[08/05, 01:42] +60 11-4066 1861: Dimana Tabligh singgah,
Insyaa Allah makin ramai yang datang berjemaah.
Di mana Habaib ada menjengah,
Insyaa Allah di sana selawat akan jadi meriah.
Di mana ada Tuan Guru Pondok lawati,
Insyaa Allah ummah tidak akan jadi jahil lagi.
Di mana ada ulama' Azhari,
Insyaa Allah masyarakat mendapat ilmu haqiqi.
Di mana berhimpunnya ulama' Sufi,
Orang di sana akan dapat futuh rabbani.
Tapi ingat...
Di mana ada Syiah,
Ummah akan mula berbalah.
Dan di mana ada Wahabi,
Pasti masyarakat akan berkelahi.
[08/05, 01:42] +60 11-4066 1861: JAUHI WAHABI
Ramai orang tertanya-tanya;
Wahabi itu apa dia?
Lalu ku karang ini seloka;
Kasi jawapan untuk mereka.
Wahabi itu senang cerita;
Satu golongan rendah adabnya;
Tiada faham makna agama;
Semua orang mereka cela.
Pengasasnya Muhammad bin Abdul Wahab;
Keras menentang semua mazhab;
Katanya Islam sudahpun lengkap;
Ikut sahaja sunnah dan kitab.
Siapa melawan dituduh pembid'ah;
Lucutlah Islam, halallah darah;
Tapak perkuburan hancur dimusnah;
Tiada lagi tinggalan sejarah.
Dengan Saud Wahabi berpakat;
Di belakang mereka kuasa Barat;
Mahu memecah perpaduan ummat;
Khilafah Uthmaniyyah mesti ditamat.
Dipendekkan cerita tercapailah cita;
Naiklah Saud menjadi penguasa;
Sedangkan dia hanya boneka;
Di belakangnya Bratain dan juga Amerika.
Faham wahabi segera didakyah;
Kononnya ia penyelamat ummah;
Mereka mundur kerana bid'ah;
Di dalam tasawwuf, kalam dan fekah.
Secara halus ulama ditolak;
Tiada taqlid, qiyas dan ijmak;
Semua orang bebas berijtihad;
Tiada perkiraan martabat dan darajat.
Bila Mekah di tangan mereka;
Menteri pun takut nak angkat suara;
Nanti dikurangkan pula kuota;
Marahlah pula rakyat jelata.
Jahat sungguh puak wahabi;
Hanya sedikit ku ceritakan di sini;
Nak tahu banyak carilah sendiri;
Banyak ditulis di sana sini..
No comments:
Post a Comment