Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, May 5, 2019

Al Allamah Arif Billah Wali Allah Tok Pulau Manis | Tuan Musonnif Kitab Hikam Jawi



Tengku Yusuff added a new photo to the album: Ulama' Alam Melayu.
Follow
Al Allamah Arif Billah Wali Allah Tok Pulau Manis | Tuan Musonnif Kitab Hikam Jawi ( 1650 - 1736 )
Apabila disebut kitab Hikam Jawi , pasti kebanyakkan penuntut ilmu di madrasah , pondok , pesantren dan di kuliah² umum pasti mengetahuinya . Inilah dia pengarang bagi kitab tasawwuf yang mahsyur di Nusantara lebih dari 300 tahun . Kealimannya dan maqom makrifatnya yang amat tinggi di sisi Allah dapat dilihat dari hasil tulisan beliau didalam kitab karangannya tersebut .
Nama sebenar Tokoh Ulamak Besar Terengganu ini ialah Syeikh Abdul Malik Bin Abdullah @ Muhammad . Beliau dilahirkan di Kampung Pauh, Kuala Berang, Hulu Terengganu .
Syeikh Abdul Malik membesar dengan penuh kasih sayang dalam suasana agama. Tubuhnya sederhana, wajahnya menarik pada siapa yang melihatnya. Amat halus budinya, amat kuat ingatannya, cintakan ibadah dan suka bersendirian.
Ketika dewasanya ia disuruh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya Ismail, seorang peniaga, supaya luas pandangannya. Pengangkutan ketika itu adalah perahu yang melalui sungai-sungai antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Jiwanya tenang apabila menyusuri sungai-sungai dan fikirannya tajam memerhati setiap tempat yang dikunjungi.
Beliau hidup sezaman dengan beberapa Tokoh Besar Nusantara iaitu :
1. Syeikh Abdul Rauf Singkel (1620-1693)
2. Syeikh Abdul Mubin Pauk Boh al Fathani (1635-1710)
3. Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al Mankatsi (1626-1699)
4. Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan (1650-1730)
5. Syeikh Burhanuddin Ulakkan (Meninggal 1704)
6. Syeikh Mohd Salleh Bin Omar al-Semarani
7. Dato’ Syed Abdullah Terengganu
8. Syeikh Abdul Kadir Palimbang
9. Syeikh Abdul Samad Kedah
10. Syeikh Muhammad Siantan
11. Syeikh Abdul Wahab Siantan
Beliau mula merantau ke Aceh pada usia remaja dan menutut ilmu dari beberapa orang alim ulamak disana . Seterusnya sekitar tahun 1680 beliau berangkat ke Mekah .
Diantara guru beliau ialah :
1. Syeikh Abdullah - Ayahnya
2. Syeikh Ibrahim al-Kurani (1616-1690)
3. Syeikh Abdul Rauf Singkel (1620-1683)
Tok Pulau Manis pulang ke tanah air sekitar tahun 1690 dan menumpukan perhatiannya dalam mendidik masyarakat dengan membuka sebuah pondok pengajian di kampung halaman. Diriwayatkan pondok beliau ialah pondok pertama yang didirikan di Terengganu .
Beliau dikatakan bertanggungjawab menabalkan Sultan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Sultan tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik.
Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah .
Tok Pulau Manis adalah ‘Khalifah’ yang mewarisi pemerintahan Dinasti al Kamil Kota Temir selepas beliau mengahwini Puteri Mahpuri yang berasal dari Johor .
Antara kitab karya beliau yang unggul :
1. Syarah Hikam Jawi - Syarah Kitab Hikam Karya Syeikh Ibnu 'Athaillah
2. Naql - Bab Solat Jumaat
3. Kayfiyat al-Niyyat - Usuluddin & Feqh
4. Syarabul Muntahi - Ilmu Hakikat & Makrifat
Tok Pulau Manis meninggal dunia dalam lingkungan usia 86 tahun . Khabaran itu bagaikan halilintar kepada para penduduk Kampung Pulau Manis. Pada hari itu, para murid, ahli keluarga dan penduduk tempatan bagaikan direngut jiwa mereka, tiada kata-kata yang dapat mengungkap kesedihan hati mereka, hanya air mata yang berlinangan. Beliau dimakamkan di Kampung Pulau Manis , Serada, Terengganu .
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

No comments: