Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, February 28, 2015

Dr Maza Qunut Dan Wahabi

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153180158017990?comment_id=10153180227927990&ref=notif&notif_t=like

Qunut dan Wahabi
Seseorang bertanya saya: "apakah betul takrifan bahawa seseorang yang tidak baca qunut subuh itu wahabi?".
Saya berkata: "apakah saudara bersetuju menyatakan selain dari mazhab Syafii semuanya wahabi? Kalau begitu dunia ini kebanyakan wahabi terutama kaum muslimin di India, Pakistan, China dan lain-lain yang bermazhab Hanafi. Demikian Mekah, Madinah, Saudi, Qatar dan lain-lain yang bermazhab Hanbali mereka juga tidak qunut. Apakah semua mereka sesat? Apakah imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabi sesat? Apakah umat Islam selama ini solat di belakang di belakang orang sesat?
Kata dia lagi: "Tapi wahabi marah orang qunut. Sedangkan itu masalah khilaf sahaja".
Saya jawab 'tolong beri contoh orang qunut kena marah. Apa yang saya nampak dalam surat khabar orang yang tak qunut yang kena marah dengan orang qunut dan dituduh sesat lagi. Kalau masalah khilaf kenapa tuduh sesat'.
"Habis tu, wahabi itu apa?" Tanya dia lagi.
Jawab saya: "Wahabi ialah orang yang suka tuduh orang lain wahabi".

No comments: