Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, May 1, 2019

Ini dalil sunat talqeen



Kitab iqnak, sila rujuk.... ulama dulu dulu buat bukan tiada rujukan. Org sekarang pula buat hukum ikut suka suki
saja. Yg mana mudah dia ambik. Yg susah dia tolak... susah sebab kena ngaji...
Kitab al-Iqna' fi Hal Alfaz Abi Syuja' ( شجاع أبي ألفاظ حل في الإقناع ( merupakan sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi'i yang
terkenal di kalangan ulama mazhab al-Syafi'i yang mutaakhir. Kitab ini adalah hasil karya al-Syaikh Syamsuddin
Muhammad bin Muhammad al-Khathib al-Syarbiniy (977H) sebagai huraian (syarah) bagi sebuah matan fiqh yang
terkenal, iaitu Matn al-Taqrib atau terkenal dengan nama Matn Abi Syuja' sempena nama pengarangnya al-Qadhi
Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani(533-593H).
Berdasarkan beberapa edisi Arabnya, kitab ini mempunyai dua juz, yang digabungkan dalam sebuah buku.
Kitab al-Iqna’ ini menjadi kitab standard bagi kebanyakan pusat pengajian Islam sama ada peringkat menengah
maupun peringkat pengajian tinggi di universiti-universiti di Timur Tengah. Di Malaysia, ia dijadikan teks pengajian
fiqh Syafi’iyyah di pondok-pondok.
Saya dapati kitab ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan
Jahabersa. Sebagaimana edisi Arabnya, kitab terjemahan ini juga mempunyai dua juz yang digabungkan dalam
sebuah buku yang agak tebal, iaitu 1082 halaman.
Dalam kitab BUJAIRIMI ALA KHATIB syarah bagi kitab IQNAK jilid 2 muka surat 568 ada sebut Sunat bertalkin keatas si mati sebab nabi kita pun pernah bertalkin atas anaknya ibrahim

No comments: