Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, March 27, 2016

Inilah beliau Ulama’ Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Haji Tayyib Al-Makki

Inilah beliau Ulama’ Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Haji Tayyib Al-Makki,

Beliau di lahirkan pada tahun 1912. beliau ke Makkah sejak British menjejaki kaki ke tanah melayu sehingga sekarang. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu dengan Masyaikh Makkah yang terkenal antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki
-Syeikh Hassan Masyath dan ramai lagi.

*Antara rakan seguru beliau di Makkah ialah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang, Pondok Guar Kepayang, Kedah
-Tuan Guru Haji Salleh Haji Musa, Pondok Sik Kedah.
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing. Dan lain-lain lagi.

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti’ kerana beliau hanya makan roti. Akhlak beliau sangat indah. Beliau mudah didekati oleh sesiapa pun. Jika anda meminta nasihat dari beliau. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yang meminta nasihat. Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.

Beliau hidup dengan penuh kezuhudan. Hanya tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal. Beliau seorang penegak kebenaran. Oleh sebab itu sesetengah orang kampung tidak menyukai beliau tapi sangat disukai, dihormati dan terkenal di Makkah..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ketemu dengan beliau ialah Al-Habib Umar Bin Hafidz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki & ramai lagi ulama yg lain datang untuk mereka membuat rujukan serta bertukar pendapat..

Ulama Solihin ini telah lanjut usia. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah. Selagi masih ada peluang. selagi masih ada waktu, ziarahilah beliau. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita. Rugilah kita mengabaikan Ulama permata ummah ini.

No comments: