putus dalam ceramah mereka. Mengundang tindak balas secara lebih agresif kaum Muslimin lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Telah menjadi baja kepada perpecahan ummah sekiranya Wahhabi Salafi tidak berhenti membid'ahkan umat Islaim lain.

No comments: