Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, November 12, 2019

PENJELASAN AQIDAH IBNU TAIMIYAH

Bismillahhirrahmanirrahim.
الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والجسم ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلــه وصحبه ومن والاه
Assalamualaikum.

Para Pembaca,
Ini saya jumpa satu lagi blog yang mendedahkan kesesatan wahabi; walaupun alamat blog tersebut agak pelik, tetapi maklumat tersebut insya Allah boleh manfaatkan kita.
Saya sudah edit[1] sedikit sebanyak dalam artikel di bawah; salah dan silap, saya amat berharap keampunan dan rahmat daripada Allah SWT yang Maha Esa dan Maha Penyayang ke atas hamba-hamba Nya.
Antara Perkara Yang Dijelaskan:
1.      Penjelasan Aqidah Ibn Taimiyyah.
2.      Pandangan Ulama’ ASWJ dalam Menafikan Tempat Bagi Allah.
3.      Hukum Bagi Mereka Yang Menetapkan Tempat Bagi Allah.

Awas inilah bukti-bukti yang dipaparkan untuk membongkar kesesatan mereka(wahabi mujassimah)! Di sini dinukilkan sedikit kata-kata IBNU TAIMIYYAH yang membuktikan akidahnya yang tersasar dari akidah Ahli sunnah Waljamaah. Aqidah Ibn Taimiyyah ini Di petik daripada kitab Sharh Al-Akidah Al-Wasatiyyah, karangan Al–Allamah Muhammad Khalil Harras yang telah disebarkan oleh Arif[2] ex-UIA. Cetakan Mu’sasah Al- Haramayn Al- Khayriyyah Riyadh 2003.

Antara Aqidah Ibn Taimiyyah:
1.      Wajib ke atas setiap orang-orang yang beriman mengimani segala apa perkara yang dinisbahkan oleh Allah terhadap dirinya daripada segala perbuatan yang berhubung dengan zat-Nya seperti; bersemanyam di atas Arasy, hadir, datang dan turun ke langit dunia, ketawa, reda, murka serta benci.(m/s 150)
2.      Tafsiran salah Surah Al-Ikhlas,bahawa Allah disifatkan oleh rasul-Nya bahawa Allah turun ke langit dunia, pada setiap malam dan menghampiri orang-orang haji di padang Arafah. Ahlu Sunnah Wal Jamaah beriman dengan turun-Nya Allah itu sebagai satu sifat yang hakiki bagi Allah mengikut cara yang Allah kehendaki. Rasulullah S.A.W  menceritakan bahawa Allah itu turun  dan Rasullullah tidak pula menceritakan  caranya. (m/s 158)
3.      Mengithbatkan(menetapkan) sifat muka bagi Allah. Kesemua nas-nas menafikan takwil golongan pelampau yang mentafsirkan muka dengan  makna pahala atau zat.(m/s 92)
4.      Allah datang serta turun dan hampir(dekat) sedangkan Allah berada di atas Arasy-Nya dan nyata daripada makhluk-Nya. Maka semua merupakan hakikat perbuatan Allah Subhanahu wa Ta’ala. (m/s 91)
5.      Allah Ta’ala menyeru Nabi dengan suara-Nya, begitu juga menyeru Nabi Adam & Hawwa, menyeru hamba-hamba-Nya di hari kiamat dengan suara dan segala wahyu-Nya dengan suara.
Terbuktilah dengan ‘iktiqad(Aqidah) yang di bawa oleh Ibnu Tamiyyah itu menyebabkan dia terjerlus(terjatuh dan terjerumus) ke  lubang  kesesetan dan kekufuran.
Wahai kaum  muslimin ketahuilah (penyakit dan kesesatan) yang dibawa oleh Ibnu Tamiyyah ini akan (sudah) mengjangkiti pegangan iktikad Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Di sini  saya akan membuktikan kepada golongan muslimin sekalian dengan dalil-dalil   daripada ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal Jammah muktabar yang menolak dan mengtahzirkan(memberi amaran) dengan iktikad yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah membawa kepada kekufuran.

Berikut adalah senarai-senarai dalil-dalil tersebut:

Dalam hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari, Rasulllalah S.AW Bersabda: Terjemahannya: Adalah Allah itu tidak menyerupai dengan sesuatu makhluk. Kesimpulan hadis ini: Membuktikan dan menjelaskan bahawa kewujudan Allah tidak memerlukan kepada tempat, barangsiapa yang menyatakan Allah wujud dengan bertempat, maka dia telah membayangkan ada sesuatu yang lain daripada sifat-Nya yang azali. ‘Iktiqad seperti berikut sudah tentu membawa kepada Syirik.

Kata-kata Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang menafikan bahawa Allah mempunyai dab bertempat Tempat:

Kata- kata Ulama’ Zaman Salaf:
1.      Saidina Ali Bin Abi Talib Radhiyallahhu’anhu: Saidina Ali berkata sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur Al –Baghdadi: Terjemahannya: “Sesungguhnya (Allah) telah ada dan tiada tempat ketika itu, dan bahawa Allah wujud Sekarang seperti mana keadaan asal Nya; iaitu (tanpa bertempat dan tanpa memerlukan tempat)”
2.      Dan Saidina Ali Bin Abi Talib Radhiyallahhu’anhu berkata lagi: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mencipta Arasy untuk menzahirkan kekuasaan-Nya(Qudrat Allah), dan tidak sama sekali menjadikan(mengambil) arasy sebagai tempat untuk zat-Nya.
3.      Imam Muhammad Bin Idris As-Syafie Radhiyallahu’anhu: Tafsiran Kata Imam As-Syafie “Dalil untuk itu (tiada bagi Allah itu tempat) ialah bahawa Allah telah Ada  dan tempat itu tiada, lalu  dia menciptakan tempat dan Dia masih  bersifat Azali sama seperti dahulu  sebelum terciptanya tempat, dan tidak boleh berlaku Perubahan ke atas zat-Nya dan tidak berlaku pertukaran ke atas sifat-Nya.
4.      Imam Abu Ja’far Al-Thohawiy Radhiyallahhu’anhu berkata: maknanya “Allah tidak berada di salah satu daripada arah yang enam(atas, bawah, belakang, kiri, kanan) seperti sekalian makhluk.

Kata-kata Ulama’ Zaman Khalaf:
1.      Imam Abdul Al-Qahir Bin Tohir Al-Baghdadi Rahimahullah dalam kitabnya yang berjudul Al-Farqu Bainal Firaq berkata: Maknanya “Mereka (Ahlus Sunnah Wal Jamaah) telah berijmak bahawa Dia (Allah) tidak bertempat.”
2.      Imam Al-Baihaqi Rahimahullah; salah seorang daripada ulama hadis yang terkemuka dan masyhur: dalam kitabnya Al –Asma ‘wal Sifat: terjemahan yang kata-kata Imam yang bermaksud: Sebahagian sahabat kami(Ahlus Sunnah Wal Jama’ah) menafikan tempat bagi Allah dengan berdalilkan Kata-kata  Rasullullah SAW “Engkaulah Al-Zohir yakni zahir di atas setiap Sesuatu dengan penguasaan dan kekuatan & kemenanagan.
3.      Al-Hafiz Ibnu Al-Jauzi Al –Hanbali Rahimahullah; antara ulama terkenal dalam mazhab Hanbali Menyatakan: maksudnya, Sesungguhnya telah sabit di sisi ulama bahawa Allah Taala tidak dikandung oleh langit, bumi dan berada di bahagian-bahagian Tertentu.

Hukum orang yang beriktikad Allah mempunyai tempat.
1.      Imam Ja’far Al-Sidiq Radhiyallahuhu’anhu; Imam Ja’far Al Sadiq Radhiyallahu’anhu (Wafat 94H) berkata: Maksudnya: “Barangsiapa yang mendakwa bahawa Allah berada pada sesuatu, atau daripada Sesuatu atau berada di atas sesuatu ,maka sesungguhnya dia telah syirik . Jika (Allah) berada pada sesuatu maka Allah terbatas, jika (Allah) berada di atas sesuatu Maka (Allah) dikandung, jika Allah daripada sesuatu maka Allah sama seperti Makhluk. Nauzubillahhiminzalik.
2.      Syaikh Mulla Ali Al-Qari Rahimahullah; (Wafat 1014H) berkata: Maksudnya: “Begitulah juga dengan sesiapa yang menyatakan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu jisim atau bagi-Nya tempat dan dan berlalu(peredaran) ke atas-Nya masa  dan Seumpamanya itu maka Dia Kafir kerana tidak sabit baginya hakikat iman.
3.      Al-Allamah Al-Hamman Al-Syaikh Nizam Rahimahullah: Di dalam kitab Al-Fatawa Al Hindiyyah disebutkan: maksudnya “Dan jadi kafir Dengan mengisbatkan tempat bagi Allah.

Tambahan Daripada BankWahabi Tentang Hukum Kafir Bagi Mereka yang Beraqidah Tajsim: Kafir Tanpa Penafian Jika Keluar Kata-Kata Yang Shorih(Jelas); dan Sesiapa Yang Meredhoi(Redha), atau Berdiam Diri Seperti; Tawaqquf, Sedangkan Tahu, Jelas dan Yakin Bahawa Kata-Kata Tersebut Menjatuhkan Si Fulan Tersebut Keluar Daripada Islam; Ini Bermakna Dia Redha Atas Satu Kekufuran.

Demikianlah penjelasan daripada ulama’ ASWJ, bagi mereka yang menisbahkan diri kepada ASWJ; Bertaqwalah kepada Allah SWT dan Berkatalah benar walaupu ianya pahit(walau kana murran).

Wassalam.

No comments: