FITNAH LEBIH BESAR DOSANYA DARIPADA MEMBUNUH?
Ramai orang apabila ingin memberitahu dosa bagi orang yang suka memfitnah, mereka membacakan ayat Al Quran Suroh Al Baqorkh iaitu :
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
“Dan, bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka daripada tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidi Al Harom, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu.
Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka.
Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.”
(Suroh Al Baqarah 2 : 191)
Benarkah maqsud fitnah di dalam ayat itu bermaqsud tuduhan?
'UIamak tafsir terkemuka, Imam Ath Thobari rohimahullah menyatakan bahawa, yang dimaqsudkan fitnah di sini adalah perbuatan syirik.
Sehingga, dikatakan bahawa syirik lebih besar dosanya daripada pembunuhan.
Imam Ath Thobari rohimahullah juga menjelaskan bahawa, asal ma'na daripada fitnah adalah al ibtilak dan al ikhtibar iaitu ujian atau dugaan.
Sehingga, maqsud ayat kata Ibnu Jarir Ath Thobari rohimahullah,
وابتلاء المؤمن في دينه حتى يرجع عنه فيصير مشركا بالله من بعد إسلامه، أشد عليه وأضر من أن يقتل مقيما على دينه متمسكا عليه، محقا فيه
“Menguji seorang mukmin dalam agamanya hingga dia berbuat syirik kepada Allah selepas sebelumnya beragama Islam, itu lebih besar dosanya daripada memberikan bahaya dengan membunuhnya sedangkan tetap terus berada dalam agamanya.”
Terdapat riwayat dari Muhammad bin ‘Amr, telah menceritakan dari Abu ‘Asim, telah menceritakan dari ‘Isa bin Ibnu Abi Najih, dari Mujahid, beliau berkata mengenai ayat “fitnah lebih parah daripada pembunuhan”,
“Membuat seorang mukmin kembali menyembah berhala (murtad) lebih dahsyat bahayanya dibandingkan dengan membunuhnya.”
Imam Qotadah rohimahullah juga menyatakan,
“Syirik lebih dahsyat daripada pembunuhan.”
Ar Robi’ dan Adh Dhohak rohimahumAllah mengungkapkan hal yang sama seperti Imam Qotadah rohimahullah.
Ibnu Zaid rohimahullah menyatakan bahawa, yang dimaqsudkan fitnah di dalam ayat adalah fitnah kekafiran (iaitu membuat orang menjadi kafir).
(Tafsir Ath Thobari, 2 : 252 - 253)
Wa Allahu A'lam.
No comments:
Post a Comment