FITNAH Dajal

(1) Sebelum ini saya ada menulis mengenai rupa Dajal dan lokasi kemunculannya. [1] [2] [3] Dalam masa yang sama saya ada ceritakan bagaimana suasana kemarau ketika itu.

InsyaAllah dalam artikel ini, saya akan berkongsi fitnah-fitnah Dajal, yang boleh dilihat sendiri pada hari ini;


عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حَصِيْنٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : (( مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ ))

“Daripada Imran bin Hashin R.A : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidak pernah wujud di sepanjang penciptaan Adam A.S sehinggalah terjadinya kiamat, makhluk yang lebih besar fitnahnya daripada Dajal Laknatullah”

(Shahih Muslim: 2085)


(2) Dajal Laknatullah memiliki beberapa kelebihan yang akan diperjelaskan dalam artikel lain insya Allah. Dajal dikenali sebagai pembawa fitnah yang sangat besar.

Sehinggakan orang yang beriman boleh bertukar keimanannya setelah melihat beberapa fitnah yang ditimbulkan. Fitnah Dajal Laknatullah yang sangat hebat ini mampu menggugat keimanan kepada Allah S.W.T dan kepercayaan kepadaNya.

(3) Oleh itu Nabi S.A.W pernah mengajar kita supaya berdoa agar dihindarkan dan diselamatkan daripada fitnah Dajal Laknatullah ini;


إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ: اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المسيح الدجال

“Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya salah seorang daripada kamu menyaksikannya, maka mintalah perlindungan dengan Allah S.W.T daripada empat perkara: Ya Allah, sesungguhnya aku meminta perlindungan dengan Kamu daripada;

“(1) Azab Neraka Jahanam,

“(2) Azab seksaan kubur,

“(3) Fitnah benda yang hidup dan mati,

“(4) Dan kejahatan fitnah Dajal


(Shahih Muslim: 588)


Di sana terdapat beberapa bentuk fitnah Dajal yang maha hebat, yang menjadi kemestian kepada setiap orang untuk menjauhkan diri daripadanya.

Bantuan di saat kemarau

(1) Ketika kemunculan Dajal Laknatullah, seluruh dunia sedang mengalami bencana alam dan kemarau. Apatah lagi hari ini dunia sedang dilanda dengan pemanasan global [4]

Hujan tidak turun dalam tempoh yang panjang, suhu bumi meningkat secara mendadak, binatang peliharaan kebuluran, tumbuhan mati dan makanan kehabisan.

(2) Lalu muncul Dajal Laknatullah dengan membawa makanan yang banyak, menurunkan air hujan, mengalirkan sungai dan sebagainya.

Ia bertujuan menyesatkan umat Islam dan manusia seluruhnya. Perkara ini telah dijelaskan di dalam hadis-hadis sebelum ini dan artikel artikel sebelum ini [1] [2] [3]

(3) Antara sihir yang dilakukan olehnya ialah mempunyai bekalan makanan, minuman yang banyak ketika saat bumi tidak mengeluarkan sebarang hasil;


عَنْ أَبِى أُمَامَةَ الْبَاهِلِىِّ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثَنَاهُ عَنِ الدَّجَّالِ وَحَذَّرَنَاهُ فَكَانَ مِنْ قَوْلِهِ أَنْ قَالَ : وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُكَذِّبُونَهُ فَلا تَبْقَى لَهُمْ سَائِمَةٌ إِلا هَلَكَتْ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُصَدِّقُونَهُ فَيَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ

“Daripada Abi Umamah al Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut mengenai Dajal, dan meminta kami berjaga-jaga… di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah apabila Dajal menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Apabila dia menyuruh tanah supaya menumbuhkan hasilnya, maka tumbuhlah tumbuhan. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi manusia yang hidup dan manusia tersebut mendustakannya, maka tiadalah yang tinggal padanya, semuanya musnah. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi orang yang lain, lalu orang tersebut beriman dengannya, maka dia akan menyuruh langit menurunkan hujan lalu turunlah hujan serta merta dan menyuruh tanah di situ supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanaman.”

(Ibnu Majah: 4067)


Syurga Neraka dan menghidupkan orang mati

(1) Selain itu, Dajal Laknatullah juga memiliki kebolehan menampakkan gambaran Syurga dan Neraka kepada manusia yang cuba disesatkannya.

Gambaran tersebut adalah terbalikan, iaitu sekiranya apa yang di gambar itu Syurga, hakikatnya ia adalah Neraka dan begitu juga sebaliknya.

(2) Maka sesiapa yang terpengaruh dengan fitnah Dajal Laknatullah akan memilih Syurga Dajal dan meninggalkan Syurga Allah S.W.T;


عن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في الدجال « معه صورتان: صورة الجنة وصورة النار، معه شياطين يشبهون بالأموات، يقولون للحي: تعرفني؟ أنا أخوك أو أبوك أو ذو قرابة منه، ألست قد مت؟ هذا ربنا فاتبعه، فيقضي الله ما شاء »

“Daripada Salamah bin al Akwa’, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda mengenai Dajal: Bersamanya (Dajal) dua gambar. Sebuah gambaran syurga, dan sebuah lagi gambaran neraka. Bersamanya juga syaitan-syaitan yang menyerupai manusia-manusia yang telah mati. Mereka berkata kepada manusia yang hidup “adakah kamu kenal saya?” Akulah saudara kamu, atau bapa kamu, atau saudara mara kamu. Lalu manusia yang hidup bertanya “Bukankah kamu telah mati?” Lalu dia menjawab “Inilah (Dajal) tuhan kami, ikutlah dia.. tuhan akan memperkenankan apa yang dia kehendaki.”

(Majma az Zawa’id: 12516)


(2) Dalam hadis di atas menggambarkan bagaimana syaitan bersama Dajal untuk menyesatkan manusia. Dajal tidak bersendirian;


وعن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه؛ قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكان أكثر خطبته حديثا حدثناه عن الدجال وحذرناه، فكان من قوله أن قال : وإن فتنته أن يقول لأعرابي: أرأيت إن بعثت لك أباك وأمك؛ أتشهد أني ربك؟ فيقول: نعم. فيتمثل له شيطانان في صورة أبيه وأمه، فيقولان: يا بني! اتبعه؛ فإنه ربك

“Daripada Abi Umamah al Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut mengenai Dajal, dan meminta kami berjaga-jaga… di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah, apabila dia (Dajal) berkata kepada orang jahil, “adakah kamu ingin lihat aku membangkitkan ibu bapa kamu (yang telah mati)? Adakah kamu akan beriman denganku? Orang tersebut berkata: Ya.. Lalu dua ekor syaitan menyerupai bapa dan ibunya, lantas berkata : wahai anakku, berimanlah dengannya.. sesungguhnya dialah tuhan.”

(Kitabul Fitan Abu Nuaim: 1516)


Penipuan yang halus

(1) Antara lain yang disebutkan oleh Nabi S.A.W bahawa Dajal mampu membunuh seseorang, kemudian dengan sihirnya menghidupkan semula orang itu;


حديث أبي هريرة رضي الله عنه: أنه قال: « يسلط الدجال على رجل من المسلمين، فيقتله، ثم يحييه، ثم يقول: ألست بربكم؟ ألا ترون أني أحيي وأميت

“Abu Hurairah R.A berkata: Dajal akan bertempur dengan seorang lelaki dari kalangan Islam. Lalu dia berjaya membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu dia berkata “Adakah aku tuhan kamu? Tidakkah kamu melihat aku mampu menghidup dan mematikan?”

(Musonnaf Ibn Abi Syaibah: 38677)


(2) Di dalam hadis yang lain juga menceritakan bahawa Dajal mempunyai sihir yang dilihat menyembuhkan penyakit;


عن الحسن عن سمرة بن جندب رضي الله عنه: أن نبي الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: « إن الدجال خارج، وهو أعور عين الشمال، عليها ظفرة غليظة، وإنه يبرئ الأكمه والأبرص ويحيي الموتى ويقول للناس: أنا ربكم! فمن قال: أنت ربي؛ فقد فتن، ومن قال: ربي الله حي لا يموت؛ فقد عصم من فتنته

“Daripada Hassan bin Samurah bin Jandab R.A, Nabi S.A.W pernah bersabda : Sesungguhnya Dajal itu pasti akan muncul. Dia mengalami kecacatan pada mata kirinya, yang terdapat daging timbul di bahagian tersebut. Dia mampu menyembuhkan sopak dan kusta, menghidupkan orang mati.. dan dia berkata “akulah tuhan kamu”. Maka, sesiapa yang berkata “kamu adalah tuhanku”, bermakna dia telah menyebarkan fitnah. Sesiapa yang berkata “Tuhanku adalah Allah yang hidup dan tidak akan mati”, maka dia akan dipelihara daripada fitnahnya (Dajal).”

(Musnad Imam Ahmad: 20027)


(3) Di dalam hadis yang lain menggambarkan penipuan Dajal cukup halus, sehingga manusia terjerat dengan fitnahnya;


وعن سفينة مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم رضي الله عنه؛ قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: معه ملكان من الملائكة يشبهان نبيين من الأنبياء، لو شئت سميتهما بأسمائهما وأسماء آبائهما، واحد منهما عن يمينه والآخر عن شماله، وذلك فتنة، فيقول الدجال : ألست بربكم؟ ألست أحيي وأميت؟ فيقول له أحد الملكين: كذبت. ما يسمعه أحد من الناس إلا صاحبه، فيقول له: صدقت. فيسمعه الناس، فيظنون أنما يصدق الدجال، وذلك فتنة،

“Daripada Safinah R.A penjaga Rasulullah S.A.W, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Turut bersama dengannya ialah dua orang malaikat, yang menyerupai sebagai seorang nabi.. sekiranya kamu ingin tahu, aku akan menyebut namanya dan nama kedua ibu bapanya. Salah seorang berada di kanan Dajal, dan seorang lagi di sebelah kirinya. Itulah yang dikatakan fitnah.. Maka Dajal berkata: Bukankah aku tuhan kamu? Bukankah aku telah menghidup dan mematikan? Lalu dua orang malaikat tadi berkata: Penipu.. Tiada siapa yang mendengar kata-kata malaikat tersebut, melainkan orang yang ditanya oleh Dajal. Lalu orang tersebut berkata: Ya, kamu benar.. (dengan niat mengatakan kebenaran pada kata-kata Malaikat tadi).. Lalu manusia yang lain mendengarnya, dan mereka menyangka bahawa orang tersebut membenarkan Dajjal.. itulah yang fitnah.. (التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة)