Perkara yang perlu diketahui penuntut ilmu mengenai sifat bagi makhluk.
1. Jirim (جرم) iaitu sesuatu yang memerlukan ruang atau lapang. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. Jisim (جسم): sesuatu yang boleh dibahagi-bahagikan. Ianya juga terbahagi kepada dua bahagian:
• Kathif (كثيف): iaitu kasar seperti manusia termasuklah muka, tangan, mata, telinga, jari, tumit, kaki, dan juga pokok, bumi dan lain-lain.
• Lathif (لطيف): iaitu halus seperti cerah, gelap, cahaya malaikat, jin dan lain-lain.
ii. Jauhar Fard/Fird (جوهر فرد): sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagi kerana terlalu kecil seperti atom, molekul, proton, neuron.
2. ‘Aradh ialah sifat sesuatu yang baharu atau sifat sesuatu benda. Ia terbahagi kepada 4 bahagian:
i. Aina (أين): Tempat: di ‘Arasy, langit, bumi, 6 arah: depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah.
ii. Kaifa (كيف): Saiz: besar, kecil, tinggi. Perbuatan: bersemayam, turun, naik, datang, gerak, diam. Warna: putih, hitam. Keadaan: muda, tua, sejuk, panas.
iii. Mata (متى): Dilingkungi masa: dahulu, sekarang, akan datang, berubah.
iv. Kam (كم): Juzuk/lapisan badan yang terdiri daripada: roh, tisu, daging, tulang.
▪︎Maka kenal lah Dia, iaitu Allah. Dia wujud (ada) tetapi (bersalahan) tidak serupa dengan semua perkara diatas.
▪︎Ma Siwa Allah : Selain Allah adalah makhluk.
Firman Allah :
"Laisa kamitslihi syaiun wa huwas samii'ul bashiir"
"Artinya : Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura : 11)
*Mana salah dan silap mohon perbetulkan.
Wallahua'lam Bissowab
No comments:
Post a Comment