Adab menuntut Ilmu; "Seseorang yang sentiasa didalam majlis ilmu, maka mereka akan sentiasa mendapatkan nasihat-nasihat agama sebagai peringatan. Peringatan kepadanya kerana kita ini makhluk yang sering terlupa. Peringatan ni suatu nikmat daripada Allah سبحانه وتعالى kerana peringatan itu daripada Allah سبحانه وتعالى sendiri. Mendapat rahmat Allah."
"Apabila seseorang itu menerima nasihat dengan berlapang dada, maka Allah سبحانه وتعالى akan mencampakkan hidayah kepadanya. Ulama menyifatkan manusia yang sntiasa terlupa ini umpama terkena penyakit amnesia. Dia hilang ingatan. Manusia memerlukan nasihat supaya tidak lupa."
"Dan Seluruh alam ini ialah tanda untuk kita membaca, yakni alat untuk memperolehi ilmu untuk kita dekat kepada Allah سبحانه وتعالى, keesaan kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan alam ini dinamakan sebagai alam iaitu ilmu atau alamat atau petanda. Yakni alat utk memperolehi ilmu, dan diantaranya ialah gunung adalah ayat yang kita perlu baca, langit yang terbentang adalah ayat yang perlu kita baca. Untuk kita mendapatkan rahmat Allah سبحانه وتعالى."
"Apakah itu rahmat? Rahmat ialah kesayangan, kasih sayang, atau mendapat rahim Allah سبحانه وتعالى. Dan tempat curahnya rahmat Allah ialah dirumah-rumah Allah atau tempat-tempat yang diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk
mengagungkan-Nya."
"Bagaimana harta dunia itu memberi ketenteraman didalam jiwa manusia? walhal Rasulullah ﷺ pernah bersabda; "Dan harta dunia semua tu adalah dilaknat oleh Allah سبحانه وتعالى." Ketenteraman hati atau jiwa itu terletak pada point akhirat bukan daripada segi point dunia."
"Yakni bukan dari segi rumah besar kereta mewah. Akan tetapi daripada hati yang sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى. Apabila manusia mencari sesuatu pada tmpt yang betul, maka ia akan dapat mencari sesuatu itu. Begitu juga dengan ketenangan. Ketenangan itu satu yang mahal. Barangsiapa yang mencari ketenangan perlulah cari di tempat yang betul iaitu dirumah-rumah Allah سبحانه وتعالى."
"Dizaman kita sekarang, adab amatlah penting. Kenapa imam Al-Ghazali membuka pendahuluan kitabnya dengan adab-adab? Kerana Rasulullah ﷺ mengajar kita adab yakni memperadabkan sesuatu. Dan adab adalah aspek yg mencangkupi segala perbuatan yang akan kita lakukan."
"Dan alat untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adab juga perkara bagaimana utk berinteraksi dengan Allah سبحانه وتعالى dan juga manusia. Kita juga diajar oleh Rasulullah ﷺ untuk beradab kepada para rasul, para malaikat, kitabullah dan sekalian makhluk Allah سبحانه وتعالى."
"Dan didalam menuntut ilmu juga ada adabnya. Adab didalam menuntut ilmu dan memilih gurunya. Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya? Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru?" Yang mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak beradab didalam kata-kata mahupun perbuatan mereka?"
"Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya, belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa? Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru?"
"Membaca sana dan sini, lalu mengambil hukum sendiri terus dari sumbernya Al-Quran dan Hadith tanpa panduan daripada ulama. Tafsir sendiri ikut akal dia. Ilmu agama ini amat mahal dan perlu kita beradab dengannya. Perlulah diambil daripada dada para ulama yang ahlinya, bersanad sambung kepada Rasulullah ﷺ."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
No comments:
Post a Comment