KEHEBATAN FADHILAT MEMBACA SURAH AL
IKHLAS
Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan
membaca Surah Al-Ikhlas ini.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya
memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan
kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang
dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas
adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran
dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita
mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah
ini secara terusan
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali,
dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala
orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala
orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah
memberinya sebuah istana dalam syurga.”
(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya,
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia
tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya
dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu
sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas
yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan
di dunia dan akhirat.
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas
setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri.
Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit
(Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya
satu mahligai indah dalam syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan
sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya
kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada
si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli
kubur di situ.”
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh
maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama
sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’
sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah
maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba
Subuh dan Asar berikutnya.
Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi
10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali
pada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan
insyallah ada rezekinya pada hari itu.
Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk
orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari
kuburnya terus ke syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak
mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman
yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan
kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh
50 tahun.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai
hutang dengan manusia, nescaya dituliskan
baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya
yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali
sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan,
nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku,
pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke
dalam syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala
seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali,
nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan
ditempatkan di dalam syurga.”
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun
membeli dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa yang
mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah
menebus dirinya dari neraka.”
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh
dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah
akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
”Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT
daripada orang yang membelanjakan 200 ekor
kudanya untuk perang sabilillah.”
Bacalah surah ini sebelum anda memulakan apa-apa
saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah
iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari
keluar umpama cacing kepanasan.
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka
Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang
yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya,
Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia
menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti
pahala syuhada.”
Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali
ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari
kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya.
Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a.,
bahawa beliau mengadu kepada Baginda
Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan
hidup yang dialaminya.
Maka sabda Baginda s.a.w: “Apabila engkau hendak
masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang
ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah
salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.”
Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama
kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga
jiran-jiran disekitar rumahnya.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas
sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan
dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada
anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
** Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi
salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak
membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya
(kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika
selesai dari makan.”
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu,
kemudian bacalah doa berikut :
(untuk menundukkan Orang Zalim)
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas
dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan)
yang zalim itu.”
Supaya ditunaikan segala hajat, melunaskan segala
hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak,
mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat
sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat
yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama :
Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua :
Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga :
Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat :
Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas
sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali,
Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata
illa billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian
dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.
Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada
bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan
dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit InsyaAllah segera sembuh.
Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini
ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat
kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari
Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan
sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian shirat
Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”
Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda
membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah
An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan
ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak
3 kali oleh Baginda SAW.
Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq
dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari
dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan
dari segala kejahatan.
Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq
dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat,
nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala
sehinggalah ke Jumaat yang berikutnya.
Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau
hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan
membaca surah Al-ikhlas.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:
“Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya
telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh
antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun
perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib).
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah
mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata
mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca
surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas
Rasulullah SAW bertanya :”Herankah kamu, sahabat2ku ?
Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.” Beliau
melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,
“Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S. “Allahush
Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam
Yulad”
tertulis disayap Izrail A.S . “Walam Yakun Lahu kufuan Ahad”
tertulis disayap Israfil A.S. Maka barangsiapa diantara
ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya
dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat,
Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya
lagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka
menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas beliau
bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,
“Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar
Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar
Al-Faruq. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening
Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad
” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa
membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala
Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad
s.a.w:
“Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali,
maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah,
maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit
dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah
menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu
100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu
kesanggupan kita sehari.”
Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa
seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya
perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah
anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat
anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam
ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria
di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu
kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam
neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam
syurga pula?”
Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat
kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan
pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya
ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”
Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah,
engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat
perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi
membelamu nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua
orang mukmin rela kepadamu, dan 4. Kerjakan Haji dan
Umrah.” Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan
Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Shalat, Aisyah
pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku,
Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara
yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu
ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila
engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali),
maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan
Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku
dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti
akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila
engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka
tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan
apabila engkau membaca “Subhanallah,
Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar,
maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan
Haji dan Umrah.”
Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam
mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung
jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan
Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya :
” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka
menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang
sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya
tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan
hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun
datang seraya berkata : “Hai Muhammad, Allah berkirim
salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus
Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan
hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia karena dian sudah
diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut
menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah
pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya :
” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “?
Jibril menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, karena
setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.”
Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah
dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan
barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali
dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya
sebelum mati.
Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda
yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu
Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana
didalam syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali,
dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga.
Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah
untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab
berkata: ” Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah
istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda :
“Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi
Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.
Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul
Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa
membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati.
Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan
jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya
12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga.
Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya
(dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah
dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan
dosanya 100 tahun. Jika dibacanya 1000 kali, niscaya
sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya
tempatnya dalam syurga.”
Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa
Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000
Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan
jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah
Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :” Jibril,
apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.?
Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat
membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri,
duduk, ruku’ dan berjalan.”
Sekian, selamat beramal.
No comments:
Post a Comment