Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, May 27, 2019

Al Allamah Tuan Guru Haji Ahmad Nahu Sik ( 1934 - 2005 )

ADUN Belantek - Ustaz Haji Mohd Isa Shafie added a new photo to the album: Ulama Alam Melayu.
Al Allamah Tuan Guru Haji Ahmad Nahu Sik ( 1934 - 2005 )
Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Talib dan dilahirkan di Kedah. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati.
Beliau pernah menuntut ilmu di Kelantan dan di Patani . Diantara guru beliau ialah :
1. Tuan Guru Haji Mustaffa Pondok Pasir Tumboh
2. Tuan Guru Haji Hashim Pondok Pasir Tumboh
Tuan Guru Haji Ahmad Nahu telah mengasakan sebuah pondok pengajian di Kampung Kuala Beris , Sik pada tahun 1991 . Pondok beliau dinamakan Madrasah Ahmadiah Addiniyyah Islamiah .
Tuan Guru seorang yang kuat beramal, tidak suka bangga diri dan "membuka diri" serta lebih suka tinggal di pondok daripada mengajar di luar. Tuan Guru gemar membuat dan melakukan kerja dengan usahanya sendiri. Tuan Guru mewajibkan solat berjemaah dan mengamalkan zikir Aurad Madaniah yang selalu diamalkan oleh ulamak kita. Diriwayatkan juga bahawa Tuan Guru mengamalkan selawat sehingga 20 ribu sehari.
Beliau merupakan sahabat kepada Tok Wali Pak Su Mid Bukit Tembaga .
Tuan Guru meninggal dunia ketika berusia 71 tahun .
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

No comments: