Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, July 26, 2016

ORANG MU’MIN HIDUP DI SISI ALLAH DENGAN MENDAPAT REZEKI

ORANG MU’MIN HIDUP DI SISI ALLAH DENGAN MENDAPAT REZEKI

Firman Allah :

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ - فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَـهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ -يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."
(Al-Imran : 169,170,171 )

Dari Tafsir Jalalain:

(Janganlah kamu kira bahwa orang-orang yang gugur) dengan takhfif atau pakai tasydid (di jalan Allah) maksudnya demi agama-Nya (mati, tetapi) mereka itu (hidup di sisi Tuhan mereka). Roh-roh mereka berada dalam kantong burung-burung hijau yang beterbangan dalam surga ke mana saja mereka kehendaki sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis (dengan mendapat rezeki) yaitu dengan memakan buah-buahan surga

Ulama2 Arifin mentafsirkan :

Ayat diatas ditujukan khusus kepada para syuhada di Perang Uhud. Tetapi makna umumnya adalah di tujukan kepada seluruh mujahidin yang berjuang bersungguh-sungguh bagi menegakkan Kalimah Allah di atas muka bumi mulai dari zaman Nabi sehinggalah ke akhir zaman.

Iaitu mereka yang benar2 beriman kepada Allah dan bertaqwa kepada Nya, samada mereka yang bersungguh2 mujahadah melawan hawa nafsu untuk menyucikan batin mereka atau mereka yang melaksanakan kerja2 da’wah kepada Ummat atau mereka membuat kerja2 kebajikan untuk untuk membangun Ummat menurut Al-Qur’an dan Sunnah Nabi maka mereka termasuk golongan fisabilillah, berjuang “pada jalan Allah” dan mati mereka termasuk ‘mati pada jalan Allah”

Dari Tafsir Ibnu Kathir,

Allah Ta’ala berfirman bahawa walaupun para shuhada’ terbunuh didalam kehidupan dunia ini,  ruh mereka tetap hidup serta menerima rezeki di alam barzakh.  Didalam Sahihnya, Muslim mencatit bahawa Masruq mengatakan, “ Kami bertanya Abdullah berkenaan ayat ini,

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;”

Beliau berkata,
Kami bertanya pada Nabi صلى الله عليه وسلم, soalan yang sama, Baginda bersabda,

«أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ فَقَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا؟ فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ، تُرِكُوا»

Ruh mereka didalam burung2 hijau yang mempunyai lampu, bergantung di bawah Arasy Allah Ta’ala. Dan mereka berterbangan didalam syurga bila2 mereka sukai. Allah melihat kepada mereka dan bertanya, “ Adakah kamu mengharap apa2?”.  Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami boleh meminta, sedangkan kami boleh pergi ke mana saja kami suka didalam syurga. Allah Ta’ala bertanya soalan ini tiga kali, dan apabila mereka menyedari bahawa Allah akan tetap terus bertanya sehingga mereka memberi jawapan, mereka pun berkata, “Wahai Tuhan kami, kami berharap ruh kami dikembalikan kepada tubuh kami agar dapat mati syahid dijalan Engkau lagi”  Allah mengetahui mereka tidak mempunyai permintaan lain lagi”

Anas and Abu Sa`id . رضي الله عنه وسلم menyebut perkataan yang sama.

Imam Ahmad menyebut  Ibn `Abbas meriwayatkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

«الشُّهَدَاءُ عَلى بَارِقِ نَهْرٍ بِبَابِ الْجَنَّـةِ، فِي قُبَّةٍ خَضْرَاءَ، يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ رِزْقُهُمْ مِنَ الْجَنَّـةِ بُكْرَةً وَعَشِيًّا»

Para syuhada berkumpul di tebing sungai berhampiran pintu syurga, didalam khemah berwarna hijau dimana rezeki mereka didatangkan dari syurga siang dan malam.

Dari catitan ini kita dapat gambaran bahwa terdapat  ”bermacam2 syuhada, setengah mereka berada didalam syurga, dan sebahagian lain tetap ditebing sungai berhampiran syurga.  Kemungkinan juga semua arwah para syuhada’ dihimpunkan dan diberi rezeki siang dan malam.  Allah lebih mengetahui.

Ahmad dan Ibn Jarir meriwayatkan hadis ini, ianya mempunyai sanad yang baik. 

Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang mempunyai berita baik untuk setiap orang beriman bahwa ruh setiap mu’min akan mengembara didalam  syurga, memakan buah2annya, meni’mati keindahannya dan merasai penghormatan yang telah disediakan oleh Allah untuknya.  Hadis ini mempunyai sanad yang unik dan sahih yang diriwayatkan melalui tiga orang Imam besar, Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dari Imam Shafi’e dari Imam Malik, dari Az-Zuhri, dari Abdur-Rahman bin Kaab Bin Malik bahwa ayahnya menyebut, Rasulullah   صلى الله عليه وسلم   bersabda :

«نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّـةِ حَتَّى يَرْجِعَهُ اللهُ إِلى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُه»

“Ruh orang Mu’min akan menjadi burung yang meni’mati makanan pada pohonan didalam syurga, sehingga Allah menghantar nya kembali ketubuhnya pada hari Dia membangkitkannya kembali”

Hadis ini menyebut bahawa ruh orang Mu’min adalah dalam bentuk burung didalam syurga.  Sementara ruh para syuhada adalah didalam burung berwarna hijau.

Firman Allah pada akhir ayat ini mengesahkan ini:

يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."

Muhammad bin Ishaq mentafsirkan,  Mereka (para syuhada’) sangat gembira kerana Allah Ta’ala telah memenuhi janjiNya bagi mereka.  Dan untuk pembalasan yang tidak terhingga yang mereka terima.

Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam mengatakan, “Ayat ini meliputi semua orang beriman. Jarang sekali Allah Ta’ala menyatakan kebaikan serta pemberian yang dianugerah oleh Allah kepada para RasulNya, tanpa mengikutinya dengan apa yang Dia anugerahkan kepada orang Mu’min selepasnya”

(tamat petikan kitab)

Seluruh penjelasan di atas menjadi hujjah serta keterangan yang pasti  bahawa para Rasul, Nabi, Aulia’ Allah, para Syuhada’ serta sekalian orang Mu’min pada hakikatnya tidak mati melainkan hidup secara istimewa di sisi Allah dengan mendapat rezeki dari Allah. 

Mereka dapat mendengar dan melihat sekalian Mu’min serta para sahabat mereka yang sedang berjuang, berjihad dijalan Allah.  Mereka menunggu saat2 dapat bertemu para Mu’min itu syahid dan bertemu dengan mereka di syurga Allah.

Keterangan ini menolak pendapat segelintir orang Islam (termasuk Ulama2 yang tidak memahami alam Ma’rifat ) yang menda’wa Rasul, Nabi dan Aulia’ Allah yang mati menjadi mayat, terputus hubungan dengan mereka yang hidup.

Sungguh berbahagialah orang2 Mu’min yang mati di jalan Allah. Mereka tiada kekhuatiran dan ketakutan, kerana mereka telah diberi khabar gembira oleh Allah di dunia ini lagi bahawa mereka akan hidup di alam Barzakh dengan mendapat rezeki dari sisi Allah hingga di bangkitkan kembali di padang Mahsyar!

Semoga kita semua termasuk didalam golongan yang beruntung ini. Insya Allah!

Wallahu A’lam

No comments: