Pada pagi 10 Ramadhan, Khamis, kami mendapat satu berita akan pemergian ke rahmatillah Fadhilatussyeikh Dr. Rajab Dib, Imam Tariqat Naqsyabandiah yang juga khalifah kepada mantan Mufti Besar Syria yang terdahulu, Syeikh al-Allamah Ahmad Kiftaro. Kami sempat menghadiri majlis pengajarannya semasa menuntut ilmu di Syria pada pertengahan 1990an. Beliau seorang yang terkenal dengan ilmu tasawwuf dan tariqat. Beliau begitu terkesan dengan mufti terdahulu. Alhamdulilah, pada tahun lepas, beliau mengunjungi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk melihatnya boleh menonton video korporat PMWP di www.muftiwp.gov.my. Semoga Allah mengampuninya dan menempatkannya bersama para solihin. Amin. Al-Fatihah.
Inilah Jalan Sufi Headline Animator
Pencerahan Bid'ah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment