Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, February 20, 2015

Cara Nafi Dan Ithbat Dalam Syahaadah


Mlm ni kuliah usuluddin, syarah ummul-baraheem,
Bab esa ( wahdaniah)
Tadi tok guru ada sebut, cara nafi dan ithbat kalimah لاإله الا الله
Kalau nafi baharu dengan qadim (Allah) maka syahaadah tu tak sah
Seperti katanya Tiada tuhan selain Allah, dia (seseorang) maksudkan "Tuhan" itu seperti tok pekong dan batu berhala, maka syahaadah itu tak sah.
Kita wajib / mestilah nafikan tuhan sebenar, bukan makhluq !
Nafi ithbat yg betul ialah :
Tiada tuhan yg sebenar benarnya yg berhak disembah, (yg ujud, yg sedia, kekal, tuhan yg tiada serupa suatupun, berdiri ia dgn sendiri,yg esa (tunggal pd zat &sifat) berkuasa ia, berkehendak, ilmu, hidup, mendengar, melihat dan berkata kata) melainkan Allah sahaja)
Saya dah banyak kali terjumpa beberapa kawan dan sahabat buat perkara salah sebegini..... ..
tolong berbetul semula...
Penerangan yg mudah :
org tanya kita, kamu ada berapa buah rumah . Kita jawab mana ada rumah lain selain yg dok ada nih
** rumah yg kita nafi itu ialah rumah sebenar ***

No comments: