Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, March 23, 2016

Mazhab - soal jawab ngan wahabiy

#ASWJ
Tuan mazhab apa?

#Wahhabi
Kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah.

#ASWJ
Ikut Al-Quran dan As-Sunnah ikut kefahaman siapa?

#Wahhabi
Kefahaman Ulama' salaf.

#ASWJ
Ulama' Salaf yang mana?

#Wahhabi
Salaf yang hidup 300 tahun hijrah yang pertama.

#ASWJ
Jadi Tuan hidup pada zaman salaf?

#Wahhabi
Tidak, kami ikut ulama yg ikut salaf.

#ASWJ
Jadi darimana datangnya kefahaman salaf yang tuan ikuti sedangkan tuan tidak hidup pada zaman salaf dan tuan menolak majoriti ulama' khalaf yang meneruskan kesinambungan ilmu salaf secara bersambung (muttasil) di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah?

#Wahhabi
Kami ikut Imam Ibn Taimiyyah, Imam Ibn al-Qayyim, Sheikh al-Albani, Sheikh bin Baz, Sheikh Solleh Uthaimin dan ulama-ulama sunnah.

#ASWJ
Mula-mula kata ikut Al-Quran dan As-Sunnah tak ikut mazhab maksudnya tak ikut ulama' sebab mazhab ialah tempat berjalan atau aliran seseorang ulama' di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah.

#Tapi bila ditanya rupanya mengaku ikut ulama' juga di dalam nak memahami makna Al-Quran dan As-Sunnah bukan faham direct daripada Al-Quran dan As-Sunnah seperti dakwaan pertama. Kefahaman ulama' salaf dakwaan mereka juga bukan diambil direct daripada salaf sebab mereka tak hidup zaman salaf. Jadi mereka ambil kefahaman daripada siapa?

#Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah daripada Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad b Abdul Wahhab, Bin Baz, Uthaimin, Al-Albani dan minoriti tokoh yang ditolak di dalam Islam.

#Ke mana perginya ribuan para ulama' mujtahid Islam yang besar-besar selain ulama pujaan mereka selepas daripada zaman salaf yang mana asbab mereka sampainya ilmu dan kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah kepada kita pada hari ini?

#Apakah seramai-ramai ulama' Islam yang ada hanya Ibn Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab dan beberapa orang tokohsahaja yang benar kefahaman agama dan bertepatan dengan sunnah?

#Perhatikan tahun kelahiran ulama' mereka dan ulama' mazhab ikutan kita?

{Imam ikutan ASWJ}

Imam Hanafi 80H
Imam Malik 93H
Imam Syafie 150H
Imam Ahmad 164H
Imam Abu Hassan al-Asya'ari 240H

{Imam ikutan Wahhabi}

Ibnu Taimiyyah 661H
Muhammad Bin Abdul Wahhab 1115H
Ibn Baz 1330H
Al-Albani 1333H
Uthaimin 1347H

#Jika Wahhabi kata kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah maknanya mereka sedang menipu kerana tanpa huraian para ulama' bagaimana nak faham Al-Quran dan As-Sunnah?

#Jika Wahhabi kata ikut salaf mereka juga menipu kerana Imam 4 adalah salaf. Mazhab mana yang mereka ikut?

#Jika mereka kata kami tak taqlid mana-mana ulama' mereka lagi menipu kerana mereka mengambil huraian daripada ulama-ulama mereka yang kita nyatakan tadi. Mereka bukan salaf.

#Bermazhab itulah sebenarnya mengikut jalan salaf bukan hanya mendakwa mengikut salaf tetapi hakikatnya tokoh-tokoh panutan mereka adalah yang ditolak di dalam sejarah Islam oleh kesepakatan para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.

Pejuang Mazhab Salaf,
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari

No comments: