بسم الله الرحمن الرحيم
Di kutip dari kitab kuning ulama terdahulu
S :Apakah dia Agama ?
J: Secara umumnya AGAMA ialah segala peraturan dan undang undang yg diturunkan oleh Allah kpd para Rasul untuk disampaikan kpd ummatnya.
Jadi org yg beragama,, bermaksud org yg berpegang dengan hukum2 ( undang2 ) agama.
S: Apakah dia Iman ?
J: Iman ialah percaya tanpa dorurah, yakni dengan yakin tanpa ragu ragu walau sedikit pun apa apa saja perkara ghaib , perkara sam'iat , perkara yg bersangkutan dengan Tuhan, Rasul, Malaikat, qada dan qadar, hari qiamat, Alquran . Percaya dengan yakin 100% tanpa ragu tanpa takweel dan pertikai. Kalau pertikai 0.1% saja pun dah tak dikira beriman !
Unsur2 yg terkandung dlmnya ialah rukun iman yg telah umum ketahui.
S: Apakah Islam ?
J: Islam bermaksud tunduk dan patuh tanpa dorurah ( tanpa fikir panjang ) dengan apa saja suruhan suruhan wajib dari Allah yg mana suruhan suruhan ini diturunkan oleh Allah kpd para Rasulnya untuk disampaikan kpd ummatnya
Unsur2 yg terkandung dalamnya ialah rukun islam yg lima yg telah umum ketahui.
Perbahasan yg panjang lebar boleh didapati dari kitab2 lama ( kitab kuning )
Tiga bab ini saja, tok tok guru dipondok dulu mengupas hingga berbulan bulan hingga betul betul tahqeq baru kita mula belajar hal hal selanjutnya.
Ada ramai kawan kawan saya yg dah tamat belajar sekolah agama harian kerajaan, universiti... bila masuk belajar cara pondok, mereka menangis dan berkata mereka dok ingat selama ini mereka dah pandai dan faham ilmu agama, tapi bila meraka masuk belajar di pondok rupanya rupanya mereka sangat jauh lagi.
Bayangkan kami yg baru 2 tahun hafaz dan belajar nahu soroaf, kami jadi rujukan mereka !
Sebab tu ulama sebut من حفظ حجة على من لم يحفظ - brg siapa menghafaz, akan menjadi hujjah atas mereka yg tidak menghafaz
Di sekolah agama biasa, ... belajar nahu soroaf cuma belajar qawaa'id , tapi dipondok kami mengafaz sebijik sebijik, belajar cara I'raab hingga mahir.
Di sekolah, nak habiskan silibus cepat cepat kerana nak periksa, tapi di pondok tidak begitu !
Sayangnya ... pondok tradisi dah nak pupus.
Yg ada cuma pondok tahfeez.
Yg masih ada pondok tradisi yg masih kuat dan masih belajar cara lama cuma ada di thailand ( pattani, yala, narathiwat dsb ) dan indonesia.
Di malaysia cuma ada beberapa saja lagi.
Tak lama lagi akan pupus semuanya dan berakhirlah ilmu dari ulama muktabar.
Hantarlah anak anak kita ke pondok yg masih ada lagi tradisi lama...
No comments:
Post a Comment