Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, August 25, 2018

ASAS AKIDAH AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA'AH

" ASAS AKIDAH AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA'AH "...
1. Akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah adalah akidah tanzih (iaitu menyucikan ALlah daripada segala kekurangan) iaitu tidak tasybih (menyamakan ALlah ﷻ dengan makhluk), tidak takyif (mempersoalkan bagaimanakah keadaan Dzat ALlah ﷻ seperti duduk, bertangan, bermata, bermuka, berbetis, bertempat, perbuatan naik dan turun), tidak ta'thil (menafikan ALlah ﷻ bersifat dengan segala sifat kamaalat/kesempurnaan).
2. ALlah ﷻ tidak sama dengan segala sesuatu daripada ciptaan-Nya pun, baik pada Dzat, Sifat dan Perbuatan. Sepakat para ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah menghukumkan kafir ke atas mereka yang menjisimkan ALlah dan menyamakan ALlah dengan makhluk.
3. Sifat Mendengar (Samiq), Melihat (Bashar), Berkata-kata (Kalam) ALlah tidak sama dengan makhluk dan tidak boleh di-qias-kan dengan tangan, kaki, betis kerana tangan, kaki dan betis bukan sifat tetapi anggota badan yang menjisimkan ALlah ﷻ.
4. Menafikan ALlah bersifat Mendengar melazimkan sifat berlawanan iaitu pekak. Mustahil atas ALlah pekak. tetapi menafikan Allah mempunyai anggota tangan tidak melemahkan ALlah ﷻ bahkan membawa kepada kesempurnaan Dzat ALlah dan Sifat-Nya yang tidak sama dengan makhluk.
5. Persamaan pada penggunaan lafaz tetapi berbeza pada makna, itu dibenarkan kerana ALlah ﷻ menggunakan bahasa makhluk untuk menjelaskan tentang Dzat, Sifat dan Af'aal-Nya yang Maha Sempurna. Sebagai contoh; kita mengatakan ALlah Maha Besar. Ia tidak membawa makna yang ALlah itu besar daripada sudut size tetapi besar daripada sudut keagongan ALlah.
6. Ayat atau hadith mutasyabihah yang membawa makna ALlah menyerupai makhluk, maka telah sepakat ulama Salaf dan Khalaf ianya bukan makna zahir. Hal itu masih ada khilaf yang mana ada ulama masih menetapkan boleh pilih samada method menyerahkan makna kepada ALlah (tafwidh) atau memalingkan dengan makna yang layak dengan kesempurnaan ALlah (takwil). Kedua-duanya adalah methodology yang diterima di dalam aliran pemahaman dan epistimologi Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
7. Bersalahan dengan pandangan dan pegangan golongan Mujassimah yang menetapkan makna zahir pada ayat mutasyabihah bahkan mereka melampui sehingga mengatakan maksud "tangan" ALlah pada ayat tersebut adalah sama maknanya seperti tangan kita.
8. Beriktiqad اليد dengan makna tangan anggota adalah tidak layak bagi ALlah ﷻ Yang Maha Sempurna sekalipun beralasan dengan mengatakan "tangan" ALlah ﷻ tidak sama dengan tangan makhluk, ini kerana anggota adalah zat (batang tubuh) makhluk. Ia membawa kepada pemahaman menyamakan atau menyerupakan ALlah dengan makhluk.
9. Ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah sepakat menafikan ALlah ﷻ itu beranggota, menafikan Ia ﷻ diliputi oleh arah yang enam (atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang) dan menafikan Ia ﷻ bertempat kerana faham yang seperti ini hanya akan membawa seseorang itu kepada menjisimkan ALlah.
10. Beriktiqad yang ALlah ﷻ itu mesti bertempat, iaitu Ia ﷻ diliputi oleh masa dan arah dan beranggota dengan tangan, kaki, betis, muka membawa kepada makna menjisimkan ALlah dan ia membawa kepada kekufuran (murtad) kerana telah mensyirikkan ALlah ﷻ dengan makhluk.
Nukilan oleh;
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir .
Muhasabah Diri dan Teruskan Istighfar & Berselawat.
#iloverasulullah
Shollallah 'Ala Muhammad... Astaghfirullah... Innahu Kaana Ghoffaro... Ya Latiif... Ya Latiif... Ya Latiif .
اللهم صلّ وسلم على سيدنا محمد نور ك الساري ومددك الجارى واجمعني به في كل اطواري وعلى آله وصحبه يانور .
اللَّهُمَّ صَلِّ وسَلِّم وبَارِك عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الفاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، والخاتِم لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الحقِّ بَالحَقِّ، والهادي إلى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ، صلَّى اللهُ علَيهِ وآلِهِ وصحبِهِ، حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيم.

No comments: