Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, June 25, 2016

Ulama yang Alim tidak ada masa untuk berbalah di Fesbuk. Jika sahabat ingin belajar Hadith ada Ulama' Hadith yang alim iaitu Maulana Hussein

Saya ada terbaca status Dr Khalif Muammar yang menyatakan bahawa Hadith "Awal ramadhan rahmat, Pertengahan Magrfirah dan di Akhirnya pembebasan dari api Neraka" itu hanyalah Hadith Dhoif dan boleh beramal.

Memang benar jumhur Ulama' hadith menyatakan hadith itu hanya Hadith Dhoif sahaja,Ia bukan mungkar. Status teguran Dr Khalif itu hanya bersifat Umum saja, tetapi Dr Rozaimi terasa dan panas dengan status Dr Khalif.

Dr Khalif Muammar juga menyatakan supaya berlaku jujur dalam berbicara soal Ilmu. Jangan ambil pendapat yang kita suka dan menyembunyikan pendapat yg lain. Itu satu jenayah Ilmu.

Lalu datanglah sekolompok yang taksub kepada Dr Rozaimi menyerang dengan biadap status Dr Khalif Muammar.Bukan setakat itu, Bahkan menghina Dr Khalif Muammar. Ini realiti kebiadapan golongan yang kononnya membawa "Sunnah"

Bagi saya itu bukan golongan yg membawa SUNNAH tetapi itu adalah golongan PUNAH ( rosak ), Kalau benar ikut sunnah bukan biadap sebegitu rupa perangai. Ketaksuban membuatkan seseorang itu buta untuk menerima kebenaran.

Ada juga segelintir pentaksub menyatakan Dr Rozaimi adalah pakar Hadith yang sebenar. Saya kata pakar Hadith tidak bermudah-mudah dalam menilai Hadith.

Masih ramai lagi Ulama yang betul-betul pakar Hadith di Malaysia. Cuma mereka "Tidak gila" Masyhur dan tidak sibuk bermain Fesbuk seperti Dr Rozaimi dan tidak sibuk menjaja PHD Hadith mereka.

Ulama yang Alim tidak ada masa untuk berbalah di Fesbuk. Jika sahabat ingin belajar Hadith ada Ulama' Hadith yang alim iaitu Maulana Hussein. Ini Ulama' yang betul mahir Hadith. Tawadduk dan baik peribadi.

Hati² lah di dlm mengaji(belajar) ilmu Allah...
Inilah org yg tidak "memahami uslub dakwah"
Semoga Allah buka Kan pintu hati RORA utk lebih berlapang dada&bersikap terbuka..

����Hamba Allah

No comments: