SELAWAT SYIFA' ADALAH SYIRIK MENURUT AJARAN WAHHABI
Penganut wahhabi memang amat mudah menghukum kafir dan syirik tanpa hak terhadap ulamak dan umat Islam. Mereka sahaja yang benar dan yang tidak mengikut ajaran mereka yang kononnya berdasarkan al Quran dan hadis pasti akan dituduh syirik, kafir, ahli bid'ah sesat masuk neraka.
Siapakah penganut Wahhabi yang menyatakan amalan ini SYIRIK dan BERCANGGAH AQIDAH ISLAM ?
1. Azwira Aziz - Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi Ajk Fatwa Perlis
https://youtu.be/Kf9qr45LtGM
2. Masri Ramli - penganut wahhabi di UIAM (pelik bila ada ustazah terkenal pun jadikan penganut wahhabi takfiri ni sebagai rujukan )
3. Asri Zainal Abidin - Muftin Wahhabi Perlis dan memfatwakannya Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis, Suara al-Sunnah, Bil. 1 April 2007
https://youtu.be/J0Qu0d76cp8
4. Nawawi Subandi - wahhabi tegar dan merupakan anak murid Rasul Dahri serta rakan Fathul Bari, Fadhlan Othman dalam UMNO.
Siapakah antara Ulamak Islam yang mengamalkan Selawat Syifa' ?
1. Almarhum Dr Wahbah Az Zuhaili - Ulamak Islam terkenal Syria yang menyusun Tafsir al Munir, kitab feqh terkenal Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu
https://youtu.be/3a_FTLJfmjM
2. Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al Maliki - Ulamak Makkah al Mukarramah
Selain itu
3. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din diamalkan dan diajarkan kepada perawat Islam Darussyifa'
https://youtu.be/_9ZiBnzwFQE
4. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz - dijadikan wirid setiap pagi Jumaat dan diajarkan kepada umat Islam.
https://youtu.be/d0siMm5i6QE
Dan ramai lagi
Antara jawapan dan penjelasan mengenai selawat syifa' melalui sandaran al Quran, hadis serta berdasarkan ilmu nahu sorof :
1. Dr Khafidz Soroni
https://sawanih.blogspot.com/2010/12/selawat-syifa-kekeliruan-berterusan.html?m=1
2. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din
http://sabilurrosyad.blogspot.com/2011/05/penjelasan-tentang-selawat-syifa.html?m=1
3. al-’Allamah Sayyid Muhammad ’Alawi al-Maliki yang disajikan dalam buku wiridnya, Syawariq al-Anwar min Ad’iyah al-Sadah al-Akhyar, hlm. 95.
4. Ustaz Azhar Idrus
https://youtu.be/-5v3G9pX0ZA
Contoh selawat yang disusun oleh para salafussoleh :
https://jomfaham.blogspot.com/2014/01/contoh-selawat-selawat-yang-direka-oleh.html?m=1
Apakah bahayanya ajaran Wahhabi yang mudah mensyirikkan dan mengkafirkan ulamak dan umat Islam ?
Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "
Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).
Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
P/S : Kepada umat Islam berhati-hatilah dan jauhilah ajaran sesat Wahhabi dan yang bercanggah dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah seperti syiah, mujassimah, karamiyyah, liberal, anti hadis etc. Sebar-sebarkan.
No comments:
Post a Comment