Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, August 24, 2018

Hadith akan menyesatkan melainkan ahli agama yang faqeh

Kalau sesuatu hukum itu ada disebut dalam kitab feqh, namun becanggah dengan hadith , mana yang patut diutamakan? Mohon penjelasan dari al-fadhil ustaz.
JAWAPAN
1. Perlu kita tahu bahawa hukum hakam yang disebut didalam KITAB FEQH MUKTABAR adalah hukum hakam yang diambil daripada AL-QURAN dan ASSUNNAH menurut penelitian dan kefahaman ulama muktabar.
Sebab itulah satu fitnah besar terhadap ulama muktabar apabila ada golongan yang tidak sedar diri yang jumud mengajak manusia supaya menolak feqh Imam Syafei dan sebagainya atas slogan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Jelas ini adalah satu fitnah yang besar yang dibuat oleh golongan yang tidak sedarkan diri ini terhadap ulama yang besar yang seperti Imam Syafei.
Tanpa disedari golongan ini telah menyesatkan Imam kerana dengan slogan tersebut seolah-olah feqh imam syafei menyalahi al-quran dan as-Sunnah. dari mana datangnya feqh imam syafei klu tidak dari al-quran dan as-Sunnah. insaflah wahai orang yang beraqal.
Berselisih pandangan didalam memahami nas-nas syara’ yang bersifat ZONNIY DILALAH adalah perkara biasa, tapi syaratnya adalah perselisihan tersebut lahir dan terbit dari ahlinya,
Dengan penjelasan di atas dapat kita faham bahawasanya pada hakikatnya hukum hakam yang disebut didalam kitab feqh muktabar dirujuk dan diambil dari al-quran dan hadith nabi saw melalui penelitian dan kefahaman ulama muktabar.
2. Nas-nas syara’ dari al-quran dan hadith ada yang nasikh ( menghilangkan hukum yang sebelumnyah ), ada yang mansukh ( dihilangkan hukumnya ), ada hadith yang bersifat umum, ada hadith yang bersifat khusus, ada hadith yang bersifat mutlak, ada hadith yang bersifat mukayyad, yang mana hal-hal ini bukanlah semua manusia dapat memahaminya dan mengetahuinya. Hanya ahlinya sahaja yang dapat memahami hal ini, iaitu orang yang telah melalui disiplin ilmu.
Kerana itulah kita sebagai orang awam apabila kita terjumpa atau terbaca satu hadith, kita tidak boleh terus mengambil hukum daripadanya jika kita bukan ahlinya.
Mengambil hukum terus daripada hadith oleh bukan ahlinya akan membawa kepada kesesatan.
Kata imam Sufyan bin ‘Uyainah :
الْحَدِيثُ مَضَلَّةٌ إلَّا لِلْفُقَهَاءِ
Hadith adalah tempat sesat melainkan bagi ulama fiqh.
Kata imam Abdullah bin Wahb salah seorang murid imam malik :
الحديث مضلة إلا للعلماء
Hadith adalah tempat sesat melainkan bagi ulama’.
Ini kerana untuk mengambil hukum-hakam dari nas-nas syara’ perlu melalui kaedah-kaedahnya.
Sebab itulah ulama usul dalam kitab usul feqh menyebut definisi usul feqh :
معرفَة دَلَائِل الْفِقْه إِجْمَالا، وَكَيْفِيَّة الاستفادة مِنْهَا، وَحَال المستفيد.
Mengetahui dalil-dalil fiqh secara ijmal, cara memanfaatkan dalil tersebut, dan keadaan orang yang memanfaatkan dalil.
[ نهاية السول 1/10 ]
(1) Tahu dalil-dalil fiqh secarab ijmal.
(2) Cara berdalil dengannya.
(3) Keadaan orang yang memanfaatkan dalil.
Tahu dalil-dalil sahaja masih lagi belum mencukupi, bahkan perlu pula tahu cara memahami dalil dan cara memanfaatkannya. Sebab itulah dalam hadith Abi Umamah nabi saw bersabda :
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َأَنَّهُ قَال َ: خُذُوا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ . قَالُوا: وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَفِينَا كِتَابُ اللَّهِ؟ قَالَ: فَغَضِبَ، ثُمَّ قَالَ: ثَكِلَتْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ أَوَلَمْ تَكُنِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمْ شَيْئًا ؟. إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ، إِنَّ ذَهَاب
َ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ.
Daripada Abi Umamah, daripada Rasulullah saw, bahawasanya baginda saw bersabda : “Ambillah ilmu itu sebelum ia hilang”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana hilangnya ilmu itu, sementara al-Quran masih lagi ada bersama kami?”, kata abu Umamah : ” rasulullah saw marah ” lalu rasulullah saw bersabda ” semoga ibu kamu kehilangan kamu, Bukankah telah adanya kitab Taurat dan Injil di tangan Bani Israil, akan tetapi kedua kitab itu tidak dapat memberi manfaat kepada mereka sedikit pun?. Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah disebabkan hilangnya para ahli ilmu (ulama). Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah dengan cara hilangnya para ulama.
[ HR ad-Darimi no.246 ( hadith hasan dengan syawahidnya) ]
Hadith diatas memberi maksud ada al-quran masih lagi belum mencukupi, bahkan perlu ada ulama yang yang tahu cara mengambil hukum daripada al-quran itu sendiri .
ALLAH Taala berfirman :,
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ .
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
( An-Nahl: 43 )
3. Apabila kita jumpa satu hadith yang menyebut satu hukum, tiba-tiba kita dapati dalam kitab fiqh mazhab syafei hukumnya bercanggah pada zahirnya dengan apa yang disebut dalam hadith tersebut maka dalam situasi ini kita perlu rujuk kepada ahlinya untuk kita tahu bagaimana untuk memahami hadith tersebut , jangan sekali-kali kita mengguna kejahilan kita lalu secara melalu kita menghukum apa yang disebut dalam fiqh mazhab syafie itu salah.
Sebagai contoh :
Dalam kitab feqh mazhab Syafei, Maliki dan Hanafi ada menyebut berbekam tidak membatalkan puasa , sedangkan ada hadith menyebut :
أفطر الحاجم والمحجوم.
Batal puasa tukang bekam dan orang yang berbekam.
[ HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
Apabila diruju’ kepada Ulama-ulama mazhab Syafei, Maliki dan Hanafi ternyata bukan mereka tidak tahu tentang hadith diatas. bagaimana boleh mereka tidak mengetahuinya sedangkan didalam setiap mazhab itu ada beratus-ratus ulama hadith. akan tetapi mereka melihat kepada hadith-hadith lain , antaranya :
َعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم : احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ, وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ.
Dari Ibni Abbas r.anhuma bahawasanya Nabi saw berbekam semasa ihram dan Nabi saw berbekam semasa baginda saw berpuasa.
[ HR Al-Bukhari dalam sahihnya ]
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة.
Dari abi sa’id Al-khudriy r.a. beliau berkata : ” Rasulullah saw membenarkan cium (isteri) dan berbekam bagi orang yang berpuasa”.
[ HR Ad-Darqutni 2/183, dan beliau berkata : ” Perawinya semuanya thiqah”. ]
Bermaknanya ulama-ulama diatas berpendapat Hadith yang menyebut batal puasa dengan berbekam dinasakhkan hukumnya oleh hadith ibni abbas dan Abi Sa’id Al-khudriy :
Berkata ibnu Abdil Barr didalam kitab الاستذكار juz.10 hlm.125 :
والقول عندي في هذه الأحاديث أن حديث ابن عباس : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم احتجم صائماً محرماً، ناسخ لقوله : أفطر الحاجم والمحجوم …
Pandangan aku berkenaan hadith-hadith ini bahawasanya hadith ibni Abbas “rasulullah saw berbekam sedangkan baginda sedang berpuasa dan sedang ihram” ia menasakhkan sabda nabi saw “tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya”.
KESIMPULAN
Sekiranya ada sesuatu hukum itu disebut dalam kitab muktabar berbeza dengan apa yang disebut didalam hadith nabi saw maka kita sebagai orang awam perlu medahulukan hukum yang disebut didalam kitab fiqh muktabar melalui huraian guru , berbanding dengan hadith yang hanya kita ambil dari terjemahannya sahaja , ini bukan bermakna kita menolak hadith, tetapi ia memberi maksud kita menyerahkan huraian hadith tersebut kepada ahlinya.
Untuk meyakinkan lagi huraian hadith tersebut caranya adalah berjumpa dan bertanyakan ulama muktabar yang pernah melalui disiplin ilmu yang mempunyai sanad yang bersambung kepada ulama ulama mazhab syafie.
Jangan kita bertanya kepada golongan yang tidak pernah melalui disiplin ilmu feqh, disiplin ilmu usul feqh, dan golongan yang tidak melalui pengajian ilmu hadith secara dirayah daripada ulama muktabar yang mempunyai sanad yang bersambung sampai kepada Rasulullah saw.
Ini kerana golongan yang banyak membaca akan tetapi tidak duduk bertalaqi dari ulama yang mempunyai sanad yang bersambung sampai kepada ulama-ulama muktabar sehingga kepada Rasulullah saw ia tidak mempunyai nasab ilmu, sebab itulah dalam hati mereka tidak mempunyai perasaan sifat belas kasihan terhadap nenek moyang pada sudut ilmu, kerana mereka tidak mempunyai nasab keturunan ilmu, maka kita tidak hairanlah akhlaknya buruk dan tidak beradab terhadap ulama-ulama dahulu.
والله أعلم بالصواب
أكتب ما ترون وأستغفر الله العظيم لي ولكم
أبو أسامة محمد حنفية الشافعي الدمشقي
مدير مركز الدراسات الإسلامية
ببوكيت كيجغ كماسيك ترنجانو

fitrah islami

No comments: