Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, May 20, 2019

Fatwa sesat Ibnu Taimiyah

Secara ringkasnya tentang tauhid 3 serangkai Ibnu Taimiyyah
Pembahagian Tauhid kepada Tauhid Rububiyyah, Tauhid Ululhiyyah dan Tauhid Asma wa al-Sifat, tiada siapa pun yang mengetahuinya sebelum zaman Ibnu Taimiyyah..
Ibnu Taimiyyah telah membahagikan tauhid kepada 3 unsur ini..
Tauhid Rububiyyah ini adalah merujuk kepada wujud secara tetap (pada pendapat Ibnu Taimiyyah) pada seluruh orang musyrik (orang yang mensyirikkan Allah), apatah lagi pada orang-orang mukmin..Pada pandangannya, tauhid ini mengandungi Tauhid al-Khaliqiyyah (yang menjadikan)..Beliau mentafsirkan al-Rububiyyah (yang mentadbirkan alam) dengan al-Khaliqiyyah (yang menciptakan alam) sahaja..Inilah punca salahnya pembahagian ini..Demikian juga halnya menyandarkan pemerintahan langit dan bumi serta pentadbiran alam ini kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja.
Tauhid al-Uluhiyyah iaitu tauhid dalam beribadah..
Tauhid al-Asma' wa al-Sifat iaitu mengithbatkan hakikat nama-nama Allah..
wallahua'lam..
Ibnu Taimiyyah telah menjadikan Tauhid al-Rububiyyah itu sahaja yang dikatakan beriman dengan para pencipta, dan tidak menganggap tauhid itu ialah mengesakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam beribadah, sebagaimana telah dijelaskan di sana terdapat perbezaan antara Wahdaniah dan Tauhid.
Maka Wahdaniyyah ialah beriman dengan bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala itu Esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.
Adapun Tauhid pula ialah mengesakan Allah dalam ibadah..
Rentetan dari ini, ternyata Tauhid Rububiyyah tidak memadai kerana ia tidak mencakupi keesaan Allah dalam beribadah..
Disebutkan di dalam kitab Kasyf al-Syubuhaat mengenai kaum musyrikin dan lain-lainnya:
(yang bermaksud) :
"Maka mereka orang-orang musyrikin itu mengakui, menyaksikan bahawa Allah itu adalah satu-satunya Pencipta tanpa ada sekutu bagiNya, bahawa tiada yang memberikan rezeki melainkan Dia, tiada yang menghidupkan dan mematikan melainkan Dia, tiada yang menghidupkan dan mematikan melainkan Dia, tiada yang mentadbir urusan alam ini melainkan Dia, dan semua tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta segala isinya yang terkandung di dalamnya adalah ciptaanNya dan berada di bawah pentadbiran dan kekuasaanNya."
Demi Allah! Adakah sifat-sifat ini selari dengan orang musyrikin pada zaman Jahiliyyah? Adakah mereka menyembah Allah satu-satunya atau pun menyekutukan dengan yang lain dalam beribadah?
Pembahagian ini tidak masuk akal, kerana Al-Ilah sebenar itu ialah al-Rabb yang sebenar, manakala Al-Ilah yang batil adalah Al-Rabb yang batil..
Tidak layak disembah dan beribadah kecuali kepada Tuhan yang sebenar..Tiada ertinya kita menyembah sesuatu yang kita sesuatu yang kita sendiri tidak yakini ia adalah Tuhan yang boleh memberikan manfaat dan mudarat..Inilah rentetan yang terhasil daripada pembahagian tersebut..wallahua'lam
Siapakah Ibnu Taimiah?
Ketika membicarakan Ibnu Taimiyah, ada 4 hal penting yang harus diketahui:
1. Ia memiliki kecerdasan yang sangat luar biasa dalam artian memiliki kemampuan untuk mengikat informasi dengan kuat.
2. Ia tidak menikah dan menghabiskan waktunya untuk menuntut ilmu
3. Ia menela’ah dan meneliti banyak buku-buku
4. Ia tidak memiliki syekh atau guru yang memberikannya pemahaman yang baik
Inilah empat hal penting yang terkait dengan Ibnu Taimiyah. Bayangkan seseorang yang sering menela’ah dan meneliti dengan kecerdasan yang sangat baik, tapi ia tidak memiliki guru maka akan menghasilkan kesalahan pemahaman yang fatal.
Dalam hal ini, Syekh Zahid Al-Kautsary mengatakan: Cukuplah Ibnu Taimiyah yang Allah jadikan orang tersesat menjadi pengikutnya
Oleh sebab itu, Al-Azhar tidak menjadikan manhaj Ibnu Taimiyah menjadi sumber dalam manhaj Al-Azhar
Saat ini banyak yang mengatakan bahwa Ibnu Taimiyah adalah Syaikhul Islam, dan ini tidak tepat. Yang digelari Syaikhul Islam adalah Syaikul Islam Zakariya Al-Anshari, Syaikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalany. Sementara Ibnu Taimiyah adalah seorang ulama yang memiliki pehamanan yang benar dan salah.
70 sampai 90 persen dari pehamanan Ibnu Taimiyah adalah pemahaman yang benar namun 10 hingga 30 persen adalah pehamanan yang keliru terutama dalam masalah akidah
-Syekh Nuruddin Ali Jum’ah

No comments: