10 KESALAHAN DALAM 3 MINIT
(Video Muhaimin Hasnuden)
(Video Muhaimin Hasnuden)
[PERTAMA]
Kesalahan memahami kaedah “buat perkara baik apa salahnya”. (Minit 0.11)
Inilah contoh daripada kata para ulama:
كلمة حق اريد بها باطل
“Perkataan yang benar tetapi dikehendaki dengannya yang salah”
كلمة حق اريد بها باطل
“Perkataan yang benar tetapi dikehendaki dengannya yang salah”
Orang yang mengatakan “buat perkara baik apa salahnya”, mereka berkata demikian kepada perkara-perkara yang tidak menyalahi pada syarak seperti sambutan maulidurrasul. Yang mana, hal ini dibolehkan oleh ramai ulama-ulama Islam kecuali orang-orang jahil.
Perkataan itu tidaklah digunakan untuk membolehkan perkara yang menyalahi pada syarak seperti solat subuh 3 rakaat, puasa sepanjang tahun dan mengerjakan haji di KLCC. Kalau yang ini, memang jelas menyalahi syarak.
[KEDUA]
Kesalahan kisah Ibnu Umar menegur orang yang menambah solat dua rakaat selepas solat Subuh. (Minit 0.18)
Kesalahan kisah Ibnu Umar menegur orang yang menambah solat dua rakaat selepas solat Subuh. (Minit 0.18)
Kami tidak menjumpai satu hadis yang mana Ibnu Umar menegur perkara ini, memang benar ada Ibnu Umar menegur perkara lain, tetapi tidak dalam hal ini.
Mungkin si dia boleh buat video satu lagi untuk menjelaskan lafaz hadis itu, daripada kitab apa dan apa darjatnya.
[KETIGA]
Kesalahan memahami kisah Ibnu Umar tersebut. (Minit 0.32)
Kesalahan memahami kisah Ibnu Umar tersebut. (Minit 0.32)
Sekiranya benar ada kisah itu dalam hadis, maka illah nya lansung tidak sama kerana menambah solat dua rakaat adalah dilarang jelas dalam hadis, seperti berikut:
لا صلاة بعد الصبح حتى تطلع الشمس
“Tiada solat selepas solat Subuh sehingga terbit matahari” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
“Tiada solat selepas solat Subuh sehingga terbit matahari” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
Oleh yang demikian, perbuatan yang dilarang Ibnu Umar itu benar-benar perkara yang menyalahi sunnah kerana berlawanan daripada hadis Nabi. Sedangkan sambutan Maulidurrasul tiada larangan.
[KEEMPAT]
Kesalahan pada dakwaan Brelwi ulama bermazhab Malik. (Minit 1.01)
Kesalahan pada dakwaan Brelwi ulama bermazhab Malik. (Minit 1.01)
Ini jelas salah kerana telah masyhur Brelwi lebih cenderung ikut mazhab Hanafi. Macam mana nak cakap agama tapi basic macam ni pun salah?
[KELIMA]
Kesalahan pada dakwaan Brelwi mengatakan Maulidurrasul adalah tercela. (Minit 1.05)
Kesalahan pada dakwaan Brelwi mengatakan Maulidurrasul adalah tercela. (Minit 1.05)
Di sini lagi sekali kesalahan fatal kerana fatwa rasmi Brelwi adalah membolehkan sambutan Maulidurrasul.
Walaupun, ada beberapa hal yang tidak benar dalam sambutan mereka dan kami tidak menyokongnya, namun di sini kami hanya ingin menunjukkan kesalahan yang tercela dalam ucapan si dia.
[KEENAM]
Kesalahan pada dakwaan sambutan Maulidurrasul sesat. (Minit 1.10)
Kesalahan pada dakwaan sambutan Maulidurrasul sesat. (Minit 1.10)
Jika ini suatu perkara yang sesat, maka adakah ulama yang menggalakkannya dianggap orang yang menggalakkan kepada kesesatan?
Sedangkan ramai ulama yang menggalakkannya seperti Imam Asy-Suyuthi dalam Al-Hawi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Al-Fatawa, Imam Az-Zarqani dalam Syarah Al-Mawahib, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Abu Syamah (guru Imam Nawawi) dan ramai lagi.
Adakah mereka sesat sedangkan Nabi shalallahu alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَجْمَعُ أُمَّتِي عَلَى ضَلَالَةٍ
“Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan umatku sepakat di atas kesesatan” (HR. at-Tirmidzi)
إِنَّ اللَّهَ لَا يَجْمَعُ أُمَّتِي عَلَى ضَلَالَةٍ
“Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan umatku sepakat di atas kesesatan” (HR. at-Tirmidzi)
Ramai ulama yang bersetuju dengan sambutan Maulidurrasul, adakah ulama ini sepakat di atas kesesatan atau anda yang tidak berada di atas kebenaran?
[KETUJUH]
Kesalahan pada pertanyaan adakah kita patut berarak atau berpuasa. (Minit 1.34)
Kesalahan pada pertanyaan adakah kita patut berarak atau berpuasa. (Minit 1.34)
Umat Islam menyambut maulidurrasul melalui pelbagai cara. Ramai yang berpuasa sunat kerana hadis Nabi tersebut. Pada masa yang sama menyambutnya setahun sekali.
Umat Islam kita tidak begitu strict pada tarikh tersebut. Jelas terlihat apabila masjid-masjid menyambutnya pada hari lain yang sesuai dengan masa mereka. Oleh itu tidak timbul isu ini. Yang pasti tiada orang sambut Maulidurrasul sehari sahaja kerana mereka juga berpuasa hari isnin, sambut Maulidurrasul dan mengamalkan sunnah Nabi.
Berkaitan dengan berarak, mereka tidak menganggap sebagai ibadah khusus melainkan ia merupakan cara untuk menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah. Setiap sahabat mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah, maka asalkan cara itu tidak menyalahi syarak, tidak ada halangan untuk mengamalkannya.
Kita tidak perlu bagi solusi lain kerana jika solusi itu diadakan berterusan, lama kelamaan spesis kamu akan bangkang juga. Oleh itu tiada keperluan untuk mengubah perkara yang bukan maksiat seperti ini.
[KELAPAN]
Kesalahan pada dakwaan ada beberapa bahagian di dunia ini menyambut Maulidurrasul dengan potong kek. (Minit 1.40)
Kesalahan pada dakwaan ada beberapa bahagian di dunia ini menyambut Maulidurrasul dengan potong kek. (Minit 1.40)
Kami juga hairan, apakah kesalahan daripada potong kek tersebut. Jika benar ada kesalahan pada kepercayaan mereka, maka yang perlu dibetulkan kepercayaan tersebut bukannya habis semua perkara nak disalahkan.
Jika dikatakan dengan memotong kek itu, kita telah mengikuti amalan daripada agama lain, maka perlu dibuktikan ritual pemotongan kek ini adalah khusus ritual ajaran agama lain.
Sekiranya dapat dibuktikan benar, barulah dakwaan tersebut terpakai dalam hal ini. Larangan mengikuti amalan agama lain adalah larangan pada ritual atau kebudayaan khusus agama tersebut yang mana Nabi tidak mahu orang Islam mengikutinya. Dalam hal ini tiada sebarang kesamaan dengan agama lain melainkan ia perkara harus semata-mata.
[KESEMBILAN]
Kesalahan memahami hadis dua hari perayaan dalam Islam. (Minit 1.58)
Kesalahan memahami hadis dua hari perayaan dalam Islam. (Minit 1.58)
Hadis Nabi:
فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْراً مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ
فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْراً مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ
“Maka Allah telah mengantikan dua hari yang lebih baik untuk kamu: Hari Raya Fitri dan Hari Raya Korban” (HR. An-Nasaie)
Sambutan hari raya keagamaan mesti dibezakan dengan sambutan hari kegembiraan umum. Hal ini kerana hari raya keagamaan ada hukum khusus seperti solat hari raya, khutbah hari raya, takbir raya, larangan berpuasa dan lain-lain.
Yang jelas, golongan yang menyambut Maulidurrasul tidaklah menganggap ia hari raya seperti sangkaan jahat kamu. Mereka yang menyambutnya menganggap ia sebagai sambutan hari kegembiraan dan peringatan kepada kelahiran makhluk teragung di dunia. Hal yang sama seperti kita menyambut hari kemerdekaan, hari keputeraan YDPA, hari lahir sendiri, hari ibu dan banyak lagi.
Sambutan ini diadakan bukan sebagai perayaan keagamaan yang mempunyai tuntutan syarak khusus, melainkan ia disambut sebagai hari kegembiraan atau hari bersejarah. Dakwaan tersebut jauh terseleweng.
[KESEPULUH]
Kesalahan aplikasi hadis berikanlah hak jalan. (Minit 2.06)
Kesalahan aplikasi hadis berikanlah hak jalan. (Minit 2.06)
Hadis tersebut ialah:
فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا
“Berikan jalan itu haknya” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا
“Berikan jalan itu haknya” (HR. Al-Bukhari & Muslim)
Dakwaan berarak menganggu jalan adalah sangkaan jahat yang tidak berlaku dalam konteks negara kita di Malaysia.
Tiada orang berarak di Jalan Ampang sehingga menafikan hak jalan. Tiada orang berarak di MRR2 sehingga mengalami kesesakan jalan raya.
Orang ramai yang berarak telah menjaga haknya, tiada satu kes menyebabkan kesesakan atau kematian melainkan kenyataan itu adalah sangkaan jahat semata-mata.
Dakwaan tersebut juga adalah perbincangan di luar tajuk kerana jika hendak ditolak sambutan Maulid itu, maka mesti ditolak dari segi hukum taklifi pada penilaian ulama muktabar. Bukanlah dikaitkan sesuatu yang tidak berlaku untuk menimbulkan sangkaan buruk. Bahkan, perarakan itu bukanlah mahiyyah maulidurrasul.
[PENUTUP]
Akhir sekali, nasihat kami jika nak buat video, buatlah video yang membincangkan sesuatu yang daripada kepakaran kamu kerana jika membincangkan perkara kamu tidak tahu maka itu menzahirkan kejahilan sendiri. Menzahirkan kejahilan dengan cara itu adalah bidaah yang sebenar.

Pada kami lebih baik, kamu bincangkan isu ekonomi daripada agama kerana risau terpesong daripada kebenaran. Yang paling penting yang merasa diri sendiri sebagai ghuraba' kerana di akhir zaman ini orang yang claim dirinya ghuraba' pada hakikatnya golongan syaz, seperti sabda Nabi:
ومن شذ شذ في النار
"Sesiapa yang aneh, maka yang aneh itu akan masuk ke dalam api neraka" (HR At-Tirmidzi)
ومن شذ شذ في النار
"Sesiapa yang aneh, maka yang aneh itu akan masuk ke dalam api neraka" (HR At-Tirmidzi)
Disediakan oleh: Hafiz Al-Za'farani (HAZA)
No comments:
Post a Comment