Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, March 26, 2016

Hujjah Menyanggah Dr rozaimi wahhabi pensyarah upsi yg sesat dari segi akidahnya dan jauh tersasar dari agama islam


Mohamad Sha'ary https://m.facebook.com/story.php...
1,732 Views
Muhammad Ridzuan with Anie Shaari and 11 others.
Hujjah Menyanggah Dr rozaimi wahhabi pensyarah upsi yg sesat dari segi akidahnya dan jauh tersasar dari agama islam dan berakidah firaun !
Kesalahan rozaimin dalam video ni ialah,
1 : Percayakan Kepada Firaun Bahawa Alloh dilangit Padahal Firaun Itu Musuh Alloh Dan Para Nabi Dan Para Rosul. Tidak Patut Percayakan Firaun Yang Sesat. Tetapi Kenapa Rozaimi Ikut Firaun? Sabda Nabi Saw Bahawasanya Tiada Suatupun Diatas-Nya (Alloh) Dan Tiada Suatupun Dibawah-Nya (Maknanya Alloh Ada Tanpa Tempat).
2 : Rozaimi Kononnya Pakar Hadis Ini Menuduh Nabi Musa Alaihissalam Mengatakan Bahawa Nabi Musa Mengatakan Alloh berada Dilangit. Nabi Musa Yang Kata Ke Mu Yang Kata Rozaimi Weh? Nabi Pun Kau Fitnah.. Betapa Celakanya Ajaran Wahhabi Talibarut Yahudi Yg Ingin Sesatkan Umat Islam.
3 : Rozaimi Memfitnah Imam Hanbali Dan Pengikut Imam Hanbali Bahawa Puak Hanabilah Kata Alloh Atas Langit. Ini Akidah Mushrik ! Mustahil Imam-Imam Muktabar Berpegang Sepertimana Rozaimi Dakwa Kerana Mereka Sangat-Sangat Alim Bab Quran Dan Hadis. Mereka Tidak Sebodoh Rozaimi Yang Mendakwa Kononnya Pakar Hadis.
Firman Alloh Taala Dalam Suroh Assajdah Bermaksud , Alloh taala Menciptakan Langit Dan Bumi. Lihatlah, Alloh taala Sendiri Yang Kata Dia Menciptakan Langit Dan Bumi. Sbelum Alloh Menciptakan Langit Dan Bumi, Alloh Dimana? Sudah Tentu Alloh Ada Tanpa Tempat !
Dalam Video Ini Rozaimi Kata Kita Boleh Melihat Alloh taala.. Saya Jawab , Ya benar. Ada Hadis Nabi Saw Mengatakan Demikian. TETAPI MELIHAT ALLOH TAALA DIAKHIRAT KELAK TANPA KAIFIAT, TANPA TEMPAT, TANPA PENYERUPAAN DENGAN MAKHLUQ !
Terjemahan daripada kitab : al Bayan Lima Yusyghil al Azhan
Karangan : al ‘Alim al ‘Allamah Fadhilah al Syeikh Dr. Ali Jumu’ah, Mantan Mufti Besar Mesir.
Soalan 1 : Apakah yang patut saya katakan jika seorang anak kecil bertanya “Allah dimana?”
Jawapan 1 : Dengan nama Allah serta segala pujian-pujian yang hanya layak bagiNya, selawat dan salam ke atas junjungan Sayyidina Rasulillah, kaum keluarga baginda, serta para pengikut baginda.
Apabila seorang anak kecil bertanyakan soalan “Dimanakah Allah Ta’ala berada?”. Kita hendaklah menjawab : “Bahawa sesungguhnya, tiada sesuatu pun yang seumpama atau menyerupai Allah Ta’ala, sebagaimana yang Allah Ta’ala khabarkan berkenaan dengan hakikat diriNya dalam kitabNya yang mulia, iaitu firmanNya :
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖوَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan melihat (Surah al Syura : 11)
Kita Sepatutnya memberitahu kepada anak kecil tersebut bahawa, seseorang itu tidak sepatutnya mengarahkan pemikirannya terhadap persoalan haqiqat Dzat Allah Ta’ala, dari sudut keadaan Allah Ta’ala mahupun rupaNya. Hal ini merupakan satu perkara yang sangat merbahaya (daripada sudut Aqidah) serta boleh mengundang perbuatan menyama rupakan Allah Ta’ala dengan makhluq ciptaanNya. Kita juga sepatutnya memberitahu anak kecil tersebut bahawa, kita diwajibkan memikirkan tentang segala dalil berkaitan dengan Qudrat (kekuasaan) Allah Ta’ala serta tanda-tanda keagunganNya kerana hal ini akan menyebabkan iman kita semakin bertambah.
Persoalan tentang “Dimanakah Allah Ta’ala berada” merupakan satu persoalan Aqidah, dan seluruh orang Islam wajib beri’tiqad bahawasanya Allah Ta’ala itu bersifat wajib al wujud (Wujud Allah Ta’ala adalah wajib). Maka maksud Allah Taala itu wajib al wujud adalah : Tidak diterima akal sama sekali Allah itu tidak wujud, dan Allah Ta’ala tidak akan ‘binasa’ sejak dahulu sehingga kini, dan akan datang. Wujud Allah Ta’ala itu adalah merupakan wujud yang haqiqi atau dzatiy, dan tidak dikeranakan dengan ‘Illah (sebab musabbab). Hal ini bermaksud: Tiada kuasa lain yang menciptakan Dzat Allah Ta’ala. Dan tidak masuk Akal sama sekali bahawa masa dan tempat mempengaruhi kewujudan dan sifat-sifat Allah Ta’ala yang maha tinggi.
Jika maksud daripada persoalan ini diajukan adalah bertujuan untuk mengetahui arah atau lokasi bagi zat Allah Ta’ala, yang tujuannya adalah untuk menthabitkan bagi Allah Ta’ala itu arah kedudukan dan lokasi yang tertentu, maka soalan seperti ini tidak sepatutnya diajukan sama sekali. Hal ini kerana, arah kedudukan dan lokasi merupakan sebahagian daripada perkara-perkara yang dinisbahkan kepada makhluq Allah Ta’ala sahaja (al Nisbiyah al Hadithah), dengan maksud: Apabila kita mensifatkan sesuatu berdasarkan kepada arah kedudukan yang tertentu, maka sudah tentu nisbah tersebut dibandingkan dengan sesuatu yang lain pula. Sebagai contoh : Langit berada di atas kita. Sudah pasti maksud ‘di atas’ tersebut jika dinisbahkan kepada manusia yang berada di bawahnya. Dan, kita pula berada di bawah langit, jika dinisbahkan bagi langit yang berada di atas kita. Selama mana arah kedudukan merupakan satu bentuk penisbahan kepada sesuatu, dan ianya adalah mahkluq Allah Ta’ala maka selagi itulah tidak selayaknya pula perkara dinisbahkan kepada Allah Ta’ala.
Semua orang Islam beriman dengan penuh yaqin bahawa, Allah Ta’ala itu bersifat dengan Qidam, iaitu mereka menthabitkan sifat Qidam bagi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala merupakan Qidam yang haqiqi (tidak ada permulaan bagi wujud Allah Ta’ala), hal ini berdasarkan dalil:
هُوَ الْأَوَّلُ
Dialah yang Awal (Yang dimaksud dengan: yang Awwal ialah, yang telah ada sebelum segala sesuatu ada ) (al Hadid : 3)
Dalam sebuah hadith Nabi SAW pernah bersabda:
أنت الأول فليس قبلك شيئ
Engkaulah (Ya Allah) yang Awwal kerana tiada sebelum Engkau sesuatu apa pun ( Hadith Muslim : 4/ 2084)
Maka sifat Qidam ini secara lansung menolak kewujudan sesuatu yang mendahului kewujudan Allah Ta’ala, atau sesuatu itu wujud seiring dengan wujudnya Allah Ta’ala. Hal ini merupakan maksud al Salbiy (penafian) bagi sifat Allah Ta’ala dalam memahami maksud sebenar sifat al Qidam.
Demikianlah segala sifat Allah Ta’ala yang tiada permulaan bagi wujudnya, dan tidak akan menerima sebarang perubahan terhadap sifat-sifat Allah Ta’ala dengan sebab kewujudan segala Makhluq ciptaanNya. Maksud menthabitkan arah kedudukan dan lokasi bagi Dzat Allah Ta’ala adalah : Allah Ta’ala boleh menerima sebarang bentuk perubahan sifat. Hal ini bermaksud : Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak bersifat dengan ketinggian, dan tidak mengatasi makhluq yang lain, melainkan setelah alam ini diciptakan. Ertinya, Sebelum daripada diciptakan alam, Allah Ta’ala tidak boleh dikatakan tinggi atau mengatasi segala benda, kerana tiada sesuatu makhluq yang berada di bawahnya. Sebenarnya hal seperti merupakan sifat mahkluq yang terhasil daripada penisbahan terhadap makhluq yang lain. Oleh kerana itu, sifat ini adalah tidak layak sama sekali bagi Allah Ta’ala.
Sebagaimana semua orang Islam beriman dengan yaqin bahawa Allah Ta’ala besifat
مخالفته تعالى للحوادث
(Tidak sama Allah Ta’ala dengan segala makhluq). Hal ini membawa maksud, penafian terhadap ciri-ciri jirim, ‘Arad (sifat makhluq), Kulliyyah (kuantiti lengkap), Juz’iyyah (pecahan daripada satu kuantiti lengkap) dan segala ciri yang berkaitan secara lansung dengan perkara-perkara tersebut. Ciri-ciri yang berkaitan secara lansung dengan jirim, ‘Arad, Kulliyyah, dan juz’iyyah itu adalah : Setiap jirim pasti akan mengambil ruang, ‘Arad pula menumpang pada yang lain, kulliyah pula adalah bersifat besar dan boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa kompenan, sedangkan Juz’iyyah pula adalah tentunya bersaiz kecil daripada Kulilliyah dan sebagainya. Jika syaitan mencampakkan perasaan waswas dalam hatimu, seperti : “ jikalau Allah Ta’ala itu bukan berbentuk jirim, bukan juga seperti ‘Arad, bukan berkuantiti yang lengkap atau sejuzuk daripada kuantiti yang lengkap, maka bagaimanakah haqiqat sebenarnya Allah Ta’ala tersebut?”. Maka hendaklah kita jawab bahawa : “ Tiada seorang pun yang mengetahui Haqiqat Allah Ta’ala melainkan hanya Allah Ta’ala sahaja yang mengetahuinya”.
Sifat ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada firman Allah Ta’ala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖوَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan melihat. (Surah al Syura : 11)
Begitu juga halnya dengan Sunnah Nabi SAW, yang diriwayatkan daripada Sayyiduna Ubai Bin Ka’ab RA: Orang-orang musyrik berkata “Wahai Muhammad, nisbahkanlah (sifatkanlah) kepada kami sekalian tentang tuhan sembahanmu”. Maka Allah Ta’ala menurunkan ayat :
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (al Ikhlas : 1&2).
Bersabda Nabi SAW: Allah tempat tumpuan segala permintaan hambaNya :
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (al Ikhlas : 3&4).
Hal ini kerana tidak ada sesuatu yang wujud di dunia ini melainkan akan mati pada suatu masa nanti. Setiap yang mati pula pasti akan mewariskan harta perwarisan. Sedangkan Allah Ta’ala tidak akan mati dan mewariskan sesuatu, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَد
Tidak ada suatupun makhluq yang setara dengan Dia (al Ikhlas : 4).
Maka sabda Nabi SAW lagi “Tidak terdapat sebarang penyamaan bagi Allah Ta’ala, dan tidak ada keserataan bagi Allah Ta’ala dengan yang lain, dan tiada sesuatu pun makhluq yang sebanding dengan Allah Ta’ala (al Hakim: 2/589)
Maka dapat kita fahami disini bahawa Allah Ta’ala mensifatkan dirinya, dan Nabi Muhammad juga turut mensifatkan Allah Ta’ala dengan menafikan penyamaan Allah Ta’ala dengan mahkluq ciptaanNya, dan menafikan juga kekurangan yang tidak selayaknya bagi Allah Ta’ala yang maha tinggi. Maka, orang-orang yang beriman wajib meyaqini bahawa Allah Ta’ala itu tidak sama dengan makhluqNya.
Kesimpulannya: Haram hukumnya mensifatkan Allah Ta’ala dengan sifat makhluq, begitu juga halnya bertanyakan sesuatu yang menjurus kepada perkara tersebut. Sepatutnya, jangan disoal sama sekali ‘dimanakah Allah Ta’ala berada?” dengan tujuan ingin mengetahui arah kedudukan dan lokasi bagi Allah Ta’ala. Namun, harus bertanya soalan seperti itu dengan tujuan ingin mengetahui kerajaan milik Allah Ta’ala, atau para MalaikatNya, atau apa jua soalan berkaitan dengan makhluq Allah Ta’ala yang bersifat dengan baharu.
Kesemua Ulamak, Para Nabi, Para Rosul, Umat Islam Beriktiqod Bahawa Alloh taala Ada Tanpa Tempat, Tanpa Arah Yang 6, Tidak Serupa Dengan Makhluq Dari Apajua Sudut Sekalipun.

No comments: