Sayang dan kesian Nabi kat ummatnya
Ulama juga mewarisi sikap ini.
Setiap hari, para alim ulama, para jamaah masjid membaca doa seumpama ini.
Sapa yg pernah berimamkan alim ulama, selalu depa baca.
Selalu yg saya dengar tok alim baca
اللهم اهدنا واهد قومنا فإنهم لا يعلمون واغفرلنا ولقومنا فإنهم لا يفقهون، اللهم غفرلنا، ولوالدين، وللمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحيإ منهم والأموات.
Allahummahdina wahdi qaumina, fa- innahum laa yafqahuum .....
Ya Allah berilah hidaayah kpd kami dan berilah hidaayah kpd kaum kami, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui, dan ampunkan kami dan juga kaum kami, kerana mereka tidak faham. Wahai tuhan kami, ampunkan kami dan juga semua ibu bapa kami dan begitu juga ampunkan semua muslimeen dan mukmineen yg masih hidup atau yg telah meninggal.
Betapa besar jasa para ulama, para imam dan para jamaah masjid yg setiap solat waktu solat mereka berdoa begini !
Mereka bukan saja meminta untuk diri mereka, mereka meminta untuk seluruh muslimeen dan mukmineen !
Tapi alangkah malangnya kita yg tak mengetahui hakikat ini kerap memaki hamun, mengejek dan mempersendakan mereka !
Patutkah kita bersikap begitu ?
Sepatutnya setiap selepas solat waktu, kita beri mereka hadiah atau jamuan makan kerana berterima kasih !
Tapi kita sudah tentu tak mampu berbuat begitu. Jadi sekurang kurangnya kenanglah jasa mereka !
Jika Pernah ada jamaah masjid berkata perkara yg agak meruntun hati kita, janganlah hendaknya kita membalas atau melawan dan mencerca balas... mereka berjasa besar !
Apa makna mohon pengampunan ?
Kalau kita faham benar makna pengampunan dari Allah, kita akan sanggup tukar seluruh dunia dan isinya untuk menebus dosa kita ! Seluruh dunia dan isinya masih tidak menyamai nilai keampunan dari Allah !
Kita kena ingat satu perkara, doa para alim ulama dan juga para jamaah masjid adalah doa yg tidak ditolak oleh Allah !
Ini bermaksud setiap hari Allah mengampun dosa kita ... dosa ibu bapa yg telah meninggal dunia pun termasuk kerana hasil doa mereka ini !
Dlm doa mereka, mereka tidak mensasarkan kpd mana mana puak atau kumpulan pun !
Mereka mensasarkan kpd semua muslimeen, TERMASUK YG TELAH DAN SEDANG MEMAKI HAMUN MEREKA !
TERGAMAK KAH KITA MEMAKI HAMUN ALIM ULAMA ?
No comments:
Post a Comment