[ Ahlus Sunnah Vs Wahhabi ]
Wahabi : ini tak boleh buat ... Nabi tak pernah buat.. sesat!
Ahlus Sunnah : benda ini harus buat, ulama' dah terang panjang lebar.
Wahabi : ulama' tak maksum .. jangan taksub
Ahlus Sunnah : Iye ulama' memang tak maksum, ulama' rujukan kamu pon tak maksum!
Wahabi : Tapi ulama' kami merujuk kepada al Quran dan Hadis.
Ahlus Sunnah : Habis tu, kamu ingat ulama' kami merujuk kitab bible, injil, zabur, taurat? rujuk al Quran dan Hadis jugak la!
Wahabi : Susah kalau dah taksub .. taqlid membuta tuli.
Ahlus Sunnah : kamu pun taksub .. taqlid membuta tuli
Wahabi : Maaf, saya tak jumpa dalil amalan kamu.
Ahlus Sunnah : ada jer ... Cari lah dalam kitab-kitab ulama’.
Wahabi : kitab apa? muka surat berapa? cetakan maner..?
Ahlus Sunnah : Kamu mengatakan hal itu bidaah, bagi juga keterangan dari kitab mana, muka surat berapa, cetakan mane..
Wahabi : Hadith nabi saw .. tentang perkara baru dalam agama adalah bidaah
Ahlus Sunnah : Okay. bidaah tu ape?
Wahabi : bidaah adalah perkara baru yang tiada di zaman Rasulullah saw. sape yang buat, maka tertolak
Ahlus Sunnah : siapa beri takrif tentang bidaah tu.?
Wahabi : syaikh bla....bla........
Ahlus Sunnah : Oh. kate ulama' tak maksum. kenape ikut takrif yang ditentukn ulama'? erm... kami belajar bidaah ada dua, bidaah hasanah dan dhalalah.
Wahabi : Bidaah hanya satu, sesat. tiada bidaah baik/hasanah!
Ahlus Sunnah : Main FB pon bidaah la .. Sebab tiada di zaman Rasulullah.
Wahabi : Inilah salah faham terbesar. FB bukan ibadah. FB perkara dunia, bidaah dunia takpe. bidaah dalam ibadah tak boleh ... apa jua tambahan dalam ibadah adalah sesat!
Ahlus Sunnah : tadi kamu kata, bidaah hanya satu. takde hadis tentang pembahagian bidaah ... pastu kamu membahagikan bidaah kepada dua pula, bidaah dunia .. bidaah ibadah. ada hadis nabi kata begitu?
Wahabi : Nabi sebut, urusan agama dikembalikan kepadaku, adapun hal dunia, kamu lebih tahu!
Ahlus Sunnah : dalam hadith tu, nabi tak sebut pon tentang pembahagian bidaah kepada dunia dan agama/ibadah.
Wahabi : berdasarkan faham
Ahlus Sunnah : Saya nak tanya, wakaf ... ibadah kan?
Wahabi : Ya, ibadah.
Ahlus Sunnah : Wakaf al-Quran, takde zaman Nabi, so, ia bidaah yang sesat atau baik?adakah kamu mahu katakan ia sesat. kalau kamu kata ibadah takde tambahan, maka sesat la wakaf alquran hari ni. semalam aku tengok kamu pergi wakaf al-Quran. camne tuw? atau kamu mahu kata, wakaf bukan ibadah, wakaf adalah perkara dunia, so boleh tambah2?
Wahabi : Baik. apa pendapat kamu ... Asal sesatu perkara adalah harus selagi tiada dalil mengharamkan. kalau begtu, boleh la tambah rakaat subuh jadi 3 rakaat. Sebab tiada dalil yang mengharamkannya.
Ahlus Sunnah : Pernah tengok orang solat subuh 3 rakaat?
Wahabi :Tak pernah lagi setakat ni. W/A. Namun ia kaedah yang bahaya!
Ahlus Sunnah : Memang lah orang tak solat subuh 3 rakaat, sebab orang semua faham kaedah. Orang yang kamu tuduh sebagai ahlul bidaah tak pernah pon solat subuh 3 rakaat. kamu tahu tak kenapa?
Wahabi : kenapa?
Ahlus Sunnah : Sebab orang faham, ibadah tu ada dua. satu yang khusus, satu lagi ibadah umum. ibadah khusus seperti solat ... Memang telah dijelaskan oleh nabi saw tentang berapa rakaat, waktu dan kaifiat. memang tak boleh nak tambah2. adapun ibadah umum, seperti zikir, selawat, tasbih, terserah nak buat berapa banyak, waktu mana .. Kerana tiada dihadkan dan tiada tegahan. contoh lagi. berjabat tangan tidak ditentukan masa, maka bila2 boleh buat. so, kat malaysia ni, biasa orang jumpa di masjid. so, lepas solat orang bersalaman. ini harus, kerana tiada tegahan selagi tiada mengatakan bersalam selepas solat adalah sebahagian dari ibadah solat. sepatutnya hal ini tak menjadi isu. Takkan jumpa orang selepas solat, nak senyum2 jer ... jeling2 .... bersalam la..
Wahabi : ia haram kerana mengkhususkan selepas solat
Ahlus Sunnah : Nak tanya, bersalam selepas solat tu ... adat ke ibadah?
Wahabi : Orang menganggapnya ibadah
Ahlus Sunnah : Mana ader orang anggap ia ibadah. adat je la. so, bila adat, adat yang tidak bercanggah dengan syariat, maka ia harus. nabi pon kata, adat (yang tidak bercanggah) memberi hukum. kamu kata bidaah dalam ibadah je haram ... ini bidaah dalam adat. ke nak tambah lagi bidaah dalam adat.
Wahabi : Saya tetap berpegang, bahawa apa yang nabi tak buat maka ia haram. kan senang, buat apa yang nabi buat ... tinggalkan apa yang nabi tak buat.
Ahlus Sunnah : Mana kamu rujuk ni, sedangkan Allah Taala berfirman: “Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul (Muhammad) maka ambillah ia dan apa sahaja yang dia larang maka hindarilah ia”. (Surah al-Hasyr: 7). Allah tak bagitau, apa nabi buat, maka ambilah, dan apa sahaja yang tak dibuat oleh Rasul, maka hindarilah....
Wahabi : Ah sama jer tuw!
Ahlus Sunnah : Tak sama ... lafaz arabnya pon dah beza. faham disitu, apa yang nabi saw bawa, kita ikut, apa yang nabi larang, maka jangan buat. maka disana ulama' membahaskan disana ada perkara yang nabi tak suruh ... dan nabi jua tak larang. perkara tengah2 tu adalah harus selagi tidak bercanggah dengan dalil umum. mengadakan majlis selawat beramai2, tidak haram kerana tidak bercanggah dengan dalil umum, iaitu suruhan supaya banyak selawat kepada nabi saw, dan tiada dalil jelas mengharamkan. maksud saya, tiada la semua perkara tengah2 tu boleh belaka ... harus dikaji dalam dalam ilmu fekah dan Usul.
Wahabi : ......................................
Ahlus Sunnah : Sudah la sedara, usah sibuk nak sesatkan orang ..... Tanda orang berilmu, kurang celaannya pada orang. dah jom solat maghrib berjemaah ... Nabi saw, tak pernah tinggalkan solat jemaah. asyik solat sorang jer tuw ... tak bidaah ke. hehe..
Wahabi : ...................................(masih terdiam)
Sekian. Moral of the Story :
1-Jangan kita baca buku hadith, terus mahu jadi ahlul hadith.
2-Jangan kita baca buku hadith, rasa macam kita ja tahu ilmu hadith .. Orang lain tak belajar.
3-kalau tak reti beza lagi hadis mudhu' dan hadis dhaif, pembahgian hadis dhaif, sebab2 kedhaifan ... apa itu dhaif fil matni, dhaif fil sanad, baik belajar!
4- Ingat pesan Sayydina Umar r.a : "Belajar sungguh2 sebelum kamu menjadi ke hadapan"
5- Berdebat guna modal..."apa dalil?" memang mudah. tapi kalau kamu tak faham apa itu dalil, istidlal, qawaid fiqh, usul fiqh ... Terang pon tak akan faham jugak!
6- Pertahankan hujah ... hanya sebut "hadis tu dhaif". didhaifkan bla...bla.... memang mudah hujah gitu. tapi ingat, bila disebut .. didhaifkan oleh si pulan ... maka hadis tu boleh jadi dihasan oleh si pulan .... Penentuan status hadis, hadis itu sohih, atau hasan atau dhaif ke ... jua perbezaan di kalangan ulama' dan antara punca perbezaan pendapat dikalangan imam mazhab. ini baru jumpa keterangan hadis tu dhoif ... Terus perasan jadi ahlul hadis.
7- Bila guna hujah ulama', ulama tak maksum ... bro, yang susun ilmu hadis, mustolah dan bagai2 pun ulama'. Yer .. memang ulama' tak maksum. Tapi kamu jauh lagi tak maksum. So, dari kami dengar hujah orang yang jauh tak mksum ... Baik kami dengar hujah orang tak maksum.
8- Nabi saw hanya menyebut tentang bidaah secara umum. Nabi tak pernah hurai secara terperinci. oleh kerana itu, berlaku perbezaan tafsiran dikalangan ulama' tentang bidaah. maka ketahuilah, kita berbalah perkara yang diperselisihkan. kamu nak pegang cara kamu, peganglah, kami nak pegang tafsiran ulama' kami.
9- Golongan begini sangat marah bila dilabel wahabi, tetapi mereka suka melabelkan orang ahlul bidaah takpa pulak??!!
berlapang dadalah ... Belajarlah pandangan2 yang berbeza. Islam bukan hak mutlak khusus ulama' aliran Wahabi. Baca lagi perbahasan ulama2 lain. mengatakan ulama' lain tidak ada dalil, satu tuduhan berat. berlapang dada dalam perbezaan pendapat adalah sifat para sahabat dan para salaf.
No comments:
Post a Comment