Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, August 28, 2018

TUAN GURU SYEIKH IDRIS BIN SYEIKH ABDUL RAHMAN AL-JARUMI


TUAN GURU SYEIKH IDRIS BIN SYEIKH ABDUL RAHMAN AL-JARUMI.
Beliau dilahirkan di Alor Setar. Anak sulung kepada ulama ternama iaitu Syeikh Abdul Rahman AlJarumi yang merupakan Mursyid Diraja yang berkhidmat di istana Sultan Kedah semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan Sultan Badlishah. Ibunya adalah Hajjah Hindun yang merupakan isteri pertama Syeikh Abdul Rahman. Nenek beliau juga merupakan ulama tersohor di Nusantara iaitu Tok Syeikh Jarum.
Beliau dibesarkan di Pondok Batu 1 Akar Peluru. Semasa kanak-kanak beliau dibesarkan di sini di bawah jagaan isteri muda ayahnya Nik Rahmah (Nik Doh). Dengan beliau Hj Idris belajar membaca dan mentahsin alQquran. Setelah menyelesaikan pengajian AlQuran beliau dihantar oleh ayahnya belajar di Pondok Tuan Idris Air Hitam. Di sini beliau belajar asas-asas menjadi alim. Setelah menamatkan pengajian peringkat asas di sini beliau menyambungkan pengajian seterusnya di Pondok Tuan Saleh Lubuk Kawah.
Bagi menajamkan lagi ilmu, pada sekitar 1925 beliau diarahkan oleh ayahnya menyambung pengajian alim di Pondok Tok Bermin di Negeri Patani Darussalam.
Setelah kembali dari Patani beliau membantu ayahnya mengajar di Pondok Batu 1. Dikatakan bahawa pada ketika itu beliau sudah menjadi alim besar. Pada ketika ini beliau di kehendaki oleh Hajjah Nik Rahmah ibu yang membersarkannya untuk berkahwin dengan anak saudaranya Mariam binti Abdul Hamid.
Setelah berkahwin, beliau kemudiannya merantau menyambungkan pengajian di Masjidil Haram, Mekah Al-Mukarromah. Pengajian di sini mengambil masa sekitar 3 tahun dengan ulama-ulama terkenal seperti Sayyid Abbas Al-Maliki, Syeikh Ali Al-Maliki, Qadi Qudah Syeikh Nur Al-Fathoni dan lain-lain.
Sekembalinya daripada Mekah beliau diminta oleh ayahnya Syeikh Abdul Rahman membuka pondok di Alor Mengkudu.
Beliau kembali kerahmatullah pada tahun 1987 dan dimakamkan di perkuburan masjid Alor Mengkudu, Alor Setar. Alfatihah.


No comments: